Dalam perlawanan ini, pemain-pemain muda Milan bermain sangat berani dan hampir mendapat sesuatu. Roma pula jelas pasukan yang lenih baik dari segi teknikal. AS Roma menang 1-0 dalam perlawanan ini.
Analisis taktikal Serie A kami kali ini memfokuskan shape pasukan. Ini kerana kedua-dua pasukan agak seimbang dalam perlawanan ini.
Permulaan
Roma turun dengan formasi 3-4-1-2. Spalletti mengekalkan kesebelasan yang beliau gunakan untuk perlawanan sebelum ini.
Montella kehilangan beberapa tonggak seperti Bacca, Kucka dan Bonaventura dalam perlawanan ini. Dari segi kualiti pemain, memang agak sukar untuk Milan bermain 4-3-3.
Ini kerana di tengah mereka yang terpaksa bergantung kepada kualiti pemain yang berbeza. Namun Montella tetap mengekalkan formasi yang menjadi asas mereka musim ini.
Kualiti Tengah Bertiga Milan
Sesuatu yang menarik adalah kualiti 3 pemain muda Milan sangat mengejutkan dan kompetitif.
Mereka berjaya melakukan banyak siri hantaran dan mengawal tengah dengan baik walupun berhadapan dengan pemain seperti Strootman dan De Rossi yang turut dibantu oleh Radja Nainggolan.
Trio ini antara sebab AC Milan sangat stabil dengan penguasaan bola sepanjang perlawanan ini. Namun begitu di blok atas, AC Milan agak sederhana ketika menekan lawan mereka.
Satu panorama yang lebih baik jika tekanan ini ditingkatkan. Sirkulasi mereka terlalu bergantung kepada blok medium.
Stabiliti Milan sangat baik ketika bertahan dengan formasi 4-3-3 yang stagnant. Mereka menyukarkan AS Roma untuk memasuki ruang di sekitar half-space dan zon 14.
Skema Taktikal Roma
Dalam perlawanan ini mereka tidak kekal dengan 3-4-1-2. Perotti banyak turun ke zon 14 ataupun menggantikan Nainggolan untuk menjadi outlet kepada penyerang utama.
Jadi Roma boleh dikira bermain 3-5-1-1, formasi yang digunakan Itali pada Piala Eropah musim lalu. Nainggolan banyak turun ke bawah untuk mengurangkan impak apabila Milan overload kebanyakannya di sebelah kanan.
Ini adalah heatmap 3 penyerang AC Milan yang jelas sangat ofensif di titik sebelah kanan.
Ini antara fasa di mana Radja Nainggolan meninggalkan possisi di belakang penyerang untuk membantu bertahan di zon tersebut.
AS Roma banyak beragantung kepada serangan balas dengan kepantasan 2 pemain bek sayap mereka. Menariknya dalam perlawanan ini adalah Edin Dzeko yang efektif walaupun banyak bermain sebagai penyerang tunggal (sole striker).
Improvisasi Milan Dan Sikap Niang
Ketika AC Milan memperbaiki penguasaan mereka, AS Roma jelas tidak selesa. Tekanan inilah yang membuatkan mereka melepaskan penalti pada separuh masa pertama.
Namun yang Niang telah merampas tugasan Lapadula sekali lagi. Difahamkan dalam team order (arahan teknikal) pasukan, tugasan itu milik Lapadula.
Dalam perlawanan sebelum ini, Niang telah melanggar team order tersebut dari Lapadula dan gagal menyempurnakan penalti tersebut. Kali ini beliau melakukan perkara yang sama dan sekali lagi gagal.
Improvisasi Milan berterusan. AS Roma berhadapan kesukaran sekali lagi apabila kehilangan Bruno Peres. Mereka memasukkan El-Shaarawy.
Roma mengambil masa untuk menukar formasi kepada 4-2-3-1.
Namun Milan disentak dengan gol dari luar kotak penalti Radja Nainggolan pada minit ke-62. Itulah antara kualiti teknikal yang dimiliki oleh AS Roma.
Penilaian
Ini adalah satu lagi contoh unit pemain-pemain muda Milan yang sangat positif ketika berhadapan dengan pasukan yang berkualiti seperti Roma.
Namun mereka ditewaskan oleh kualiti teknikal AS Roma. Roma lebih baik secara permainan individu, namun dari segi permainan berpasukan, Milan kelihatan lebih baik.
Dalam aspek duel, AC Milan hanya memiliki 39% duel yang memihak kepada mereka. Roma unggul dengan 61%.
Luciano Spalletti jelas ada pelan pertahanan yang signifikan dalam perlawanan ini. Beliau tahu AC Milan sangat berpotensi untuk menewaskan mereka lebih-lebih lagi Juventus menang dalam perlawanan lebih awal.
Perlawanan ini boleh dikatakan seimbang secara keseluruhannya. Milan ada peluang untuk memberikan lebih tekanan kepada AS Roma namun mereka gagal menyempurnakan penalti.
Kemenangan ini menjadikan Roma sebagai pencabar kejuaraan sebenar musim ini. Seterusnya mereka akan ke Turin menentang pendahulu liga Juventus. Mereka hanya dipisahkan dengan 4 mata.
Pemain Terbaik
Radja Nainggolan (AS Roma)
Statistik
Baca juga : Jorge Pereyra Diaz, Senjata Utama Mario Gomez Mengejutkan Bola Sepak Malaysia