Analisis Taktikal: Sepanyol Dan Portugal Pertaruhkan Disiplin Taktikal vs Kehebatan Individu

Perlawanan Sepanyol dan Portugal sememangnya menarik untuk dibincangkan pada hari ini. Pastinya titik perbincangan akan berpaksi kepada keupayaan Ronaldo menggunakan kudrat dan keupayaan teknikal beliau menentang Sepanyol.

Permulaan

Sepanyol menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan pendekatan lebih direct di bahagian serangan menggunakan Diego Costa.

Manakala Portugal menggunakan sistem 4-4-2 dengan Ronaldo dan Guedes dimainkan sebagai nombor 9 kembar.

Tekanan awal Portugal

Portugal sebenarnya memulakan perlawanan ini dengan positif. Sepanyol kelihatan mengambil masa untuk mencari rentak (settle down). Sepanyol nampak lebih tertekan dengan penalti awal yang mereka berikan kepada Portugal.

Guedes antara perbicangan terbesar dalam sistem Portugal ini. Beliau terlalu tiada keyakinan untuk menyudahkan peluang ataupun melakukan tindakan.

Segala yang beliau lakukan dalam keadaan teragak-agak. Dalam sistem 4-4-2, Guedes sebenarnya perlu lebih decisive dan tamak bukannya terlalu memikirkan untuk menjadi ‘outlet’ kepada Ronaldo.

Sepanyol cuba mendapatkan rentak

Sepanyol mendapat rentak selepas 20 minit perlawanan ini. Mereka bermain dengan sistem yang lebih direct berbanding sebelum ini. Ini kerana mereka ada Diego Costa di barisan serangan.

Apa yang boleh kita pelajari adalah cara Sepanyol yang sangat sabar dalam usaha mereka memastikan mereka mendapat rentak walaupun diganggu oleh Portugal.

Portugal jelas ada pelan dalam mengganggu ataupun destroying permainan Sepanyol. Mereka kekal kompak dalam 4-4-2 ketika bertahan dan selesa untuk berada di belakang bola.

Mereka tak berminat dengan high pressing football. Membiarkan Sepanyol menggerakkan bola di kawasan mereka dan menunggu di zon lebih dalam untuk merampas bola.

Ini adalah fasa mereka cuba menekan pemain Sepanyol

Sebaik sahaja bola itu dihantar kepada penjaga gol, lihat 2 pemain mereka terus berpatah balik untuk ‘regroup’ dan bertahan di zon mereka.

Lihat gambar ini, langsung tiada pemain berminat mengganggu binaan serangan Sepanyol daripada bawah.

Sistem pertahanan 4-4-2 Portugal sangat klasik. Di mana, pemain sayap akan mengawal pemain bek sisi lawan. Pertahanan tengah akan mengawal penyerang utama.

Ini antara contoh yang anda boleh lihat bagaimana Bernardo Silva tidak akan membantu Soares mengepung Isco, tetapi beliau menjejak terus Jordi Alba sehinggalah tugas itu sempurna.

Salah satu contoh mereka cuba menutup opsyen membuatkan Sepanyol sukar melakukan pertukaran hantaran di zon serangan.

Inilah sebabnya kenapa Sepanyol sukar untuk mencari rentak. Portugal berjaya melindungi zon penting dan mengurangkan hantaran penetratif (killer pass) daripada Sepanyol.

Sepanyol mendapat rentak

Sepanyol mendapat rentak dalam perlawanan ini terutama sekali pada separuh masa kedua. Mereka mulai menolak Nacho dan Alba ke zon yang sangat tinggi dalam padang. Ini kerana mereka menyedari 2 pemain sayap Portugal, Bernardo Silva dan Bruno Fernandes tidak memberikan impak besar di bahagian sayap.

Dengan lebih ramai pemain di zon serangan, Sepanyol mewujudkan numerical advantage di zon tertentu pada waktu tertentu. Ini yang membuatkan Fernando Santos mengeluarkan Bruno Fernandes dan Bernardo Silva serentak.

2 pemain ini gagal untuk bertahan lebih baik dan pada masa yang sama gagal menggerakkan serangan balas dari bahagian sayap.

Pada fasa ini, barulah Sepanyol lebih fluid. Isco dan Iniesta banyak sekali bertukar peranan. Pada satu ketika Isco seperti bek sayap. Mereka mulai lebih banyak akses di zon 14.

Jadi, perlawanan ini mulai menjadi pertarungan 2 pasukan yang sangat berdisplin. Sepanyol sangat sabar dengan bola berhadapan dengan Portugal yang sangat sabar dan berdisiplin untuk bertahan dalam unit 2 banks of four.

Kenapa bolos banyak?

Baiklah, isu ini menarik untuk diulas kerana Portugal bertahan dengan sangat baik secara unit. Dan Portugal pula hanya ada Ronaldo yang mampu mengancam kubu lawan.

Kata kunci dia adalah aspek teknikal. Selepas Sepanyol mendapatkan rentak mereka, Sepanyol mendesak Portugal melakukan kesilapan individu. Perkara yang sama berlaku pada Sepanyol. 2 gol pertama Ronaldo sumbangan kesilapan individu.

Gol pertama kerana Nacho malas dan hanya melakukan lazy tackle. Gol kedua sememangnya kesilapan penjaga gol. Gol ketiga Ronaldo wujud kerana ada kemungkinan (possibility).

Kemungkinan itu wujud kerana Pique melakukan soft foul di luar kotak penalti. Ronaldo menyudahkannya dengan teknik luar biasa.

3 gol Sepanyol pula. Gol pertama adalah kerana keupayaan Costa memenangi duel mengatasi Pepe. Beliau bertindak solo dan menewaskan ramai pertahanan dengan rembatan celah kangkang.

Di bawah ini anda menyaksikan 2 kali Costa menukar arah badannya untuk mencari kaki kanan dalam keadaan terkepung.

Gol kedua Nacho adalah kerana teknikal luar biasa daripada Nacho yang melakukan slice daripada separa voli yang sangat cantik.

Hanya gol ke-3 Costa diwujudkan oleh Sepanyol secara taktikal dengan mendesak pemain Portugal melakukan kesilapan hasil daripada set piece Silva. Namun pertahanan Portugal patut bertahan lebih baik dalam keadaan tersebut.

Oleh itu, walaupun kedua-dua pasukan melepaskan 3 gol dalam perlawanan ini, sangat sukar untuk menyalahkan pertahanan secara taktikal. Ia bukan perlawanan yang mudah untuk penyerang. Ia memerlukan teknikal luar biasa.

Sepanyol mengurangkan intensiti selepas mendahului

Ini adalah perkara penting untuk digariskan oleh Hierro. Mereka mengurangkan intensiti dan melakukan beberapa pertukaran yang kurang memberikan impak.

Thiago Alcantara gagal membantu secara defensif kerana beliau memang lebih kepada ‘offensive minded’. Beliau mungkin patut memasukan pemain lebih defensif.

Mereka memberikan Portugal peluang untuk lebih banyak menyimpan bola pada 10 minit terakhir. Akhirnya mereka melakukan kesilapan dengan memberikan faul di luar kotak penalti. Anda tahu anda dalam bahaya apabila lawan anda ada Ronaldo.

Selepas gol itu, Ronaldo dan Quaresma turut memiliki peluang untuk menjaringkan gol ke-4.

Rumusan

Perlawanan ini adalah perlawanan di antara 2 pasukan yang sukar untuk menewaskan sesama sendiri secara taktikal. Sepanyol di pihak pasukan lebih ofensif dan Portugal lebih defensif dan cuba menyerang balas. Portugal sedar kualiti mereka sangat sukar untuk menggunakan pendekatan ofensif menentang Sepanyol.

Namun ia juga bukti, secantik mana taktikal anda jika melakukan kesilapan dalam perlawanan yang memiliki ramai pemain berkualiti, anda tetap akan dihukum.

Dalam sisi pandangan yang lain, apabila anda tidak mampu memecahkan taktikal lawan secara taktikal, anda memerlukan kualiti individu untuk ‘unlock’ lawan anda.

Portugal perlu memperkemaskan aspek serangan balas mereka. Namun harus diakui beberapa pemain tidak bermain dalam prestasi terbaik seperti Bernardo Silva, Goncalo Guedes dan juga Bruno Fernandes.

Sepanyol pula jelas memiliki pelan B yang baik dengan sistem target man. 2 gol Costa adalah daripada taktik bola lambung ala Stoke City. Gol kedua, mereka mencari pemain tinggi di byline untuk mengumpan bola ke dalam.

Perlawanan yang menarik disajikan dan penuh dengan drama.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Cristiano Ronaldo (Portugal)

Tiada pemain lain di dalam padang dalam perlawanan ini berjiwa pemenang lebih daripada beliau. Kualiti pasukan beliau secara kolektif perlu diperbaiki.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN