Andrea Belotti Dikatakan Bersetuju Sertai AC Milan Dengan Nilai €60 Juta

Sejak akhir-akhir ini, AC Milan sering dikaitkan dengan beberapa nama penyerang iaitu Andrea Belotti, Pierre-Emerick Aubameyang dan juga Alvaro Morata.

Namun ketika ini di Itali, salah satu daripada 3 nama tersebut akan menjadi pemain AC Milan dalam masa terdekat.

Adakah Aubameyang yang akan pulang ke kelab lamanya? Atau Morata yang akan merentasi sempadan dengan menyertai AC Milan selepas sebelum ini beliau menyertai Juventus?

Tidak, jawapannya adalah Belotti!

Andrea Belotti dikatakan telah bersetuju untuk menyertai AC Milan selepas perbincangan diantara kedua-dua kelab dilakukan.

Belotti yang secara terang-terangan mengaku merupakan seorang peminat AC Milan, cukup berminat untuk berpindah ke kelab kesayangannya itu.

Namun begitu, Torino bermain tarik tali dalam hal ini apabila mereka mahukan AC Milan membayar yuran perpindahan sebanyak €80 juta.

Untuk rekod, jumlah tersebut merupakan jumlah untuk kelab luar Itali mengaktifkan klausa pelepasan untuk mendapatkan Belotti.

Selain itu, Torino juga meminta 2 pemain AC Milan sebagai tukaran iaitu N’Baye Niang dan juga Gabriel Palleta.

Jumlah itu mungkin terlalu besar untuk AC Milan, oleh itu mereka cuba untuk mendapatkan Belotti dengan nilai €60 juta sahaja.

Menurut sumber di Itali, jumlah €60 juta itu telah pun dipersetujui oleh Torino tetapi mereka tetap mahukan Niang dan juga Palleta sebagai tukaran.

Adakah perpindahan ini akan disahkan dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: 

  1. Gianluca Di Marzio (2017): Milan, continuano i contatti per Belotti: gli aggiornamenti; http://gianlucadimarzio.com/it/calciomercato-milan-continuano-i-contatti-per-belotti-gli-aggiornamenti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN