Klopp: “Liverpool Perlukan Kesungguhan & Jiwa Lebih Dari Taktikal”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata kesungguhan dan jiwa lebih penting dan bermakna buat skuad kendaliannya berbanding susunan taktikal untuk memenangi perlawanan.

Skuad The Reds berada di Portugal sempena perlawanan pusingan kalah mati UEFA Champions League (UCL) menentang Porto pada awal pagi nanti.

PORTO, PORTUGAL – FEBRUARY 13: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Jurgen Klopp manager of Liverpool during a training session at Estadio do Dragao on February 13, 2018 in Porto, Portugal. (Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Liverpool sudah pati mengharapkan mereka mampu melayakkan diri ke peringkat suku akhir buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun kebelakangan.

Namun demikian, Klopp berpendapat bahawa pemilihan pemain dan taktikal tidak akan memberi banyak impak kepada prestasi di atas padang pasukan kendaliannya.

Sebaliknya, pengendali berbangsa Jerman tersebut berkata ianya adalah kesungguhan dan jiwa pemain ketika di atas padang yang merupakan faktor utama untuk Liverpool mencatat kemenangan.

PORTO, PORTUGAL – FEBRUARY 13: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) General view of Liverpool during a training session at Estadio do Dragao on February 13, 2018 in Porto, Portugal. (Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Sistem permainan tidak akan menjamin kemenangan. Ia adalah mengenai pemain dan bagaimana mereka melakukan keputusan yang tepat pada masa yang sesuai ketika di atas padang.”

“Ia adalah mengenai memberikan sepenuh kesungguhan dan segala kudrat yang dimiliki ketika aksi pemain di atas padang.”

“Sistem (formasi dan taktikal) hanya diwujudkan untuk meletakkan pemain di posisi terbaik mereka,” jelas Klopp.

Walaupun yakin perlawanan kedua di Anfield bakal dibantu oleh puluhan ribu penyokong yang fanatik, Klopp tidak mahu mengambil risiko dengan keputusan yang tidak memihak kepada mereka dalam perlawanan pertama ini.

PORTO, PORTUGAL – FEBRUARY 13: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Jurgen Klopp manager of Liverpool during a press conference at Estadio do Dragao on February 13, 2018 in Porto, Portugal. (Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Keputusan yang positif di Porto akan memberi lebih jaminan untuk peluang Liverpool mara ke peringkat seterusnya.

Ketika ditanya oleh wartawan sama ada keputusan positif dari perlawanan pusingan pertama ini sudah cukup untuk menjamin kemaraan, Klopp menjawab:

“Adakah ia sering berlaku di dalam pertandingan ini? Satu kemenangan sudah memadai?”

“Saya tidak fikir ianya sedemikian. Tetapi saya sentiasa yakin dengan impak sokongan dan kemampuan pasukan ini di Anfield. Semua orang tahu bahawa penyokong kami di Anfield adalah luar biasa.”

“Tetapi sebelum itu, kami harus menyelesaikan tugas kami di perlawanan pertama terlebih dahulu. Kami mencari keputusan positif untuk memudahkan laluan kami di perlawanan kedua. Ia sudah pasti sukar berhadapan dengan Porto,” tambah Klopp lagi.

(Photo by Bryn Lennon/Getty Images)

Liverpool pasti mahu meneruskan momentum kemenangan di Liga Perdana Inggeris diterjemahkan di pentas eropah.

Sandaran pasti akan terus dikekalkan kepada gandingan Roberto Firmino dan juga Mohamed Salah yang cemerlang ketika menewaskan Southampton 2-0 pada Isnin lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN