Rusia 2018: Lukaku Perlu Dinilai Semula Sebelum Sertai Skuad Akhir Belgium

Lukaku

Pengurus Belgium, Roberto Martinez berkata penyerang Manchester United, Romelu Lukaku akan diberikan lebih masa untuk membuktikan diri cergas sepenuhnya sebelum skuad Belgium dimuktamadkan menjelang Piala Dunia.

Lukaku tidak membarisi kesebelasan utama skuad Mourinho di perlawanan akhir Piala FA setelah dilaporkan mengalami kecederaan di akhir kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

B ( Photo by Jimmy Bolcina / Photonewsvia Getty Images)

Lukaku yang memulakan perlawanan perlawanan tersebut daripada bangku pemain simpanan bagaimanapun dijangka mampu cergas sepenuhnya sebelum skuad Belgium terbang ke Rusia.

Selain daripada Lukaku, Martinez turut perlu menilai pemain pertahanan, Thomas Vermaelen yang tercedera ketika aksi bersama kelab.

Martinez dilaporkan akan memberi semua pemain peluang untuk membuktikan kecergasan diri sebelum tarikh akhir pada 4 Jun hadapan untuk memuktamadkan senarai penuh 23 pemain yang akan membawa cabaran Belgium.

(Photo credit should read SAKIS SAVVIDES/AFP/Getty Images)

“Kita harus menggunakan masa sebaik mungkin. Pasukan ini bakal berhadapan dengan pasukan juara Eropah, Portugal dalam perlawanan persiapan. Maka kami akan tunggu sehingga tarikh akhir 4 Jun untuk memuktamadkan senarai pemain,” ujar bekas pengurus Everton itu kepada wartawan.

“Minggu ini fokus kami adalah kepada pemain individu, untuk memberikan mereka peluang sewajarnya untuk menyertai senarai akhir 23 pemain. Kemudian kumpulan kecil pemain ini akan dipersiapkan dengan yang lain untuk cabaran di Rusia.”

“Sejak latihan pusat diadakan, ideanya ialah untuk mengurangkan senarai pemain kepada 23 pemain sahaja. Namun kini ianya berubah kerana kami perlu memberi peluang kepada beberapa pemain untuk memulihkan kecergasan masing-masing.”

(Photo by BRUNO FAHY / Belga / AFP) / Belgium OUT (Photo credit should read BRUNO FAHY/AFP/Getty Images)

“Pada masa ini semua 28 pemain ini memiliki peluang, dan keputusan akan dilakukan selepas pertemuan menentang Portugal. Ini adalah kaedah terbaik untuk memilih 23 pemain ke Rusia.”

Cabaran Belgium di kempen Piala Dunia pada Jun hadapan ialah berhadapan dengan Panama pada 18 Jun, sebelum Tunisia dan England turut berada di dalam kumpulan yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN