Jurulatin Timnas Indonesia, Simon McMenemy menyandarkan harapan kepada beberapa pemain yang pernah beraksi di Liga Malaysia, untuk perlawanan derbi serumpun, Indonesia vs Malaysia pada malam ini.
Antaranya ialah Saddil Ramdani dan Andik Vermansyah. Saddil kini bermain untuk pasukan Pahang. Manakala Andik pula pernah bermain untuk Selangor dan Kedah sebelum ini.
Kedua-dua pasukan akan beraksi dalam pusingan ke-2, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
PUSINGAN KEDUA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 /PIALA ASIA 2023
⚽ Indonesia vs MALAYSIA
📆 Khamis, 5 September
⏰ 8.30 malam (waktu Malaysia)
🏟 Stadium Utama Gelora Bung Karno
📺 TV2, RTM HD Sports, Astro ArenaAyuh Harimau Malaya! 🐯🇲🇾
📱#MASINA pic.twitter.com/kNLdbgFRld
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 4, 2019
Selain aripada Andik dan Saddil, 2 lagi pemain yang pernah beraksi dalam Liga Malaysia iaitu, Evan Dimas dan Ferdinand Sinaga juga dipanggil dalam tugasan kali ini.
McMenemy berkata: “Ya, pengalaman yang ada pada Saddil dan Andik sangat penting.”
“Saddil pemain yang masih muda, dan sebaik sahaja Greg Nwokolo cedera, kita terus memanggil Saddil sebagai pengganti.”
"..sangat penting pengalaman yang dibawa oleh Saddil dan Andik.."#utusanonlinehttps://t.co/463wLH6NMt
— Utusan Malaysia (@UMonline) September 4, 2019
Ditanya tentang pemilihan kapten, pengendali Garuda itu ada alasan tersendiri ketika mengumumkan Andritany sebagai ketua pasukan mereka.
“Kapten kita adalah Andritany. Ini kerana beliau ada banyak pengalaman. Beliau juga sering beraksi dalam stadium berkapasiti penuh.”
“Dalam pemilihan kapten, saya lebih suka memilih penjaga gol ataupun pemain di barisan pertahanan kerana mereka boleh melihat permainan dengan baik.”
McMenemy menjanjikan aksi menarik dan berani daripada anak-anak buahnya ketika berhadapan dengan Malaysia.
“Kami akan bermain dengan corak penguasaan bola dan bermain secara ofensif. Ini ditambah dengan aksi kami di hadapan penyokong sendiri di Stadium Utama Bung Karno.”