Walaupun berada di kalangan ‘top 3’ Liga Super 2022, Negeri Sembilan FC wajar berasa tidak selesa dek kerana Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC mengintai dan berpotensi untuk memintas kedudukan tersebut.
Ini kerana mereka hanya berbekal 20 mata dan telah melalui 12 perlawanan – lebih daripada semua pasukan yang bersaing di liga. Kedah dan Terengganu pula kekurangan perlawanan berbanding Negeri Sembilan.
Jika jumlah perlawanan lebih seimbang, kedudukan Negeri Sembilan tentunya tidak akan berada di sana.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS12
Melaka United FC naik satu anak tangga ke tempat kelapan Liga.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/xFEZ12wWCu
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 5, 2022
Lima daripada enam perlawanan terkini tak hasilkan gol
Walaupun tidak pernah terkeluar daripada kelompok ‘top 3’ sejak minggu ke-7, namun prestasi The Jangs tidak terlalu membanggakan. Ini kerana, disebabkan jadual yang tak terurus oleh operator Liga Malaysia (Liga M), Malaysian Football League (MFL), kedudukan mereka di kelompok atasan nampak tidak tergugat langsung.
Hakikatnya, Negeri Sembilan sudah melalui lima daripada enam perlawanan tanpa menghasilkan jaringan, disamping penjaga gol mereka, Syihan Hazmi cemerlang di gawang. Tiga daripada enam perlawanan terkini beliau merekodkan ‘cleansheet’. Beliau cemerlang tetapi jentera serangan boleh dikatakan agak tumpul.
Tiga aksi berkesudahan seri tanpa jaringan iaitu ketika berdepan Kedah, Terengganu dan Melaka United.
[Sukan @ NS Daily]
Rasanya NSFC dah boleh fikir untuk cari pengganti di bahagian serangan. Setakat yang ada ni, semuanya tumpul. 😑
Sumber & kredit foto:
Page Negeri Sembilan Football Club#AllahJagaKita #terusberusaha #syawal2022 #EndemikMalaysia pic.twitter.com/AopTdH6QXi— NS_Daily (@ns_daily2018) May 17, 2022
Apa yang tidak kena dengan jentera serangan mereka? Soal di benteng tiada masalah dan diuruskan dengan baik oleh gandingan bek bertiga, Herold Goulon, Khuzaimi Piee dan Nasrullah Haniff selain dibantu oleh dua bek sayap ketika dalam fasa bertahan. Falsafah yang tidak boleh dipersoalkan kerana ia membuahkan hasil.
Namun, bagaimana prestasi jentera depan mereka yang hanya hasilkan 14 gol dalam 12 perlawanan?
11 gol dalam enam perlawanan awal, kemudian ‘mandul’
Jika dilihat dalam enam perlawanan awal liga, The Jangs tiada masalah untuk menghasilkan gol – 11 gol dalam enam perlawanan. Ia sesuatu yang sangat baik sebelum mereka tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kalau 5 perlawanan lagi takda sorang pun penyerang @nsfc1923 pintas jumlah jaringan Herold Goulon, baik tarik diri jelah dari MSL turun balik MPL. Paling bingai pun dapat lima gol macam Herold Goulon. https://t.co/tlm6XJNsMC
— TJs (@TheJangsN9) June 20, 2022
Ketika itu, hampir setengah gol mereka diledak oleh bek tengah, Herold Goulon. Ya, bek tengah mereka.
- Herold Goulon – 5 gol (bek tengah)
- Matheus Alves – 2 gol (penyerang)
- Khair Jones – 1 gol (bek sayap kiri)
- Kossi Adetu – 1 gol (penyerang)
- Zaquan Adha – 1 gol (penyerang)
- Sean Selvaraj – 1 gol (penyerang)
Dua gol pula diledak penyerang gantian, Zaquan Adha dan Sean Selvaraj. Penyerang utama yang diharap, Matheus Alves meledak dua gol dan Kossi Adetu pula hanya satu gol – sangat kurang sumbangannya.
2 pemain baharu gagal selesaikan masalah ketajaman
Pengendali, K. Devan mengetahui jentera serangannya kurang efektif. Atas sebab itu perubahan telah dibuatnya dalam jendela pendaftaran pemain kedua tempohari dengan kemasukkan Yashir Pinto dan Gustavo Almedia. Mereka adalah penggantian terus kepada dua import sebelum ini iaitu David Mawutor dan Kossi Adetu.
📝 TEMPOH PENDAFTARAN KEDUA LIGA MALAYSIA 2022
Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC membatalkan dan mendaftarkan pemain-pemain berikut.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/1BYLaKgGIA
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 18, 2022
Devan juga sempat mengakui formulanya untuk pemain import ketika itu adalah sejarah mereka di Liga M.
“Oleh sebab itu pilihan saya [adalah] untuk memilih pemain [import] yang sudah mengenali Liga Super dan corak permainan Liga Malaysia. Mungkin ada rakan sepasukan yang rapat dengan mereka dari pasukan yang pernah disertai bersama.”
K. Devan, Bernama
Ia menjadi ketika mereka menang 3-0 ke atas Sri Pahang, hasil jaringan Gustavo, Yashir dan Matheus Alves.
Selepas itu, mereka dilihat kembali ke prestasi dan ‘trend’ sebenar mereka iaitu buntu mencipta jaringan gol.
Bila seorang pertahanan berada bersama sama dengan barisan pemain penyerang dalam senarai penjaring terbanyak liga adalah satu petanda yang tidak bagus ya wahai @nsfc1923 . Tolong take noted. https://t.co/0oKiepc24K
— TJs (@TheJangsN9) April 25, 2022
Tiada elemen kreatif di tengah untuk bantu jentera depan?
Adakah ini punca mengapa mereka tumpul di depan gol? Jentera depan yang digerakkan Gustavo dan Alves seharusnya menimbulkan rasa gerun lawan. Mereka mencipta percubaan, namun ia mudah untuk digagalkan.
Mungkin elemen kreatif diperlukan oleh Devan dalam merencana asakan ke kubu lawan. Yashir yang bergerak di belakang dua penyerang bukanlah pemain yang kreatif. Begitu juga dua pemain tengah, Omid Nazari dan Saiful Ridzuwan Selamat. Hantaran yang baik amat ditagih penyerang untuk menyudahkannya dengan lebih baik.
Mungkin satu lagi perkara adalah dua bek sayap yang digunakan juga tidak mampu merencana sesuatu.
Mungkin gerakan mereka mudah dibaca lawan – terlalu ‘direct’. Tiada elemen kreatif daripada lima pemain tengah yang disenaraikan. Seharusnya apabila anda memiliki lebih pemain di tengah, anda akan kuasai permainan. Ini kerana, kawasan middle third bakal menjadi sesak dengan lima pemain tengah yang ditaruhkan.
The Jangs seharusnya lebih dinamik ketika menyerang sebagaimana ketika mereka dalam fasa bertahan.
Justeru, peningkatan sentuhan penyudah amat diperlukan daripada penyerang terutamanya, Gustavo mahupun Alves selepas ini. Jika tidak, secara perlahan-lahan, Negeri Sembilan bakal menuruni tangga kedudukan Liga Super apabila jumlah perlawanan semakin seimbang dan Kedah ataupun Terengganu sedang mengintainya.