Selepas lama menabur bakti bersama-sama Manchester United, kini pemain tengah dari Sepanyol iaitu Ander Herrera kini sudah menyertai Paris Saint-Germain (PSG).
Beliau yang menyertai pasukan itu secara percuma melengkapkan perpindahannya tempoh hari ke kelab Ligue 1 itu selepas kontraknya di Old Trafford tidak disambung.
Dalam temu ramah beliau bersama-sama media kelab tersebut, Hererra berkata beliau begitu teruja dapat menyertai PSG.
“Semuanya cukup elegan dan cukup cantik. Saya tidak sabar untuk memulakannya (karier PSG).”
“Ianya cukup mengagumkan apabila dapat menyertai kelab terhebat di Perancis.”
Dalam masa yang sama, Hererra juga mengatakan yang Paris merupakan bandar tercantik di dunia.
“Saya juga memperoleh peluang untuk tinggal di Paris. Pada hemat saya, ianya merupakan bandar yang tercantik di dunia.”
Menurut beliau, Hererra dan keluarganya pernah melawat bandar Paris dan mereka jatuh cinta dengannya.
Oleh itu, beliau akan gunakan peluang ini sebaiknya untuk bermain bersama PSG dan tinggal di bandar Paris.
Dalam temu ramah yang diadakan dalam bahasa Inggeris itu, jelas sekali Hererra tidak fasih berbahasa Perancis.
Namun begitu, beliau berkata yang dirinya mampu berbahasa Perancis sedikit sahaja.
Dalam usaha untuk menguasai bahasa tempatan, Hererra memberi jaminan untuk menguasai bahasa Perancis sepanjang beliau berada di sana.
Hal ini kerana menurutnya, bahasa adalah cukup penting dalam pasukan untuk memudahkan para pemain berkomunikasi sesama sendiri.