Ia bukan sesuatu yang hebat (cool) untuk pergi ke kem latihan skuad kebangsaan dengan pakaian santai dan tidak membawa sebarang kelengkapan sukan langsung terutamanya but.
Namun, itulah yang terjadi kepada pemain tengah Manchester United, Anders Herrera ketika melapor diri buat pertama kali untuk skuad senior.
Anders Herrera tidak menyangka sama sekali beliau benar-benar dalam senarai panggilan untuk skuad kebangsaan Sepanyol.
Sempena rehat panjang minggu antarabangsa, Herrera bercuti di Sepanyol bersama-sama anak dan teman wanita beliau.
“Saya sedang berada di hotel Paseo del Prado, Madrid untuk bercuti beberapa hari di sana bersama-sama dengan anak dan teman wanita saya.
“Kami mahu melepaskan kerinduan kepada cuaca dan suasana di Sepanyol setelah agak lama balik dari England.”
“Tiba-tiba De Gea hubungi saya. Saya tidak terfikir langsung pasal panggilan (skuad kebangsaan) itu. Saya ingat ia kerana benda lain.”
“De Gea berkata, ‘datang ke sini sekarang.”
“Saya menjawab, ‘datang ke ‘sini’ mana tu?”
“Dave berkata lagi, ‘Lopetegui memberitahu kami, awak akan bersama kami'”
“Saya ingat ingatkan ia satu gurauan (prank), dan saya bertanya sekali lagi kepada De Gea.”
Setibanya di kem skuad Sepanyol, Herrera cuba memastikan hal tersebut benar. Selepas disahkan, Herrera terpaksa meminta perlepasan khas untuk membeli but dan kelengkapan bola sepak yang lain di kedai sukan berdekatan.
Herrera dipanggil mengejut oleh Lopetegui kerana kecederaan Saul Niguez dan Thiago Alcantara.
Anders Herrera tidak pernah dipanggil untuk mewakili skuad senior Sepanyol meskipun terlibat dalam skuad B-20, B-21 dan B-23.
Herrera telah menjadi instrumen penting untuk Manchester United pada musim lalu dan juga dalam beberapa perlawanan United musim ini di bawah Jose Mourinho.
Baca juga : Portugal Dan Sepanyol Sedang Bincang Penggabungan Liga, Dinamakan Liga Iberia