Manchester United Letak Tanda Harga €130m Ke Atas David De Gea

Manchester United dalam usaha untuk mengekalkan David De Gea di Old Trafford, telah meletakkan tanda harga yang ‘mungkin’ mampu menghalang Real Madrid dari membuat tawaran.

Menurut laporan Sport English, Manchester United telah menawarkan De Gea kepada Real Madrid dengan harga permulaan €130 juta, satu nilai yang mungkin membantutkan minat Los Blancos.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Walaubagaimanapun, kelab gergasi Sepanyol itu dikhabarkan tidak akan membayar jumlah tersebut, namun akan menanti untuk mendapatnya secara percuma pada tahun 2019.

Ini kerana, kontrak De Gea bersama Red Devils akan tamat pada 2019 dan Manchester United pastinya akan menawarkan kontrak lanjutan kepada penjaga gawang itu.

Walaupun jendela perpindahan baru sahaja ditutup tetapi khabar angin tentang perpindahan De Gea nampaknya belum terhenti dan dia terus dikaitkan dengan Real Madrid.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

De Gea sentiasa dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid selepas kelab tersebut gagal mendapatkan tandatangannya pada musim 2015 di saat-saat akhir.

Sementara itu, Craig Bellamy menyatakan kepada Sky Sports yang De Gea pasti akan menyertai Real Madrid satu masa nanti, kalau tidak sekarang.

“Dia adalah yang terbaik dan saya selalu rasakan yang Real Madrid senantiasa ingin menjadikannya sebagai penjaga gol nombor satu mereka,” ujar Bellamy.

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

“Pergerakan kakinya cemerlang, dia juga memiliki jangkaan yang tepat, dia mampu membaca penyerang lawan dan jika anda perhatikan dia kerap menyelamatkan bola menggunakan kakinya.

“Dia sangat luar biasa,” tambah Bellamy lagi sambil mengatakan yang ia akan mengejutkan sekiranya De Gea menolak untuk bersama Real Madrid.

Perkembangan terbaharu, menurut laporan media Sepanyol, Don Balon, De Gea telahpun memaklumkan kepada Real Madrid yang dia tidak berminat untuk meninggalkan Old Trafford.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

De Gea merasakan dirinya banyak terhutang budi dengan Manchester United dan mahu terus kekal bermain dibawah kendalian Jose Mourinho.

Selain De Gea, penjaga gawang Chelsea, Thibaut Courtois juga turut dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan dikatakan telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini.

“Jika mereka mahukan saya, mereka perlu menghubungi Chelsea dan ianya masih belum berlaku. Apa yang pasti, satu masa nanti saya akan kembali ke Madrid,” ujar Courtois kepada Daily Star.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN