Analisis Taktikal: Transisi Berasaskan Mbappe Efektif, Croatia Bermain ‘Overload Tactic’

Efektif, itulah perkataan untuk menggambarkan pasukan Perancis dalam final Piala Dunia 2018. Beberapa pengulas di Eropah mengkritik corak taktikal Perancis.

Namun pada final ini, Perancis menang 4-2 ke atas Croatia.

Permulaan

Kedua-dua pasukan mengekalkan formasi asas dan kesebelasan utama pada separuh akhir.

Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, kekuatan utama Perancis adalah kualiti pertahanan mereka ditunjangi Varane dan Umtiti. Mereka amat sukar untuk dibolosi.

Croatia menggunakan formasi 4-3-3 untuk membolehkan Modric dan Rakitic lebih beroperasi di atas dengan perlindungan oleh Brozovic di belakang.

Pelan serangan Croatia

Mereka berjaya menyediakan struktur pasukan yang sangat baik untuk mereka mengalirkan bola di antara pemain.

2 pemain utama mereka, Modric dan Rakitic beroperasi di half-space. Ini untuk membantu menambah pemain (overload) di kawasan sayap dengan cepat.

Dalic sedar kekuatan utama Perancis adalah tengah dan mereka perlu mengelak bermain di tengah itu dan fokus untuk memunggah (offload) bola segera ke half space dan sayap.

Di bawah ini contoh di mana mereka cuba memastikan di bahagian half space dan sayap ada unit pemain yang ramai untuk mendapat kelebihan secara numerical.

Ketika Perancis menutup ruang tengah, Rakitic atau Modric akan turun ke bawah untuk mengutip bola daripada zon belakang.

Seperti biasa, Modric akan bermain lebih tinggi daripada Rakitic. Perancis sangat berdisiplin bertahan. Vrsaljko antara pemain penting dalam memastikan banyak hantaran dihantar.

Perancis tak agresif tetapi mereka fokus kepada berada dalam zon untuk menyempitkan ruang. Untuk Croatia bergerak. Itulah kata kuncinya, mereka menyempitkan ruang.

Ketika hilang bola, Perancis akan kekalkan 2 banks of fours mereka dalam 4-4-2. Giroud dan Griezmann akan turun sangat ke bawah pada fasa bertahan. Mereka sangat kompak dan sabar.

Seterusnya mereka akan cuba menekan dan menutup ruang segera apabila melihat titik ancaman di zon 14.

Perancis ada pertahanan berempat yang sangat baik dalam perlawanan ini dan hampir dalam setiap perlawanan mereka dalam Piala Dunia kali ini.

Pada separuh masa pertama mereka boleh dikatakan bergantung kepada nasib dengan menjaringkan gol pertama tanpa sebarang percubaan tepat.

Gol kedua adalah penalti. Namun nasib atau kemungkinan itu memerlukan anda mencetuskan ia. Serangan mereka yang mencetuskan kemungkinan itu.

Perancis efektif dalam serangan

Hampir setiap kali menyerang mereka akan dapat gol. Mereka akan cuba menghantar bola segera kepada Mbappe yang akan menggerakkannya ke zon serangan dengan kelajuan dan kekuatan fizikal beliau.

Transisi dan serangan balas mereka sangat tajam. Jika anda penyokong Croatia, jantung anda pasti berdegup kencang setiap kali Perancis merampas bola di bawah dan melancarkan serangan balas.

Tugas di bahagian tengah adalah untuk lebih melindungi bek berempat dan ketika bola dihantar kepada Mbappe barulah Pogba akan bergerak ke hadapan. Pogba tidak menyimpan bola lama.

Beliau perlu hantar segera untuk membolehkan beliau bergerak segera ke zon serangan.

Ini antara contoh di mana Mbappe berada di zon tinggi untuk menunggu bola yang dirampas dari bawah dan dihantar kepada beliau.

Rumusan

Perancis menang perlawanan ini kerana mereka mampu menjaringkan gol dalam momen penting walaupun tidak banyak penguasaan bola.

Mereka juga berjaya membunuh perlawanan ini pada kedudukan 4-1. Ini adalah pasukan yang berasaskan pertahanan namun mereka ada kemampuan menjaringkan gol sangat baik.

Itulah yang mereka lakukan sejak hari pertama Piala Dunia 2018.

Croatia pula tidak memanfaatkan beberapa peluang pada awal separuh masa pertama. Mereka boleh mendahului perlawanan 2 gol di hadapan jika lebih klinikal.

Seterusnya 2 kesilapan bertahan (individual) errors terlalu tinggi kosnya untuk dibayar. Pertamanya, gol sendiri Mandzukic dan keduanya handball oleh Perisic.

Anda hanya boleh katakan Perancis bernasib baik kerana mendahului pada 2-1 namun tag bernasib baik itu tak laku lagi selepas separuh masa kedua.

Mereka berhak juara kerana aksi separuh masa kedua yang sangat efektif.

Croatia harus dipuji kerana menguasai perlawanan dengan baik dan mencipta banyak peluang dengan kualiti pasukan yang mereka ada.

Mereka ada pelan taktikal jelas yang menyusahkan Perancis dalam beberapa ketika.

Pada awal perlawanan Umtiti antara pemain yang ‘mengamuk’ kerana beberapa kali Perancis gagal mematikan ancaman lebih awal.

Mereka mampu menjadi no.2 di dunia dengan skuad kecil mereka ini.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA 

Kylian Mbappe (Perancis)

Nota Editor: Sekian, tamat tugasan analisis taktikal kami untuk Piala Dunia kali ini.

Terima kasih kepada anda yang terus mengikuti konten seumpama ini di SemuanyaBOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN