Ancelotti Mengalu-Alukan Kedatangan Ibrahimovic Ke Everton

Carlo Ancelotti sudah pun disahkan sebagai pengurus baharu Everton.

Beliau menjawab soalan wartawan tentang khabar angin bahawa, Zlatan Ibrahimovic terbuka untuk bermain di Everton jika Ancelotti perlukan khidmatnya.

Ancelotti berkata, beliau membuka pintu kepada Zlatan Ibrahimovic untuk datang ke Everton. Namun Ancelotti memberitahu bahawa, beliau tidak ada melakukan sebarang ‘contact’ dengan pemain tersebut buat masa ini.

Zlatan Ibrahimovic kini merupakan pemain ejen bebas selepas meninggalkan LA Galaxy.

Beberapa kelab dikaitkan dengan Zlatan Ibrahimovic termasuk Napoli. Hal ini kerana Zlatan ketika itu dikatakan berminat untuk bergabung semula bersama dengan Ancelotti.

Namun pengurus tersebut dipecat oleh Napoli selepas itu dan kini berkhidmat di Everton.

Ancelotti pernah menggunakan khidmat penyerang Belgium berusia 38 tahun, Ibrahimovic, ketika revolusi di PSG.

Ancelotti berkata: “Zlatan Ibrahimovic adalah kawan baik saya. Dan beliau bekas pemain saya.”

“Saya bernasib baik kerana pernah melatih ramai pemain hebat dan pemain luar biasa. Ibrahimovic sudah menamatkan kariernya di Amerika Syarikat. Namun saya tidak tahu apa di fikirannya sekarang ini. Saya benar-benar tak tahu.”

“Jadi saya akan cuba hubungi dia. Jika dia mahu datang ke sini, datanglah dan nikmati suasana di sini.”

“Namun bukan untuk bermain,” dengan segera Ancelotti mematikan spekulasi.

Ditanya sama ada beliau mahu mendapatkan pemain bertaraf dunia selepas ini, ke Everton.

“Saya akan bercakap dengan kelab, kerana kita perlu dudu semeja, bekerjasama dan mencari solusi terbaik.”

“Saya tidak pasti jika pemain datang ke sini hanya kerana mahu ikut saya. Benda itu pernah berlaku sebelum ini.”

“Ada ramai pemain hebat di luar sana. Namun paling penting kita memilih mereka yang terbaik dan mampu menjadi pemain penting dalam pasukan.”

Selain itu Ancelotti merasakan Everton ketika ini memiliki ramai pemain berbakat dan beliau mahu mereka dibangunkan sebaik mungkin. Ini termasuk Moise Kean.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN