Kehilangan tonggak utama sudah pasti menjadi masalah besar buat mana-mana pengurus pasukan. Begitu juga dengan Everton yang kehilangan khidmat Richarlison yang menjalani penggantungan.
Pengurus The Toffess, Carlo Ancelotti mengingatkan anak buahnya supaya membuktikan bahawa mereka boleh mencapai kemenangan tanpa kelibat Richarlison selepas pasukan tersebut tewas kepada Southampton pada minggu lalu tanpa penyerang Brazil tersebut.
Richarlison yang digantung tiga perlawanan selepas menerima kad merah kerana mengasari pemain tengah Liverpool Thiago Alcantara diganti oleh Alex Iwobi yang mengambil tempatnya dalam perlawanan lepas, namun barisan serangn Everton jelas tumpul sepanjang perlawanan berkenaan.
https://twitter.com/TOFnews/status/1322310065618079745?s=20
Mengikut rekod, sejak pemain berusia 23 tahun itu tiba di Marseyside pada musim panas 2018, Everton tidak pernah menang apabila beliau tidak diturunkan.
Kini Ancelotti berdepan dengan situasi yang cukup mencabar selepas dua lagi pemain utama James Rodriguez dan Lucas Digne juga tidak akan beraksi keteika perlawanan menentang Newcastle United pada Ahad disebabkan kecederaan dan penggantungan.
“Saya tahu dengan statistik ini, saya cuma boleh cakap dua benda. Pertama Richarlison memang pemain yang penting untuk kami dan kelab. Yang kedua ini adalah masa untuk memecahkan statistik ini. Ini adalah masanya, kemungkinan itu tetap ada.
https://twitter.com/TOFnews/status/1321169930860060673?s=20
“Richarlson jelas seorang pemain yang penting, tetapi kami masih boleh menggantikannya dengan pemain lain. Jadi kami tidak perlu memberi fokus terlalu banyak tentang fakta ketiadaan Richarlison di sini.
“Digne tiada, James pun tiada, tetapi kami masih ada skuad yang bagus dan jika kami melakukan yang terbaik kami masih ada peluang untuk menang.”
Dengan ketiadaan Richarlison dan James, bebanan tanggungjawab untuk memberu gol kini terletak di bahu Dominic Calvert-Lewin yang sudah menjaringkan tujuh gol musim ini.
Pemain yang dipinjamkan ke Paris Saint-Germain (PSG), Moise Kean kini menyerlah selepas menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan untuk kelab gergasi Perancis tersebut termasuk dua gol ketika menang 2-0 ke atas Basaksehir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Rabu lalu.
Make that two goals for Moise Kean tonight in the Champions League for PSG. ⚽⚽#UCL pic.twitter.com/pZwtayBC46
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) October 28, 2020
Ia sekaligus menyamai jumlah gol yang dijaringkan dalam 37 penampilan bersama Everton pada musim lepas dan Ancelotti menegaskan penyerang Itali itu akan kembali semula selepas tempoh pinjamannya tamat.
“Itu apa yang terkandung dalam kontrak. Kami memutuskan untuk benarkan dia dipinjamkan supaya dapat bermain labih banyak perlawanan. Dia dapat peluang tersebut dan telah menunjukkan kualitinya. Dia akan kembali pada musim depan bersama kami.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Everton:
Penyokong Liverpool Harus Maafkan Pickford Seperti Mana Penyokong Everton Maafkan Son
Jurgen Klopp ‘Mengucap Panjang’ Bila Tahu Ancelotti Jadi Pengurus Everton