Andone Lebih Tajam Daripada Messi Dan Ronaldo Dalam La Liga Setakat Ini

Sebelum ini, tidak ada siapa pun kisah tentang Florin Andone. Namun hari ini tiba-tiba nama beliau menjadi sebutan kerana ketajamannya.

Penyerang Deportivo La Coruna ini sedang mendahului penyerang-penyerang lain di Liga dari segi ketajaman penyudah.

Mengikut statistik setakat ini, beliau lebih baik daripada Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Andone akhirnya membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya oleh pengurus Gaizka Garitano.

Sebelum ini dalam Piala Eropah 2016, beliau hanya bermain 89 minit daripada 2 perlawanan.

Andone Pemain Berbisa

Statistik musim ini setakat ini menunjukkan bahawa Andone melakukan 32 percubaan tepat. Ia di kedudukan ke-4 di belakang Ronaldo (57), Messi (37) dan Bale (35).

Walaubagaimanapun, beliau memiliki dalam kadar shots conversion yang tinggi iaitu 62.5%. Ia jauh lebih tinggi daripada Messi (56.8%) dan Ronaldo (47.4%).

Setakat ini beliau merekodkan purata 2.9 cubaan gol per perlawanan untuk semua pertandingan. Beliau mencatatkan 3.3 cubaan gol per perlawanan dalam La Liga sahaja.

Sebelum ini, beliau menjaringkan 21 gol di divisyen Segunda bersama Cordoba hanya 1 gol di belakang pemenang kasut emas Sergio Leon dari Elche.

Namun hairanya, tidak banyak kelab di liga utama Sepanyol yang mahukan beliau. Pemain berusia 23 tahun dari Romania ini terkenal dengan sifat agresif beliau.

Kini telah menjaringkan gol dalam setiap empat perlawanan terakhir pasukannya. Ketika menentang Real Sociedad pada Isnin lalu, dia menjaringkan 2 dan 1 assist.

Beliau hampir menjaringkan 4 gol dalam kemenangan 5-1 Deportivo ke atas Sociedad. Beliau membuka akaun gol La Liga ketika menentang Granada dalam perlawanan ke-11.

Beliau kemudian menjaringkan gol dalam perlawanan La Liga menentang Sevilla dan Malaga. Andone kini merupakan penjaring terbanyak Deportivo dengan 5 gol manakala Ryan Babel di tempat yang kedua dengan 3 gol.

Beliau sudah pasti menjadi calon utama untuk mengetuai serangan Deportivo La Coruna dalam perlawanan menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu minggu ini.

Deportivo kini menghuni tangga ke-16 di La Liga selepas 14 perlawanan. Mereka hanya mengutip 13 mata, 1 mata di hadapan Valencia dan Sporting yang berada di zon penyingkiran.

Kami jangkakan beliau akan menjadi pemain penting untuk kelab beliau bertarung dengan penyingkiran. Jika aksi beliau terus cemerlang dan konsisten, rasanya beliau tidak perlu risau tentang aksi di liga kompetitif.

Jadi, kami memilih Andone sebagai pemain tumpuan minggu ini menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu.

Baca juga : Bahana Bola Sepak Moden : Nama Stadium Atletico Dan Logo Kelab Bakal Ditukar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN