Sanggup menempuh apa pun cabaran, kemenangan itu milik aku,
Semakin sukar pertarungan itu, semakin keras aku melawan,
Perjalanan ini sudah jauh untuk aku berhenti
Pantang berundur, perjuangan ini tetap diteruskan
Sanggup menempuh apa pun cabaran habis-habisan
Demikianlah terciptanya legenda.
Demikianlah sedikit sebanyak bibit lirik lagu Sam Tinnesz berjudul ‘Legends Are Made’ yang diangkat sebagai lagu tema Piala Dunia Kriket 2019 yang baru berakhir. Ia mengisahkan bagaimana seorang pejuang itu mencipta nama sebagai legenda.
Legenda tiada pengganti
Namun demikian bukan bintang kriket England yang muncul juara dunia yang mahu kita paparkan kepada pembaca melalui artikel ini. Sebaliknya penulisan ini membawa anda kepada satu nama yang turut diangkat sebagai legenda – yang pernah menjadi ikon Piala FA bersama pasukan Kedah satu ketika dahulu. Beliau yang dimaksudkan ialah Andre Luis Almeida do Nascimento.
ANDRE LUIS ALMEIDA DO NASCIMENTO | MIDFIELDER | BRAZIL | da Legend Kedahan | 1996-1998
Asal : Fortazela Brazil.
Born :…Posted by Arkib Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil on Tuesday, July 21, 2015
Memperkatakan tentang legenda pemain import pasukan Kedah, Andre Luis Almeida do Nascimento sememangnya pemain yang sukar dicari ganti.
Boleh dikatakan setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan sekatan keatas pengambilan pemain import pada musim 1999 – dan setelah sekatan itu kembali dibuka semula – Kedah seakan berusaha sedaya upaya untuk mencari semula pemain tengah yang mempunyai kriteria ataupun persis seperti Nascimento.
Andre Luis Nascimento
Andre Luis Nascimento dilahirkan pada 22 Julai 1971, berasal dari Fortazela Brazil ini beraksi selama 3 musim bersama Kedah dari 1996 sehingga 1998. Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil merupakan watak utama dalam membawa pemain ini ke bumi jelapang padi.
Ketibaan pemain seperti Nascimento merupakan idea asal Allahyarham dan merupakan perintis kepada pembentukan “The Brazilian Connection” untuk skuad Hijau Kuning ketika itu.
Sebelum menabur bakti bersama Kedah beliau beraksi 2 musim bersama Brusque FC (1994-1995), semusim bersama Ceaza S.C, musim 1989 sehingga 1992 beraksi untuk Blumenau E.C dan pada 1993 bermain untuk Juventus.
| ANDRE LUIS ALMEIDA DO NASCIMENTO | MIDFIELDER | BRAZIL | da Legend Kedahan | 1996-1998 |
Asal : Fortazela…
Posted by Arkib Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil on Sunday, November 2, 2014
Pemain yang menyarung jersi No.9 Kedah ini tidak keterlaluan jika dikatakan mempunyai gaya permainan mirip sepeti bintang Brazil, Ronaldinho kerana bakat semulajadi sebagai seorang pemain bolasepak Brazil gaya Joga Bonito.
Ianya ibarat satu anugerah yang tidak ternilai buat penyokong hijau kuning pada zaman itu untuk ke stadium demi menyaksikan aksi Nascimento berlari bersama bola di atas padang sambil memperagakan aksi samba Brazil yang tulen.
Kepakaran dari Brazil
Pemain ini memiliki pakej lengkap sebagai pemain bolasepak Brazil, antara kemampuan yang beliau miliki adalah melakukan rembatan jarak jauh yang tepat, kepakaran menyempurnakan sepakan percuma, kekuatan seimbang kedua-dua belah kaki, dan skil individu yang menghiburkan sesiapa sahaja kecuali lawan.
Nascimento pada era itu dikenali sebagai pemain yang kerap melakukan jaringan menggunakan libasan gunting atau bicycle kick dan itu menjadi signature beliau.
Sebelum tidoq kita layan dulu kenangan mengusik jiwa
Sapa tak kenai, penyerang Import dari Brazil. Andre Luis…
Posted by Arkib Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil on Tuesday, August 18, 2015
Berbeza dengan Ronaldinho pula, kepantasan bukan aset utama beliau. Namun walaupun dikepung oleh 3 pemain lawan, Nascimento masih mampu menewaskan ketiga-tiga pemain tersebut dengan kualiti samba Brazil yang ada kepada beliau persis gerak gaya Ronaldinho.
Kisah dari Brazil
Setelah beraksi selama 5 tahun di negara asalnya, beliau datang ke Malaysia untuk meneruskan kerjayanya bagi membantu bapanya serta 3 orang adik beradiknya.
Ianya bukan mudah buat Nascimento dalam mengembangkan kerjayanya di Malaysia kerana beliau tidak mampu berbahasa Inggeris tetapi itu tidak menjadi penghalang buat beliau untuk menghasilkan wang yang cukup untuk keluarganya di kampung halaman.
Malah dikhabarkan ketika beraksi bersama Kedah, beliau mengirimkan separuh dari gaji beliau kepada keluarganya di kampung halaman pada setiap bulan.
Nascimento bermain berdasarkan sifat semulajadinya sebagai pemain bola sepak profesional dan kecintaan beliau terhadap bola sepak. Beliau menyerahkan seluruh hidupnya kepada pasukan yang diwakilinya secara mutlak dan oleh kerana itulah setiap kali melihat Nascimento beraksi di atas padang, kita akan katakan yang pemain ini bermain dengan jiwa.
Kedah era Nascimento
Sewaktu bersama Kedah, Nascimento bergandingan dengan pemain-pemain tempatan yang hebat pada era itu seperti Che Zambil Ahmad, Nidzam Adzha Yusof, Hashim Mustapha, Zulfatah Dzulkarnain, Radhi Mat Din, pasangan kembar Fareok dan Feridza Ismail serta beberapa nama besar yang lain.
Nascimento pada masa itu dibantu oleh 2 orang lagi tenaga import iaitu Kane Mamadu Maryam Diallo dan rakan senegaranya dari Brazil Carlos Roberio.
DUA TONGGAK IMPORT KEDAH 1996
Seorang di bahagian serangan dan seorang lagi dibahagian pertahanan. Andre Luis…
Posted by Arkib Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil on Thursday, November 8, 2012
Beliau berjaya mewujudkan keserasian yang tinggi bersama pemain-pemain tempatan ini dan mereka bersama-sama berjaya merangkul kejuaraan Piala FA yang pertama untuk pasukan Kedah pada musim 1996 menewaskan Sarawak 1-0 di Stadium Merdeka dibawah kendalian Mustakeem Omar sebagai ketua jurulatih
Selain itu mereka juga menjadi Naib Juara Liga perdana 1996, menjuarai Piala Emas Raja-Raja menewaskan Perlis 1-0 dan mengalahkan Kelantan untuk muncul sebagai Juara Piala Agong.
Percaya kepada bakat muda
Andre Luis pernah menyelar peminat bola sepak tempatan khususnya kerana tidak memberi sokongan untuk bakat-bakat muda pada ketika itu seperti Tan Gim Hong, Che Zambil Ahmad, Khairul Anuar Baharom dan S. Ragesh untuk membuktikan kemampuan masing-masing.
Pada era itu peminat bolasepak masih belum mampu untuk menerima kemasukan bakat muda. Mereka lebih selesa dengan pemain senior bermain dalam skuad utama mengakibatkan bakat pemain-pemain muda ini sukar berkembang.
| SKUAD KEDAH DARUL AMAN 1998 |
| Barisan atas dari kiri :- Che Zambil Ahmad, Anuar Abd Aziz, Cheah Kean Seng, Maizal…
Posted by Arkib Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil on Saturday, April 26, 2014
Tiap kali bakat muda masuk sebagai pemain gantian, ataupun melakukan sedikit kesilapan, mereka akan terus dicemuh oleh penonton dan bagi Nascimento, suasana ini amat berbeza sekali di negaranya kerana bakat-bakat muda di sana diberi sokongan yang padu oleh peminat.
Nascimento menceritakan bagaimana ketika usia remajanya, setiap kali bermain peminat tidak pernah menghampakannya. Walaupun melakukan kesilapan pastinya penyokong akan memberi tepukan tanda sokongan dan itu menjadi pemangkin kepada semangat beliau untuk berusaha lebih keras lagi demi membalas sokongan.
Penutup
Ada sumber yang mengatakan Nascimento pernah datang semula ke Kedah ketika FAM membuka kembali pintu untuk kemasukan pemain import ke Malaysia tetapi beliau ditolak oleh Kedah kerana faktor usia dan berat badan yang kian meningkat.
Inilah serba sedikit kisah perjalanan kerjaya bola sepak legenda pemain import Kedah suatu ketika dahulu ketika Piala FA pertama kali menjadi milik Kedah.
Nascimento pada hari ini sudah berumur 48 tahun, telah kembali semula ke kampung halaman beliau di Fortazela Brazil untuk menjalani kehidupan biasa dan mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Ini kisah Nascimento. Ini kisah bagaimana seorang pemain mencipta nama sebagai legenda bersama Kedah.
Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Bvrd Ortega dan disunting dengan kebenaran untuk disiarkan di Semuanya BOLA.