Andre Gomes Akan Kembali Beraksi Lebih Awal Dari Jangkaan

Pemain tengah Everton, Andre Gomes dilaporkan akan beraksi dalam satu perlawanan latihan hanya selepas 105 hari mengalami kecederaan ngeri yang menyaksikan buku lalinya terkehel.

Pemain berusia 26 tahun itu akan bermain dalam perlawanan tertutup di antara pemain Everton dan ia menunjukkan Gomes menjalani proses pemulihan yang baik dan staf kejurulatihan kini sedang menumpukan latihan untuk memastikan beliau dapat kembali cergas sepenuhnya.

Jika segala proses pemulihannya berjalan dengan baik, Gomes dijangka sudah boleh mula beraksi seawal minggu depan apabila Everton akan berkunjung ke Stadium Emirates untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal.

Gomes mendapat kecederaan tersebut pada awal November lalu apabila diterjah oleh penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min dan ramai yang menjangkakan beliau terpaksa melupakan baki saingan musim ini.

Bekas pemain Barcelona itu telah menjalani pembedahan namun proses pemulihannya berjalan dengan sempurna dan beliau sudah mula menjalani latihan ringan bersama pasukan sejak penghujung bulan Januari lalu.

Pengurus baharu Everton, Carlo Ancelotti mengesahkan Gomes sudah semakin cergas sepenuhnya dan bersedia untuk kembali beraksi.

“Apa yang penting, proses penyembuhannya berjalan dengan baik. Apa pun, dia sememangnya seorang pemain yang amat berkualiti.

“Dia mempunyai pengalaman bermain dengan pasukan-pasukan handalan seperti Valencia dan Barcelona. Sudah tentu kami gembira dia telah kembali.”

Kredit Foto: Everton

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN