Analisis Taktikal UCL 2016/17: Perubahan Intensiti Manchester City Bantu Kebangkitan

Permulaan

Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan formasi dominan mereka musim ini. Manchester City dengan 4-1-4-1. Manakala Barcelona dengan 4-3-3 menggunakan pendekatan lebar di sebelah kiri.

Barcelona Dominasi Separuh Masa Pertama

Pada separuh masa pertama, Barcelona menunjukkan kualiti mereka meskipun tanpa Iniesta, Pique dan Jordi Alba. Mereka meggerakan bola dengan sangat baik.

Barcelona menguasai sekitar 63% bola pada separuh masa pertama. Manchester City pada separuh masa pertama banyak ditekan oleh Barca di kawasan mereka sendiri.

14

City agak buntu untuk melepasi zonal marking Barcelona dengan garisan pertahanan yang sangat tinggi. Ini kerana City ada masalah dari segi kepantasan untuk menggerakkan bola dengan menggunakan ruang yang kecil.

Dalam gambar di bawah anda akan dapati, Zabaleta sukar untuk menghantar bola ke blok atas dan terpaksa berpatah balik.

12

Serangan City Tidak Cukup Tajam Pada Separuh Masa Pertama

Sekali lagi isu pressing oleh Barcelona memainkan peranan penting. Di bawah ini adalah contoh ketika mereka cuba melakukan serangan balas.

16

Silva melakukan hantaran vertikal ke Aguero. Pada fasa ini anda melihat corak pertahan Barca dengan counter pressing. Umtiti cepat memberikan tekanan kepada Aguero. Digne dengan pantas melindungi space Sterling.

17

Apabila Aguero menerima bola, dia tidak sempat mendapat sokongan dan membuat keputusan kerana Barcelona menekan dengan segera.

18

Dalam erti kata lain, asiditi City dineutralkan dengan sangat berkesan oleh Barcelona pada separuh masa pertama.

Serangan Barca Pada Separuh Masa Pertama

Barca banyak menggunakan serangan balas yang pantas sama ada dari bawah ataupun hasil bola yang dirampas melalui counterpressing.

Luis Suarez memainkan peranan yang penting dalam melakukan larian yang menarik pertahanan City keluar dan membuka ruang kepada pemain lain seperti yang beliau biasa lakukan dalam organisasi MSN.

20

Lihat anatomi gol Messi ini. Walaupun nampak agak minima impak tarikan oleh Suarez namun ia sudah cukup untuk membuka ruang di antara Stones dan Otamendi. Organisasi pertahanan City terpecah.

Bermula dari serangan balas dari bawah yang dilakukan dengan segera tanpa terlalu banyak sentuhan bola. Ia adalah isu pace hantaran.

5

4

Ini adalah gambaran dari sudut yang lebih jelas bagaimana impak apabila Stones memberikan perhatian lebih untuk Suarez.

6

Perubahan Tatikal Pep Guardioala Pada Separuh Masa Kedua

Sebelum tamat separuh masa pertama, City mendapat gol penyamaan selepas Barcelona ditekan di garisan tinggi oleh City. Hantaran lemah berjaya dirampas oleh City. Sterling melorongkan bola segera kepada Gundonga.

Pep mengeluarkan Fernandinho pada minit ke-60. Ini kerana Fernandinho gagal untuk mengawal garisan pivot dengan lebih berkesa dengan tekanan oleh Messi yang kerap turun ke zon 11.

Perubahan terbesar pada separuh masa kedua adalah, intensiti dan serangan yang berterusan oleh City.

Hal ini menjadi lebih mudah apabila 3 penyerang Barca , MSN tidak turun ke bawah (drop deeper) untuk menerima bola mahupun membantu untuk bertahan seperti separuh masa pertama terutamanya Lionel Messi.

Kevin De Bruyne menjaringkan gol daripada sepakan percuma yang menarik untuk meletakkan City di hadapan.

Isu Pertahanan Di Half-Space

Kedua-dua pasukan ada isu untuk bertahan di half-space dalam perlawanan ini. Bezanya pada masa pertama Barcelona tidak mampu menjaringkan gol ke-2 ketika mereka mendominasi.

Kedua-dua pasukan sebenarnya sangat pantas untuk menyerang half-space bila sahaja ada ruang dibuka di situ.

13

City pula berjaya mendapatkan lebih banyak gol pada fasa mereka mendominasi separuh masa kedua. City pada masa yang sama turut memanipulasi kawasan sayap dengan rantaian serangan berempat.

22

23

24

Ini adalah gol ketiga City dengan ruang half-space digunakan sebaik-baiknya oleh City.

hs

Ini adalah pelan pertahanan biasa Barcelona yang cuba membentuk chain of 5 dengan Busquet dan 2 pemain tengah akan turun membantu pertahanan.

Dalam keadaan ini, di bahagian sayap, Neymar dan Suarez akan membantu untuk bertahan. Maka, back 4 kekal kompak dan bahagian half-space terjaga.

ney

Sebaliknya dalam perlawanan pagi tadi, Andre Gomez sangat lemah dalam membantu Busquet bertahan. Mengeluarkan Rakitic adalah kesilapan yang besar kerana Rakitic lebih banyak membantu Busquet.

Lebih sukar apabila Arda Turan diarahkan bermain posisi Rakitic.

Penilaian

Ia adalah perubahan taktikal yang sangat positif oleh Guardiola pada separuh masa kedua. Barcelona pula hilang arah pada separuh masa kedua kerana gagal keluar daripada tekanan intensif tinggi oleh City.

Barcelona terlalu banyak mepersia-siakan peluang pada separuh masa pertama terutama.

Seperti yang saya nyatakan di atas, disiplin MSN lebih memburukkan lagi keadaan. Tanpa Iniesta, Messi perlu lebih kerap turun lebih ke bawah untuk menerima bola dan melancarkan serangan.

Andre Gomes jelas pemain yang baik bila ada bola namun apabila tanpa bola dia amat lemah. Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundongan memberikan perbezaan yang sangat penting dalam perubahan taktikal dan juga intensiti City.

Selepas perlawanan Pep menyatakan mereka meneruskan filosofi bola sepak mereka walaupun menentang Barcelona yang merupakan pasukan terbaik di dunia.

Pada satu ketika Pep kelihatan seperti bodoh sombong kerana pendekatan yang terlalu berani. Namun beliau membutktikan bahawa beliau adalah pakar dalam tugasan beliau.

Permain Terbaik

Kevin De Bruyne

Agak sukar untuk memilih kerana Ilkay Gundongan berjaya menjaringkan 2 gol dan sangat dominan di tengah ketika fasa penguaaan City dan tidak lupa gol pertama yang menjadi antara titik perubahan kepada perlawanan ini.

Namun kualiti De Bruyne dengan sepakan percuma yang kelas dunia serta deretan peluan dicipta ditambah dengan gerakan tajam, jadi kami memilih Kevin De Bruyne.

Statistik

stats

Baca juga : Alexis Sanchez dan Roberto Firmino, Kebangkitan Semula 9 Jadian Di EPL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN