Roma vs. Milan: Manolas Label Roma Lebih Kuat Daripada Milan

Pertahanan AS Roma, Kostas Manolas merasakan pasukan AS Roma lebih kuat daripada AC Milan. Beliau berkata, mereka ada misi yang lebih besar daripada AC Milan iaitu untuk mencabar kejuaraan Serie A musim ini.

Roma Fokus Untuk Pintas Juventus

Roma akan melayan kunjungan Rossoneri pada Ahad ini sebelum berkunjung ke Turin menentang pilihan juara Juventus.

Ditanya tentang potensi Roma untuk menjadi pendahulu liga pada Krismas dalam sesi previu perlawanan, beliau berkata:

“Ia bukan terletak di tangan kami sahaja. Kami memang mahu berada di kemuncak liga walaupun lebih satu perlawanan.”

“Fokus kami lebih kepada Juventus. Kami turun dalam perlawanan menentang Milan ketika kami sudah tahu keputusan Juventus di Torino (kick off awal).”

Ketika ditanya potensi Milan untuk mengganggu misi mereka, Manolas dengan yakin berkata:

“Milan? Kami akan menentang mereka dengan penuh tumpuan seperti biasa. Milan ada ramai pemain muda yang tidak cukup berpengalaman tetapi bermain dengan cemerlang.”

MILAN, ITALY – OCTOBER 02: Juraj Kucka of AC Milan celebrates a victory at the end of the Serie A match between AC Milan and US Sassuolo at Stadio Giuseppe Meazza on October 2, 2016 in Milan, Italy. (Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

“Ini perlawanan penting,bukan kerana ia semata-mata untuk merapatkan mata dengan Juventus, tetapi kami memang mahu menang setiap perlawanan dan berharap Juventus tewas dalam derbi.”

“Perjalanan liga masih panjang dan 2 perlawanan menentang Milan dan Juventus dalam masa terdekat ini adalah sangat penting untuk kami mendapat keputusan positif.”

“Pada permulaan musim ini saya tidak menjangka sama sekali Milan pernah berada di tempat kedua musim ini. Jelas sekali Montella telah melakukan kerja yang hebat dengan pemain-pemain muda pada beliau.”

Roma Lebih Kuat Daripada Milan!

“Kami sentiasa menghormati semua orang, namun pada masa yang sama kami tidak gentar dengan mereka. Saya rasa kami memiliki kelebihan berbanding Milan.”

“Saya yakin bahawa Roma lebih kuat dan kami perlu membuktikannya.”

Ketika wartawan bertanya, apakah aspek yang diberikan penekanan untuk diperbaiki. Manolas menjawab:

“Apa yang kami perlu perbaiki? Satu-satunya perkara yang kami harus perbaiki ketika ini adalah untuk menjadi yang no.1 dalam liga! Kini kami di tempat kedua,jadi kami perlu mara ke hadapan.”

“Kami juara kumpulan dalam Liga Europa. Namun kami masih kecewa kerana gagal beraksi di UCL.”

Roma Tanpa Ultras!

Dilaporkan Ultras Roma telah memboikot Stadio Olimpico sejak musim lalu. Mereka membantah pembinaan penghadang baru di Curva Sud.

Manolas memberikan komen tentang hal itu dengan berkata:

“Penyokong adalah sangat penting, malangnya mereka tidak dapat datang ke stadium. Saya dengar mereka tidak suka dengan penghadang yang dibina.”

“Mereka sangat penting untuk kami. Kami berasa sedih, seksyen itu agak hodoh tanpa penyokong.

“Kami memerlukan penyokong kami!”

“Melihat hanya 20,000 di Stadio Olimpico baru-baru ini agak menyedihkan. Saya harap sekurang-kurangnya 40,000 akan hadir ke stadium menentang Milan.”

Baca juga :Laporan Prestasi AC Milan Setakat Ini, Montella Jelas Tidak Menghampakan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN