Previu Final Piala FA: Kedah, Perak Sama Membara Rebut Kejuaraan & Slot Ke Asia

Perlawanan akhir Piala FA 2019 mencipta sejarah tersendiri kerana buat pertama kali, ia diadili oleh pengadil dari luar negara.

Pertandingan Piala FA 2019 juga merupakan pertandingan edisi ke-30 dan perlawanan akhir kali ini juga menemukan dua wakil dari utara tanah air – Perak vs Kedah – buat pertama kalinya di pentas ini.

Menjadikan perlawanan ini lebih menarik, pemenang juga akan memenangi slot untuk ke Asia.

Perak mahu ulangi sejarah

Perak adalah juara sulung pertandingan ini. Selepas 30 tahun, sudah pasti penyokong-penyokong skuad Seladang mahukan kejuaraan Piala FA kembali ke Perak.

Untuk rekod ini adalah perlawanan akhir ke-5 Perak di dalam pertandingan ini. Kali terakhir mereka muncul juara ialah pada 2004, selepas menewaskan Terengganu 3-0 di selepas masa tambahan.


Kali terakhir muncul di pentas akhir pula ialah pada 2005, namun dikecewakan oleh Selangor dengan jaringan 4-2.

Kedah mahu bangkit

Berbeza dengan Perak, Kedah pula pertama kali merasa kejuaraan Piala FA pada 1996 selepas menewaskan Sarawak 1-0 di perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Secara keseluruhan, Kedah juga mara ke perlawanan akhir sebanyak lima kali sejak pertandingan ini diperkenalkan pada 1990. Empat daripada perlawanan tersebut berakhir dengan kejuaraan.

SESI LATIHAN MENJELANG 2 HARI LAGI AKSI FINAL SHOPEE PIALA FA.

Menjelang 2 hari lagi perlawanan tumpuan, skuad…

Posted by Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah – on Thursday, July 25, 2019

Satu-satunya kekalahan Kedah di perlawanan akhir Piala FA ialah pada 2010, setelah dikecewakan oleh Negeri Sembilan melalui penentuan sepakan penalti – selepas masa tambahan berakhir 1-1.

Kali terakhir muncul juara pula ialah pada 2017, selepas menewaskan Pahang dengan jaringan 3-2 di Stadium Shah Alam.

Pemain tumpuan

Di kem Perak tumpuan harus diberikan kepada gandingan penyerang import dari Brazil, Ronaldo dan Careca. Kedua-duanya telah menjaringkan 15 gol keseluruhan sejak menyertai kem Perak pada pertengahan Mei lalu.

Kelibat pemain tengah, Leandro juga pasti akan menjadi tumpuan ramai setelah pemain ini secara terbuka dikritik oleh pertahanan import Kedah, Shakir Hamzah sebelum ini.

Leandro dos Santos akan sentiasa menjadi igauan ngeri pasukan lawan.

Di kem Kedah, kelibat Jonathan Bauman dan Fernando Rodriguez juga harus menyebabkan pertahanan perak sentiasa bimbang. Untuk rekod, kedua-dua pemain telah menghasilkan 23 gol dalam semua pertandingan setakat ini.

Baddrol

Begitu juga dengan peranan oleh Baddrol Bakhtiar yang bermain di bahagian tengah. Keupayaan Baddrol sebagai watak senior membantu rakan sepasukan menyerap asakan pihak lawan akan teruji sepenuhnya pada malam ini.

Taktikal pasukan

Aidil Shahrin seing kali menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan sistem dua pivot dalam permainan pasukan Kedah pada musim ini. Cabaran utama Kedah ialah untuk dua pivot – kemungkinan Baddrol digandingkan dengan Fadzrul Danel – berhadapan dengan bahagian tengah Perak.

Dua pivot ini bukan sahaja berfungsi untuk memulakan serangan dari bawah, malah juga untuk membantu melindungi bahagian pertahanan.

Mehmed Durokovic pula kebiasaannya akan tampil dengan formasi 4-4-1-1 dengan sistem bahagian tengah yang agak berlainan. Brendan Gan dijangka akan terus memainkan peranan sebagai pemain tengah box-to-box – beraksi lebih ke hadapan tatkala Leandro lebih kepada tugasan bertahan dalam mematikan langkah serangan lawan.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan Shopee Piala FA 2019 ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN