Analisis Taktikal Serie A 16/17: 5 Cara Frank De Boer Menewaskan Juventus

Perlawanan Derby d’Italia yang pertama musim ini telah dimenangi oleh Inter Milan. Ia agak mengejutkan selepas Inter Milan tidak diberikan banyak harapan untuk memenangi perlawanan ini.

Berikut adalah 5 pendekatan taktikal pengurus Inter Milan, Frank De Boer gunakan untuk menewaskan Juventus.

1. Melindungi zon 14

Menentang Juventus bukan masa yang sesuai untuk menujukkan anda genius untuk menyerang. Ia adalah masa di mana pengurus harus memikirkan isu pertahanan terlebih dahulu.

Secara asasnya Inter Milan bertahan dengan 4-5-1 untuk mengecilkan akses daripada Sami Khedira dan Kwadwo Asamoah.

Antara aspek yang paling ditekankan oleh de Boer adalah perlindungan ke atas zon 14 seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Ini kerana di zon inilah, Paulo Dybala sering mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan lawan.

ju2

Jika kita lihat gambar di bawah pula (menunjukkan kedudukan posisi dominan dan rangkaian hantaran Juventus dalam perlawanan ini), jelas Paulo Dybala merupakan pemain yang dicari-cari jentera tengah Juventus.

csp7qrkwcaaogcd

Strategi Inter Milan ini berjaya. Heatmap di bawah akan menunjukkan bagaimana Inter memutuskan hubungan di antara hole player Juventus dengan pemain tengah lebih awal.

ddd

2. Tekanan oleh penyerang Inter Milan (forward press)

Ini adalah rangka yang paling penting dalam esei kemenangan Inter Milan. Mereka mengganggu build up dari belakang oleh Juventus.

Lihat gambar di bawah ini bagaimana mereka memberikan tekanan kepada pemain-pemain Juventus dan memaksa Gianluigi Buffon untuk melakukan hantaran panjang.

ju6

ju11

ju8

Impak taktikal ini kepada Juventus adalah, Juventus hanya merekodkan 82% hantaran tepat dalam perlawanan ini. Ia jumlah yang agak rendah untuk Juventus sejak beberapa tahun ini.

Lihat video di bawah ini bagaimana Inter ‘menyusahkan’ taktikal Allegri sejak awal lagi.

41% daripada hantaran Buffon adalah gagal dalam perlawanan ini. Banyak kali Buffon didesak melakukan hantaran panjang.

buf

3. Tidak takut bermain taktikal high pressing

Selain daripada forward press yang tinggi. De Boer melengkapkan taktikal high pressing dengan menganjak kedudukan garisan pertahanan beliau lebih tinggi.

Baca juga : Memahami Maksud Presssing Dalam Bola Sepak & Penerangan Tentang High Pressing Football

Banyak pasukan di Serie A enggan berbuat begini kerana ia akan membolehkan Juventus melakukan serangan balas dan menewaskan mereka di garisan tinggi.

ju5

4. Faktor Banega

Dalam perlawanan ini, Ever Banega adalah pusat/fokal utama taktikal Inter Milan. Beliau cuba untuk terlibat dalam setiap aksi di dalam padang.

Ini adalah laporan rangkaian hantaran Inter Milan dalam perlawanan ini. Boleh dikatakan semua pemain Inter akan mencari Banega untuk membuat hantaran.

ju12

Ini pula jumlah hantaran yang dilakukan Banega dalam perlawanan ini.

banega

Gandingan Banega dan Joao Mario juga sangat efektif dengan 17 pertukaran hantaran di antara mereka.

Pada separuh masa pertama, Inter Milan lebih fokus kepada serangan dari saluran tengah. Pada ketika inilah pengaruh Banega sangat ditagih.

5. Perubahan corak serangan pada separuh masa kedua

Pada separuh masa pertama, Inter lebih fokus untuk menyerang dari bahagian tengah. Namun, atas sebab-sebab numerical disadvantage berhadapan dengan 3-5-2, De Boer mulai bermain dengan sistem yang lebih konvensional.

Di bawah ini adalah contoh kesukaran yang dihadapi oleh Inter dalam usaha mereka memenuhkan/overload di bahagian tengah.

candrevamissedoverload

Pada separuh masa kedua, Inter menukar strategi. Mereka mula menyerang dari bahagian sayap dan melakukan hantaran lintang dengan segera kepada taget man no.9 mereka.

Ini adalah heatmap Inter Milan yang menunjukkan mereka menggunakan bek kiri, bek kanan dan pemain tengah mereka untuk beroperasi di bahagian sayap.

wing

Pada separuh masa pertama, Inter cuma melakukan 8 hantaran lintang pada separuh masa pertama.

cr1

Pada separuh masa kedua, jumlah dan kualiti hantaran lintang Inter meningkat mendadak.

cr2

Rumusan

Ia adalah satu persediaan dan kajian taktikal yang teliti oleh Frank De Boer. Mereka tetap berhadapan dengan isu kualiti hantaran yang agak rendah dengan hanya 79% hantaran tepat.

De Boer memastikan para pemain beliau menekan organisasi Juventus seawal mungkin dan sentiasa melindungi zon 14.

Selain daripada Ever Banega, Inter Milan memiliki ramai pemain yang beraksi cemerlang (top form) dalam perlawanan ini seperti, Icardi, Joao Mario, Candreva dan Eder.

Pemain tebaik perlawanan
Ever Banega (Inter Milan)

Baca juga: Taktikal Juventus 2015/2016: Bagaimana Mereka Bermain?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN