Torino Letakkan Harga £130 Juta Kepada Arsenal Dan Chelsea Untuk Andrea Belotti

Pengarah Sukan Torino meletakkan tag harga £130 juta untuk pemain sensasi mereka Andrea Belotti.

Andrea Belotti telah menjadi penggempur sensasi untuk Torino musim ini di Serie A. Beliau telah menjaringkan 23 gol dalam Serie A setakat ini.

Aksi cemerlang beliau mendapat perhatian banyak kelab besar di Eropah. Jose Mourinho juga antara pengurus yang memantau pemain ini sebelum ini.

2 kelab yang terus memantau Belotti secara dekat adalah Chelsea dan Arsenal. Antonio Conte dikatakan meletakkan pemain itu sebagai antara senarai untuk dibeli.

Pemain ini adalah tipikal penyerang 20 gol semusim dan sangat klinikal di hadapan gol. Andrea Belotti juga boleh mencipta peluang gol yang berterusan.

Pengarah Sukan Torino, Gianluca Petrachi turut mengesahkan Arsenal telah membuat tawaran untuk Belotti pada Januari lalu.

Namun tawaran itu agak rendah dan mereka meminta Wenger menaikkan sedikit tawaran itu kepada £100 juta.

Torino dikatakan telah memasukkan klausa perlepasan €100 juta pada Disember 2016, ketika pemain itu melanjutkan kontrak beliau.

Dengan aksi cemerlang pemain itu dan situasi kontrak semasa, Pengarah Sukan mereka berpendapat Andrea Belotti harus dibayar lebih €100 juta.

Petrachi berkata:

“Selepas aksi cemerlang dia menentang Palermo Ahad lalu, klausa perlepasan di layak diletakkan €150 juta (£130 juta).”

Ianya selepas Belotti menjaringkan hat trik dalam masa 8 minit menentang Palermo. Sekaligus membantu Torino bangkit dalam perlawanan itu dan menang 3-1.

“Dia menjaringkan 3 gol gila. Setiap satu gol lebih baik daripada yang lain.”

“Jika saya diarahkan untuk meletakkan klausa perlepasan dia pada hari ini, saya akan letakkan €150 juta (£130 juta).”

“Kini kami hanya melayan pasukan yang hanya sanggup menawarkan sekurang-kurangnya €100 juta (£86 juta).”

“Ini bukan kerana saya seorang sahaja yang mahukan dia kekal, tetapi semua orang di kelab ini termasuk penyokong menikmati aksi dan gol beliau.”

Pengurus Torino, Sinisa Mihajlovic turut bersetuju dengan pendapat Pengarah Sukan mereka. Mihaljovic berkata:

“Presiden Kelab itu harus merombak kembali kontrak Belotti dengan menaikkan klausa perlepasan pemain itu.”

“Ini kerana €100 juta agak rendah untuk bakat seperti Belotti.”

Baca juga: 6 Cara Bagaimana Kelab Bola Sepak Bina Pendapatan Mereka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN