Analisis Taktikal UCL 2016/2017: Dortmund Sedaya-Upaya Guna Zon 14 Yang Kurang Dilindungi Real Madrid

Borussia Dortmund turun dengan formasi utama mereka musim ini iaitu 4-1-4-1.

Jentera tengah mereka dipacu oleh Gonzalo Castro dan Mario Gotze sambil dilindungi oleh Julian Weigl di belakang.

Real Madrid pula turun dengan formasi 4-3-3. Zinedine Zidane meletakkan Toni Kroos sebagai pivot tunggal, di belakang James Rodriguez dan Luka Modric.

Anda boleh melihat formasi ini kedua-dua pasukan ini berdasarkan gambar di bawah.

r1

Tempo pantas Borussia Dortmund

Walaupun majoriti pemain mereka adalah pemain-pemain muda, pergerakan bola yang diilhamkan pemain-pemain Dortmund sangat pantas. Terutamanya di kawasan final third.

Jelas tumpuan utama Dortmund adalah untuk mencipta ruang di celah-celah blok pertahanan Real Madrid.

r8

Mereka berjaya melakukannya beberapa kali. Namun penyudah mereka agak tumpul. Ia turut tak dibantu dengan kecemerlangan Navas menghalang cubaan-cubaan gol Dortmund.

Julian Weigl adalah pemain penting ketika Dortmund merencana serangan. Keupayaan beliau untuk berhubung dengan semua bahagian adalah sesuatu yang mengagumkan.

Lihatlah laporan arah hantaran Weigl di bawah. Ia kelihatan sangat efisien dan menyeluruh ke semua arah!

weigel

Gambar di bawah ini pula menunjukkan contoh corak tekanan (pressing) Real Madrid yang kerap berpusat pada bahagian sayap namun sangat lemah di bahagian tengah mereka.

r10

Dalam gambar di atas, James berada di zon yang tidak sepatutnya beliau berada. Ini kerana itu adalah kawasan Ronaldo melakukan tekanan ke atas lawan!

Organisasi 3 pemain tengah Real Madrid kerap terpecah dan tidak stabil. Anda boleh lihat ruang yang besar di tengah.

Dan dalam gambar bawah, lihat pula bagaimana Dortmund memanipulasi ruang yang ada untuk gerakan serangan mereka.

press-2

Kemasukan Kovacic pada minit ke-70 memperbaiki isu ini dan organisasi tengah Real Madrid lebih baik daripada sebelumnya.

Tuchel mahukan tekanan lebih kuat dari Zon 14

Dalam perlawanan ini ada 2 fasa penting. Pertamanya adalah mengarahkan Raphael Guereiro untuk bermain di poket (zon 14).

Dalam laporan rangkaian hantaran Borussia Dortmund di bawah, anda dapat melihat rangkaian hantaran yang sangat stabil di semua bahagian.

Dortmund jelas cuba menekankan penerimaan bola di zon 14 dengan Dembele mencipta ruang di sebelah sayap kanan.

r9

Kemudian dalam fasa kedua, Tuchel mengarahkan Gonzalo Castro untuk meningkatkan lagi keberkesanan operasi mereka di zon 14.

Ini adalah fasa awal tekanan mereka di zon 14.

guer

Di bawah ini pula, ketika Castro mulai dilaburkan di zon 14 untuk membantu Guerreiro.

castro-hm

r6

Isu pertahanan Real Madrid

Real Madrid kerap kali lemah dalam mengawal dan mengawasi pergerakan pemain-pemain Dortmund. Pada separuh masa pertama, Ousmane Dembele antara pemain yang terlalu mudah melepasi garisan di antara middle third dan final third.

Real Madrid banyak bertahan dengan skema 4-2-3-1 kerana kurangnya sumbangan James Rodriguez. Ia bukannya sesuatu yang dirancang oleh Real Madrid. Sebaliknya berasal dari ‘kemalasan’ James sendiri.

Mereka jelas merindui perlindungan yang kuat daripada Casemiro. Lihat situasi di bawah, betapa mudahnya mereka ditewaskan di kawasan center half.

r3

Namun begitu Dembele agak terlalu teruja (sesuatu yang dijangka apabila pemain muda bermain dalam perlawanan besar) dalam perlawanan ini.

Akibatnya beliau gagal memberikan kualiti yang lebih baik apabila perlu melakukan penyudah mahupun hantaran akhir.

Kelemahan pertahanan Dortmund

Walaupun memiliki unit tengah dan serangan yang berkualiti, satu perkara yang membuatkan Dortmund gagal untuk memenangi perlawanan ini adalah kualiti pertahanan mereka yang agak lemah.

Counterpressing oleh Dortmund banyak mengurangkan penetrasi Real Madrid ke dalam kawasan Dortmund.

Di bahagian kanan Dortmund adalah kawasan yang agak lemah.5 daripada 6 bentesan di sebelah kiri adalah gagal.

Di kawasan inilah Dortmund kerap menghadiahkan beberapa peluang bahaya kepada Cristiano Ronaldo. Apatah lagi apabila Dortmund bermain garisan pertahanan yang sangat tinggi.

r7

Setiap kali Real Madrid berjaya keluar daripada tekanan counterpressing tersebut atapun ketika menyerang balas (counter attack), Real Madrid sentiasa kelihatan berpotensi mendapatkan sesuatu.

Gol pertama Real Madrid antara contoh terbaik bagaimana rapuhnya organisasi mereka ketika diserang balas.

r5

Seterusnya adalah masalah dalam berhadapan dengan hantaran lintang. Borussia Dortmund turut bermasalah dengan bola tinggi yang dihantar ke dalam kotak penalti mereka.

Pertarungan separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, boleh dikatakan Dortmund agak kurang intensif berbanding dengan separuh masa pertama.

Mereka dihukum oleh Real Madrid dengan gol kedua oleh Raphael Varane.

Menuju 15 minit terakhir perlawanan, Tuchel memasukkan Christian Pulisic dan Emre Mor untuk memberikan tambahan intensiti kepada serangan Dortmund.

Pulisic bermain lebih direct berbanding dengan Dembele. Beliau memberikan ancaman dengan kadar segera bila bola di kaki.

Pada minit ke-86, Pulisic melorongkan bola ke dalam kotak penalti yang gagal dikeluarkan Carvajal dan dirembat masuk oleh Andre Schurrle yang memang terkenal dengan gelaran super sub!

Kesimpulan

Bagi saya dalam perlawanan ini, Ronaldo mungkin telah menunjukkan aksi terbaik beliau untuk Real Madrid pada musim ini. Beliau mempamerkan gerakan tanpa bola yang elusif serta bijak mencari posisi.

Beliausepatutnya boleh menjaringkan lebih daripada 1 gol dalam perlawanan ini.

Rumusan untuk Dortmund pula, berlaku ketidakseimbangan taktikal yang jelas dari segi kualiti pertahanan, tengah dan serangan.

Namun begitu, kualiti pemain muda yang dimiliki Dortmund dalam perlawanan ini adalah sebab kenapa peminat-peminat mereka ‘tidak merindui’ Henrik Mkhtaryan dan Ilkay Gundogan.

Pendekatan Tuchel untuk menekan zon 14 adalah kekuatan utama Dortmund namun mereka berhadapan dengan penurunan dari segi intensiti pada awal separuh masa kedua sehingga minit ke-75.

Pemain terbaik perlawanan

Cristiano Ronaldo

Beliau melakukan 1 gol dalam keadaan yang memerlukan beliau betindak cepat. Kemudian, hantaran beliau hampir disudahkan Benzema. Tetapi bola terkena tiang dan susulannya membolehkan Varane menjaringkan gol kedua.

ucl_ronaldo_madrid_dortmund-vresize-1200-675-high-57

Statistik

stasttik

Baca juga:  Teori Taktikal: Gegenpressing Borussia Dortmund Di Bawah Thomas Tuchel

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN