Tular di beberapa laman facebook peminat Kedah menyatakan yang bekas bintang Selangor, Andik Vermansyah kini sedang berada di Alor Setar.
Dalam satu perkongsian oleh laman peminat Kedah Channel LIVE, mereka menyatakan pemain kebangsaan Indonesia itu bakal menyertai Kedah untuk mengisi slot ASEAN.
Andik Vermansyah telah tidak disambung kontrak oleh Selangor yang mengambil keputusan untuk mengambil 2 pemain muda Indonesia, Ilham Udin dan Evan Dimas.
Andik menjadi nadi penting pasukan Selangor dalam beberapa musim yang lalu, membantu Gergasi Merah menjuarai Piala Malaysia 2015.
Pada musim 2016, Andik berhadapan dengan kecederaan lutut yang membuatkan beliau berehat panjang. Selepas itu, beliau kembali semula untuk mengharungi baki kempen musim lalu.
Berita Andik bakal ke Kedah telah menjadi salah satu khabar angin kencang dalam jendela perpindahan kali ini.
Kedah yang masih ada kekosongan slot pemain import kini berada dalam permulaan yang agak kurang memuaskan. Kehadiran pemain seperti Andik pastinya penting.
Beliau boleh bermain di banyak posisi di bahagian tengah serangan termasuk no.8, no.10 dan juga pemain sayap.
Adakah benar Andik Vermansyah bakal menyertai Kedah? Sama-sama kita nantikan