Kenapa Atletico Nacional Bermain Dalam 2 Kejohanan Amerika Selatan Dalam Satu Musim?

Tempoh hari, kita dikejutkan dengan berita nahas kapal terbang melibatkan pasukan Chapecoense yang hendak ke Colombia menentang Atletico Nacional.

Mereka ke sana untuk menentang Atletico Nacional untuk perlawanan akhir Copa Sundamericana.

Namun kami mendapat banyak pertanyaan, kenapa Atletico Nacional bermain di Copa Sundamericana 2016 sedangkan mereka adalah juara Copa Libertadores 2016?

Kami terangkan secara mendalam mengenai situasi Atletico Nacional ini.

Liga 2 kali setahun

Adalah perkara biasa di Amerika Selatan untuk liga bola sepak utama di setiap negara mempunyai liga yang mempunyai 2 fasa.

Jika di Asia atau Eropah, kebanyakan liga akan berformat 2 pusingan dengan satu pasukan akan bermain dengan setiap pasukan yang ada di dalam liga tersebut sebanyak 2 kali semusim.

Namun di Amerika Selatan mereka sedikit berbeza. Kita ambil contoh Liga Colombia.

Liga Colombia terdapat 20 pasukan di dalamnya, dan liga mereka berlangsung dari bulan Januari hingga November.

Mereka seolah-olah bermain 2 liga dalam masa setahun. Hal ini kerana mereka mempunyai 2 juara liga dalam setahun.

Fasa 1 Liga Colombia dikenali sebagai fasa Torneo Apetura, dan fasa ini dilangsungkan dari bulan Januari hingga Mei.

Setiap pasukan akan bermain 20 perlawanan dalam format liga 1 pusingan. Setiap pasukan akan bermain 2 perlawanan dengan musuh tradisi mereka sahaja.

Selepas tamat 20 perlawanan, 8 pasukan teratas liga akan pergi ke peringkat play-off  yang akan dilangsungkan secara kalah mati.

Juara kepada play-off tersebut akan bergelar sebagai juara Torneo Apetura.

Fasa 2 Liga Colombia dikenali sebagai fasa Torneo Finalización dan diadakan pada bulan Julai hingga November

Format fasa ini sama sahaja denga format Torneo Apetura. Cuma jika pasukan A sudah menjadi tuan rumah kepada pasukan B di fasa Torneo Apetura, mereka perlu menjadi pelawat pula untuk peringkat Torneo Finalización.

8 pasukan terbaik akan menyertai peringkat play-off dan bermain secara kalah mati. Juara bagi play-off ini akan dikenali sebagai juara Torneo Finalización.

Juara Torneo Apetura dan juara Torneo Finalización akan berlawan sesama sendiri di akhir musim untuk gelaran Superliga Colombia.

Juara kepada Superliga Colombia akan bergelar juara multak untuk Liga Colombia.

Berbeza waktu

Di Amerika Selatan, Copa Libertadores merupakan kejohanan elit untuk kelab-kelab di Amerika Selatan. Ia setaraf dengan AFC Champions League dan UEFA Champions League.

Sementara Copa Sundamericana pula setaraf dengan Piala AFC dan Europa League.

Jadi, macam mana Atletico Nacional boleh main Copa Libertadores dan Copa Sundamericana dalam satu musim yang sama?

Hal ini kerana, 2 kejohanan itu dilangsungkan secara berasingan dan bukannya serentak seperti kejohanan-kejohanan kelab peringkat benua di Asia atau Eropah.

Copa Libertadores dilangsungkan pada bulan Februari hingga Julai. Sementara Copa Sundamericana pula dilangsungkan pada bulan Ogos hingga November.

Liga Colombia memperoleh 2 slot untuk ke Copa Libertadores. Satu slot diberikan kepada juara Torneo Apetura dan satu lagi untuk juara Torneo Finalización yang dimenangi oleh Atletico Nacional pada musim 2015.

Oleh kerana itu, Atletico Nacional boleh beraksi di Copa Libertadores dan menjuarainya untuk musim 2016.

Untuk Copa Sundamericana pula, Liga Colombia menerima 4 slot untuk kejohanan tersebut.

4 slot tersebut diberikan kepada pemenang Superliga Colombia, juara Copa Colombia dan 2 pasukan terbaik yang tidak layak ke Copa Libertadores secara merit.

Oleh kerana Atletico Nacional menjadi pemenang Superliga Columbia, mereka boleh beraksi di dalam Copa Sundamericana 2016 yang diadakan selepas kejohanan Copa Libertadores.

Berikutlah penjelasan kami mengenai mengapai Atletico Nacional boleh bermain Copa Libertadotes dan Copa Sundamericana pada musim yang sama.

Kami berharap penjelasan ini mudah difahami dan dapat memberi jawapan kepada pertanyaan anda.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Kenapa Pasukan Di Liga Australia Terlalu Sedikit? 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN