Analisis Taktikal: Lions XII 2-1 Terengganu

Lions XII menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan yang sepatutnya berakhir dengan jaringan lebih besar untuk Lions XII. Terengganu perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka kerana menghidupkan peluang menjelang separuh akhir kedua di Kuala Terengganu pada minggu depan.

Kesebelasan utama

Fandi Ahmad membuat 3 pertukaran kepada kesebelasan utamanya dalam kemenangan 2-1 kepada Sime Darby pada minggu lepas. Safuwan Baharudin membuat kemunculan pertama selepas tamat kontraknya dengan Melbourne City FC untuk menggantikan Firdaus Kasman. Madhu Mohana pula menggantikan Isa Halim yang teruk dikritik peminat Lions XII ketika ini. Faris Ramli kembali di sayap kiri, menggantikan Raihan Rahman.

Lions XII vs Terengganu - Football tactics and formations

 
Abdul Rahman Ibrahim pula membuat 4 pertukaran daripada kekalahan 2-3 kepada Pahang pada minggu lepas. Paling menarik perhatian adalah ketiadaan Paulo Rangel yang digantung perlawanan. Ini bermakna Norshahrul Idlan Talaha mengetuai serangan bersama Abdul Manaf Mamat dan Mohd Ashari. Zairo Anuar digugurkan dan tempat beliau diisi oleh Sharin Sapien.

Double pivot Lions XII

Kepulangan Safuwan Baharudin dari Liga Australia dan kecederaan belakangnya bermakna Lions XII mempunyai seorang ball-winning midfielder yang turut mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi.

Dalam perlawanan semalam, Safuwan berganding dengan Izzdin Shafiq untuk membentuk double pivot di bahagian midfield Lions XII. Apabila kehilangan bola double pivot ini akan mengecilkan ruang antara tengah dan pertahanan, sekaligus menyukarkan Gustavo Lopez untuk beroperasi di belakang Norshahrul.

terengganulions9-compressed

Kehadiran double pivot Safuwan-Izzdin membolehkan bek kanan dan kiri Lions XII, Nazrul Nazari dan Hafiz Sujad untuk naik menyerang.

Larian overlapping Nazrul dan Hafiz penting untuk mengekalkan keluasan (width) pasukan memandangkan Fandi menggunakan inverted wingers – Faris Ramli (berkaki kanan) di sayap kiri dan Gabriel Quak (berkaki kiri) di sayap kanan.

Norshahrul sebagai penyerang

Dengan ketiadaan Paulo Rangel, sudah jelas Norshahrul akan menggantikan tempatnya. Walaupun tugas Norshahrul terhad sebagai penyerang sayap (atau inside forward) di Terengganu, beliau tidak asing untuk mengetuai serangan – pernah melakukannya ketika di ATM dan skuad kebangsaan.

Bagaimanapun kebelakangan ini ramai peminat sudah mula meragui kebolehannya untuk menjadi penyerang tunggal. Beliau sentiasa kelihatan terasing daripada barisan pemain tengah, gagal menghubungkan jentera tengah dengan serangan.

Bagaimanapun dalam perlawanan ini, Norshahrul beraksi dengan baik. Ketika Terengganu mula menyerang, beliau kerap mengutip bola di ruang kosong yang ditinggalkan oleh bek kiri dan kanan Lions XII yang kerap naik menyerang seperti yang terjadi pada peluang di minit 5′ ini.

terengganulions8-compressor

Larian beliau sentiasa menarik perhatian pertahanan Singapura, sekaligus membuka ruang untuk Ashari Shamsudin dan Manaf Mamat. Dalam satu peluang larian beliau menghasilkan dua peluang untuk Ashari dan Manaf yang singgah di tiang kiri gol Lions XII.

terengganulions4-compressed

Double pivot Terengganu

Pemilihan Sharin Sapien di bahagian tengah (dan pengguguran Zairo Anuar ke bangku simpanan) merupakan satu pentanda pertukaran taktikal Terengganu untuk perlawanan ini. Sharin lebih defensif berbanding Zairo, dan ini merupakan petanda jelas Terengganu menggunakan dua defensive midfielders untuk membentuk double pivot.

Kehadiran double pivot ini memberi lesen kepada Helmi Remeli dan Zubir Azmi untuk membuat larian sokongan kepada pemain sayap Terengganu terutamanya Ashari Shamsudin. Sebagai pemain berkaki kanan di sayap kiri, Ashari memerlukan larian Zubir untuk mengekalkan width pasukan.

Tiada pressing daripada double pivot Terengganu

Satu soalan yang membelenggu kami ketika perlawanan adalah: apalah gunanya bermain dengan double pivot jika mereka tidak melakukan tekanan (pressing) kepada pemain tengah Lions XII?

Dalam satu situasi, jelas Safuwan dan Izzdin bebas membuat hantaran-hantaran jauh ke ruang di belakang Vincent Bikana dan Azlan Zainal untuk dikejar oleh penyerang adik-beradik, Khairul Amri dan Khairul Nizam.

terengganulions1-compressed

Kegagalan pemain tengah Terengganu untuk melakukan pressing kepada Safuwan dan Izzdin meletakkan Bikana dalam situasi 2v1 dengan Khairul Amri dan Kharul Nizam. Jika tidak kerana kecekapan Sharbinee Allawee, Terengganu sudah ketinggalan 0-1.

terengganulions2-compressed

Pemain pertahanan dan tengah Terengganu seolah-olah tidak berkomunikasi kerana:

1. Ketika pemain pertahanan Terengganu melakukan high line defending…
2. …pemain tengah Terengganu tidak melakukan pressing.

Kecelaruan taktikal Terengganu ini mengundang banyak peluang keemasan (clear cut chance) kepada Lions XII dan membuatkan Vincent Bikana dan Azlan Zainal nampak bermain lebih teruk berbanding kebiasaan.

terengganulions5-compressed

Baca juga: Pengenalan Kepada Taktik Gegenpressing

Kesilapan individu Terengganu

Perlawanan ini agak pelik kerana semua peluang yang Lions XII yang diperolehi apabila double pivot Terengganu tidak melakukan pressing – tidak menghasilkan gol.

Sebaliknya, gol Lions XII terhasil kerana kesilapan pemain Terengganu, yang boleh berlaku pada bila-bila masa, sama ada ketika taktikal pasukan Terengganu sempurna atau tidak.

Gol pertama Lions XII adalah kesilapan yang tak sepatutnya dilakukan oleh pemain profesional seperti Azlan Zainal dan Vincent Bikana. Bukan sahaja gagal menanduk keluar bola sepakan percuma Gabriel Quak, mereka juga gagal menghalang rembatan Khairul Nizam.

Gol kedua Lions XII juga berpunca daripada kesilapan 6 pemain Terengganu yang:

1. gagal menghalang hantaran lintang bek kanan Lions XII
2. gagal mengeluarkan hantaran lintang dalam kotak penalti.

terengganulions3-compressed

Satu lagi peluang keemasan Lions XII terhasil apabila bek kanan Terengganu, Helmi Remeli menggagalkan perangkap ofsaid yang dipasang oleh Bikana dan Azlan.

terengganulions6-compressed

Mujurlah pemain-pemain pertahanan Terengganu mempunyai Sharbinee Allawee di belakang mereka.

Kesimpulan

Terengganu berpeluang untuk membuatkan Lions XII menyesal kerana tidak menjaringkan lebih daripada 2 gol pada perlawanan separuh akhir kedua di Kuala Terengganu nanti. Dengan kehadiran Paulo Rangel, Terengganu dijangka mampu bermain lebih direct berbanding perlawanan semalam. Untuk mendiamkan pemain tengah Lions XII, pemain tengah Terengganu perlu mempunyai organisasi dan rajin melakukan pressing.

Fandi Ahmad menyasarkan untuk menjaringkan satu gol away pada perlawanan kedua nanti. Untuk berbuat demikian, pemain pertahanan mereka perlu bekerja keras dengan double pivot di midfield untuk mematahkan serangan Terengganu dan menggunakan Faris Ramli dan Gabriel Quak untuk menyerang.

Kami mengharapkan Lions XII gagal.

drevilmuahahaha

Baca juga: 4 Sebab Mengapa Bilik Persalinan JDT Impian Setiap Pemain Bola Sepak

Sumber: TV9, Lions XII Official Facebook, Terengganu FA Official Facebook

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN