Keisuke Honda Tinggalkan AC Milan, Sertai Pachuca Di Mexico

Bintang bola sepak Jepun, Keisuke Honda menandatangani kontrak bagi menyertai kelab Mexico, Pachuca untuk beraksi di Liga MX.

Honda meninggalkan AC Milan dua bulan yang lalu sebelum mengambil keputusan untuk menyertai juara Champions League CONCACAF itu.

Pemain antarabangsa Jepun itu menyertai Pachuca sebagai pemain bebas yang sedang mencari kelab.

(Photo by Hector Vivas/Getty Images)

“Saya baru sahaja menandatangani kontrak untuk menyertai Pachuca dan saya amat gembira,” kata Honda dalam bahasa Sepanyol yang turut dimuatnaik ke dalam akaun twitter kelab.

Bagaimanapun, Pachuca tidak mendedahkan butiran kontrak berkenaan.

Honda, 31 tahun tampil sebanyak 86 kali untuk skuad kebangsaan Jepun, dan menjaringkan sejumlah 36 gol sehingga kini.

Keisuke Honda juga merupakan satu-satunya pemain dari negara matahari terbit itu yang menjaringkan gol dalam dua edisi Piala Dunia.

Honda muncul penjaring pada Piala Dunia edisi 2010 dan diikuti pada edisi 2014.

(Photo by The Asahi Shimbun via Getty Images)

Pada jendela perpindahan Januari 2014, Keisuke Honda menyertai AC Milan daripada CSKA Moscow melibatkan yuran perpindahan bernilai sekitar  £17.6 juta.

Bagaimanapun, kehadiran Honda tidak berupaya membantu gergasi bola sepak Itali itu dari berhadapan dengan kemerosotan sekaligus menamatkan saingan Serie A di luar kelompok 5 teratas sepanjang 4 musim Honda di San Siro.

Honda turut mengakui bahawa kehadiran beliau di Milan adalah satu kekecewaan buat dirinya.

Beliau mengakui kekecewaan tersebut selepas kekalahan 2-1 menentang Cagliari di mana beliau dilantik menjadi kapten dalam perlawanan tersebut.

(Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

“Malangnya saya merasakan diri sudah tidak mampu untuk beraksi di posisi No.10 sekerap yang saya inginkan. Namun saya tidak menyerah kalah dan memberi sehabis baik mungkin.”

“Setiap perlawanan dan sesi latihan, saya jalani dengan kesungguhan.”

Keputusan yang diambil oleh pemain yang mendapat jolokan nama ‘Emperor’ ini pasti melegakan Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Jepun, Vahid Halilhodzic (kanan, gambar bawah).

“Saya perlukan untuk Honda beraksi secara lebih kerap,” ujar Halilhodzic.

(Photo by The Asahi Shimbun via Getty Images)

“Pasukan kebangsaan memerlukan Honda. Beliau adalah penjaring terbanyak dan pengumpan terbaik di dalam pasukan. Tetapi jika beliau tidak beraksi secukupnya, saya merasakan mesej yang saya berikan adalah jelas.”

“Saya telah menerangkan kepada Honda bahawa dia perlu beraksi dengan kerap untuk memastikan dirinya tersenarai di dalam skuad Jepun,” jelas jurulatih daripada Bosnia itu.

Untuk rekod, Keisuke Honda hanya berada dalam kesebelasan utama AC Milan sebanyak 2 kali sepanjang musim 201-2017 di bawah kendalian Vicenzo Montella.

Sumber:

1. John Duerden, ESPN FC: Keisuke Honda moving to Mexico will help Japan’s World Cup hopes; http://www.espnfc.com/blog/football-asia/153/post/3159597/keisuke-honda-moving-to-mexico-will-help-japans-world-cup-hopes

2. Roger Gonzales, CBS Sports (2017): Big transfer target Keisuke Honda rejects MLS for Mexico, signs with Pachuca; http://www.cbssports.com/soccer/news/big-transfer-target-keisuke-honda-rejects-mls-for-mexico-signs-with-pachuca/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN