Analisis: Bukan Tipikal Pemain Brazil, Apa Istimewa Fabinho Di Mata Klopp?

Tewas perlawanan akhir UEFA Champions League sehari yang lalu pantas mahu dilupakan oleh Liverpool.

Tiada angin, tiada ribut. Liverpool lantas tidak mahu membuang masa, pantas mengesahkan Fabinho sebagai pemain baharu mereka pada awal pagi tad (waktu Malaysia).

Selain daripada dikaitkan rapat dengan perpindahan ke Old Trafford pada Januari lalu, siapakah Fabinho? Apakah istimewanya pemain ini sehingga menarik perhatian Jurgen Klopp?

Fábio Henrique Tavares

Fábio Henrique Tavares, atau lebih dikenali dengan panggilan Fabinho dilahirkan pada 23 Oktober 1993.

Fabinho tiba di bola sepak Eropah pada usia yang muda. Walaupun muda, bakatnya mulai menarik perhatian ramai pencari bakat, sebelum memutuskan untuk menyertai Rio Ave di Portugal setelah meninggalkan Fluminese pada 2012.

Hanya beberapa minggu bersama Rio Ave, Fabinho pantas dipinjamkan ke Real Madrid Castilla, dan beraksi di Segunda Division B.

Gambar: Liverpool FC

Fabinho beraksi sebanyak 30 kali untuk pasukan simpanan (feeder club/development club) milik Real Madrid itu, dan turut berkesempatan beraksi bersama skuad utama Los Blancos dalam perlawanan menentang Malaga pada musim 2012/13.

Diturunkan daripada bangku simpanan, Fabinho sempat menghasilkan satu bantuan gol, dengan melorongkan bola buat Angel Di Maria dalam kemenangan 6-2 menentang Malaga tersebut.

Perjalanan bersama Monaco

Tidak mudah untuk mana-mana anak muda mengembangkan bakat bersama Real Madrid.

Oleh kerana itu pada musim berikutnya, Claudio Ranieri telah membawa Fabinho ke Monaco secara pinjaman.

(Photo by Anthony Dibon/Icon Sport via Getty Images)

Tidak ramai yang menyedari ketibaan pemain ini di Monaco, setelah beberapa nama besar turut tiba di kelab tersebut pada musim panas yang sama seperti Radamel Falcao, James Rodriguez dan Joao Moutinho.

Namun Fabinho berjaya menunjukkan nilai dan keupayaan yang dimilikinya, dan berjaya memperolehi panggilan menyertai skuad Brazil dalam tempoh dua tahun sejak tiba di Stade Louis II.

(Photo by Johnny Fidelin/Icon Sport via Getty Images)

Pada Mei 2015, Fabinho akhirnya mengesahkan perpindahan ke Monaco secara tetap, sebelum membantu Monaco menjuarai Ligue 1 pada musim berikutnya.

Analisis taktikal

Satu perkara yang perlu diketahui mengenai Fabinho ialah versatiliti yang dimiliki oleh pemain ini.

Selain daripada mampu beraksi di bahagian bek kanan, Fabinho turut boleh beraksi sebagai pemain tengah pertahanan.

Sebelum bakatnya dikembangkan di Real Madrid Castilla, Fabinho beraksi sebagai bek kanan.

Sumber: OPTA by WhoScored.

Namun perkembangan Fabinho sebagai pemain pertahanan tengah mengambil tempat di Monaco.

Walaupun berjaya membentuk antara pertahanan yang ampuh pada musim 2014/15 di Ligue 1 dan eropah, Fabinho turut membuktikan keupayaan di bahagian tengah pertahanan.

Sumber: OPTA by 11Tegen11.

Dua lakaran data OPTA oleh 11Tegen11 di atas, menjelaskan pengaruh Fabinho di bahagian tengah.

Untuk jurulatih seperti Klopp membawa masuk pemain dengan profail Fabinho, ia pasti kerana sesuatu yang istimewa.

Klopp tahu bahawa Fabinho boleh beroperasi sebagai pemain No.6 atau No.8.

Manakala bekas pengendali, Leonardo Jardim pernah menyatakan keistimewaan Fabinho yang berkebolehan untuk memecah garis pertahanan lawan (break the lines). Ini bermakna, selain dari bertahan, Fabinho turut membantu serangan dengan hantaran ke hadapan.

Sumber: Sky Sports

Corak permainan

Jika penyokong Liverpool inginkan Samba daripada Fabinho, jelas anda perlu menyelidiki lebih profail pemain ini.

Fabinho bukanlah pemain tengah seperti kebanyakkan yang Brazil miliki. Berketinggian 6 kaki 2 inci, pemain tengah berusia 24 tahun ini mempunyai kekuatan di udara, juga dalam menangani hantaran rendah lawan.

Peningkata kualiti pertahanan yang dimiliki oleh Fabinho.

Kelebihan seperti ini jarang dimiliki oleh pemain tengah. Apatah lagi jika Brazil sebagai rujukan yang gemar menggunakan pemain bergraviti rendah untuk lebih licik di atas padang.

Memiliki langkah panjang yang panjang, memberi kelebihan kepada Fabinho untuk menutupi ruang pertahanan – kelebihan yang banyak membantu di awal karier sebagai bek kanan.

Contoh pressing pantas dilakukan Fabinho sebelum Tottenham Hotspur sempat memanipulasi ruang.

Fabinho juga bijak melakukan perubahan tansisi dalam permainannya. Jika sebagai bek kanan, Fabinho akan melakukan larian di bahagian sayap untuk melakukan serangan, demikianlah juga di bahagian tengah pertahanan.

Tatkala pasukan diserang, Fabinho bijak melindungi bahagian pertahanan di belakangnya, dan pantas melakukan pressing ketika memerlukan.

Ada apa dengan Liverpool?

Soalan yang menarik untuk ditanya ialah, di manakah Fabinho akan beraksi bersama Liverpool pada musim hadapan.

Jika posisi bek kanan, maka Fabinho akan bersaing dengan pemain muda meningkat naik, Trent Alexander-Arnold dan juga Nathaniel Clyne yang mengalami kecederaan sepanjang musim.

Perbandingan Fabinho dengan pemain tengah Liverpool yang lain.

Tetapi di dalam skuad Liverpool ini, kami menjangkakan Fabinho akan beraksi di bahagian tengah, walaupun sekali sekala akan pasti diturunkan sebagai bek kanan berdasarkan lawan yang bakal dihadapi.

Pada musim hadapan, kami menjangkan Fabinho akan bergandingan dengan Naby Keita dan juga Henderson di bahagian tengah.

(Photo credit should read ROBERT MICHAEL/AFP/Getty Images)

Keita adalah pemain tengah box to box. Maka pemain ini akan lebih kerap berada di bahagian hadapan untuk membantu serangan. Manakala Handerson bertindak sebagai destroyer sepertimana musim ini, dan Fabinho memainkan peranan sebagai pemain tengah pertahanan.

Dengan masa hadapan Emre Can di Anfield terus menjadi tanda soal, dan James Milner akan lebih berperanan sebagai backup kerana faktor usia, teori ini boleh dianggap munasabah.

Rumusan

Fabinho bukanlah pemain tengah tipikal dari Brazil. Bagaimanapun kualiti dan profail pemain ialah sesuatu yang diperlukan oleh Klopp di bahagian tengah.

Pada awal musim, masalah di bahagian pertahanan Liverpool sangat ketara. Ini kerana tiadanya perlindungan dari bahagian tengah.

Adalah Fabinho merupakan pemain yang dicari-cari untuk melengkapkan skuad Liverpool. Ia tampak sangat seimbang sekarang di setiap posisi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN