Juventus mendahului 2-0 pada perlawanan kalah mati peringkat 16 pasukan pusingan pertama di Turin dalam tempoh kurang 15 minit. Namun mereka hampir tewas kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan yang berakhir 2-2.
Namun selepas itu, perlawanan semalam adalah lebih kepada dewan opera yang besar menyaksikan aksi Tottenham Hotspur di tengah padang sedang membuli Juventus.
1. Juventus ‘tutup suis’ terlalu awal
Mendahului 2 gol membuatkan Juventus ‘switch off’ terlalu awal dalam perlawanan ini. Mereka turun terlalu ke bawah dan menjemput Spurs menekan mereka lebih jauh.
Lihat heatmap di bawah ini, Spurs sangat menikmati malam bola sepak yang indah di Turin.
Mereka kurang berminat untuk menyerang lebih aktif dan cuba menghukum Spurs dengan serangan balas. Mereka ada peluang tetapi dipersiakan.
2. Peranan Eriksen dan Dele Alli
2 pemain ini memberikan masalah paling besar kepada Juventus. Dari segi posisi kedua-dua mereka adalah ‘terapung’ di 2 zonal ataupun floating.
Lihat gambar di bawah ini:
Daripada gambar tersebut, anda akan dapati Eriksen dan Alli adalah 2 laluan / outlet penting kepaa Harry Kane. Posis Eriksen di half-space itu adalah terapung dan mewujudkan kesukaran dan kecelaruan untuk pemain dari 3 zon mengawal beliau terutama sekali pada fasa beliau menerima bola.
Eriksen aktif bertukar tempat sama ada di kiri ataupun kanan. Ketika di kiri Sciglio dan Benatia kerap pergi ke arah beliau pada satu masa yang sama dan ini membuatkan ruang besar dibuka di belakang mereka.
Ini adalah situasi di mana Dele Alli mencipta peluang gol yang disudahkan Harry Kane.
Ini adalah heatmap Eriksen dan Alli:
Untuk Dele Alli, ia memang salah satu kekuatan beliau. Menjadi lubang utama (hole) di zon 14. Beliau pun menyukarkan Khedira dan Pjanic serta Chiellini.
Gol penyamaan Spurs adalah testimoni bagaimana beliau menarik keluar Chiellini dan memaksa pemain itu melakukan kekasaran.
3. Intensiti
Juventus ternyata bermasalah berhadapan dengan intensiti Spurs dalam perlawanan ini. Harus diakui, pasukan Spurs lebih muda dan bertenaga berbanding dengan mereka.
Tenaga yang kuat ada pada Spurs membuatkan Juventus dibuli teruk terutama sekali pada separuh masa kedua. Mujur Buffon masih dalam prestasi terbaik.
Juventus tidak mampu bertarung kepantasan di semua kawasan dan mereka hanya fokus kepada bertahan di garisan rendah.
Moussa Dembele's game by numbers vs. Juventus:
116 touches
94 (95%) passes completed
6 (86%) take-ons completed
4 (100%) tackles won
2 chances created
1 interceptionAbsolutely bossing the midfield. pic.twitter.com/xk6P5T3hd8
— Squawka (@Squawka) February 13, 2018
Dan biarkan statistik ini berbicara, kenapa saya katakan yang Juventus dibuli oleh Spurs dalam perlawanan ini.
Juventus 2-2 Tottenham FT:
Shots: 9-12
Pass accuracy: 71%-88%
Chances created: 7-8
Possession: 33%-67%Tottenham fight from two goals down to rescue a draw at the Allianz Stadium. pic.twitter.com/XM0dMpNm8d
— Squawka (@Squawka) February 13, 2018
4. Harry Kane
Selain daripada kualiti sebagai target man, Kane juga kerap membuka ruang kepada rakan beliau. Itu adalah aspek yang dipanggil ‘decoying’.
Kualiti Kane memberikan masalah kepada Juventus, sama ada ketika bertahan bola tinggi ataupun bertahan ketika Kane menerima hantaran lolos. Pemain ini adalah penjaring Inggeris paling prolifik dalam satu musim UCL.
No English player has ever scored more goals in a single Champions League season than Harry Kane (7). pic.twitter.com/eUf4ewW9RK
— Squawka (@Squawka) February 13, 2018
5. Juventus ada isu di sisi
Isu ‘width’ adalah masalah utama Juventus ketika menyerang. Ketiadaan Dybala salah satu daripada sebabnya. Mandzukic dan Bernadeschi tidak cukup bagus dalam membekalkan ‘width’ ketika serangan.
Douglas Costa diturunkan sebagai no.10 dalam perlawanan ini, beliau ternyata melihat banyak masalah di sisi dan kerap membantu Mandzukic.
Jadi, laluan serangan mereka hanyalah ada dari tengah. Zon tengah jelas dikuasai oleh Spurs. 2 jaringan awal mereka ternyata membuatkan mereka tidak bermain pada kualiti terbaik mereka.
Pemain mulai terlalu fokus kepada bertahan dan menghampakan Spurs.
Rumusan
Jika anda memilih perlawanan UCL ‘Gareth Bale’ membantai Inter sebagai aksi terbaik Spurs, ini mungkin anda letakkan sebagai aksi kedua terbaik Spurs di UCL dalam era moden.
Namun dari segi permainan berpasukan, rasanya ini lebih baik. Setiap pemain bertanggungjawab memberikan respon selepas aksi gugup pada awal perlawanan.