Pep Dikhabarkan Bakal Ke Manchester City Setelah Bayern Kalah Lagi Semalam?

Sudah jatuh ditimpa tangga. Dengan cerita kekalahan di Nou Camp masih lagi segar, Bayern Munich buat kali keempat berturut-turut kecundang lagi. Kali ini kepada Augsburg. Kekalahan ini dijangka sedikit sebanyak mempengaruhi persembahan skuad kendalian Pep apabila menerima kunjungan Barcelona pada Rabu ini.

Sejurus itu, Khabar angin bahawa Pep bakal meninggalkan The Bavarians untuk menggalas cabaran di Manchester City mula bertiup kencang. BeIN Sports, media sukan yang berpangkalan di Arab menerusi laman twitter menyatakan Pep telah bersetuju untuk mengambil alih The Citizens musim hadapan. Namun ianya belum muktamad.

Urgent. Sources-beIN Sports: Manchester City has reached a tentative agreement with  Guardiola Bayern Munich to train the team for next season

Tewas 5-0 ditangan Real Madrid dalam Liga Juara Juara musim13/14 dianggap sebagai kegagalan terbesar sepanjang Pep mengambil alih Bayern Munich. Begitu juga dengan Manchester City yang gagal mengekalkan kejuaraan liga dan kini bersaing dengan Arsenal untuk tempat kedua.

Untitled

Jelas jurulatih dari Sepanyol itu kian tertekan setelah terlepas Piala Jerman, kekalahan di Bundesliga dan ingin memecah kebuntuan untuk bangkit di Allianz Arena menentang Barcelona. Mereka melakukan keajaiban sewaktu bertemu PC Porto. Tewas 3-1 (away) kemudiannya bangkit menang 6-1 (home) namun, Barcelona bukan lawan mudah.

Bukan mudah lebih lebih lagi setelah kekalahan kami kepada Barcelona dan bermain 80 minit ke atas dengan jumlah pemain yang kurang. Kini, kami harus kekal fokus untuk Rabu ini, kawal permainan dan lihat apa yang dapat dihasilkan

Memperagakan jersi baru untuk musim 2015/16, Bayern Munich terpaksa akur bermain 10 orang setelah Pepe Reina dilayankan kad merah pada minit ke 13. Dan ia memaksa Neuer The Boss diturunkan untuk menjaga gawang. Raul Bodabilla menjaringkan gol kemenangan buat Augsberg diminit ke 70. Skor akhir, Bayern 0-1 Ausberg.

Baca: Cara Unik Pep Motivasikan Pemain

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN