Analisis Taktikal: Sarriball Rosak Teruk, Manchester City Terlalu Bersedia

Manchester City membelasah Chelsea 6-0 untuk memastikan mereka kembali ke persada liga. Di mana silapnya? Adakah Sarri mengalami ‘tactical error’?

Permulaan

Kedua-dua pasukan bermula dengan formasi 4-3-3. Pep Guardiola menggandingkan Sterling-Aguero-Bernardo Silva di bahagian serangan. Manakala Maurizzio Sarri menggandingkan Eden Hazard-Higuain-Pedro.

Pertarungan high pressing

Seperti sudah dijangka, kedua-dua pengurus akan menggunakan sistem desakan di garisan tinggi.

Dan yang amat ketara adalah, Chelsea tak mampu menghadirkan ‘pressing’ yang lebih baik untuk tempoh lebih lama. Manakala, Man. City pula memberikan segala masalah kepada Chelsea dengan sistem ‘high press’ mereka sepanjang perlawanan.

Chelsea pada awal perlawanan menolak Barkley dan Kante dengan segera untuk menekan pertahanan Man. City. Ini bermaksud mereka menggunakan tekanan daripada lapisan kedua. Mungkin kerana Sarri mahu mengoptimumkan keupayaan Kante dan Barkley dalam aspek bertahan.

Sistem ini bermakna Hazard dan Pedro bukan penekan utama di garisan tinggi. Secara teori, Sarri mahu mewujudkan sistem tekanan dengan pemain yang ramai dalam keadaan segera. Pada awalnya mereka bermain dengan baik dan struktur yang jelas.

Namun kelemahan sistem ini, apabila pemain seperti Hazard dan Pedro semakin ‘shut down’ untuk bertahan – Kante dan Barkley akan meninggalkan ruang sangat besar di belakang setiap kali City mengatasi blok tekanan ini.

Dalam beberapa keadaan Barkley dan Kante kelihatan seperti ‘headless chicken’. Ini kerana mereka melakukan tugas mereka dari belakang namun Hazard dan Pedro tidak aktif melakukan ‘covering’ ataupun sokongan.

Ini adalah contoh di mana Chelsea cuba menolak City ke belakang dengan tekanan seperti ini.

Lama kelamaan para pemain Chelsea kelihatan semakin tidak kuasa untuk terus menekan Man. City secara unit. Mungkin kerana putus asa kerana terlalu banyak mengejar bola dan City terlalu bagus untuk mengatasi mereka?

Ini gambar di mana Higuain kelihatan mulai bosan untuk melakukan ‘pressing’ selepas beliau menjalankan tugasnya sebagai penekan utama (1st man presser), namun di belakang beliau tiada ‘jalinan’ secara unit ataupun dalam bahasa Inggeris disebut tidak ada ‘coherence’.

Manchester City sudah terlalu bersedia

Pep Guardiola sudah menyiapkan pasukan dengan serba lengkap untuk perlawanan ini. Mereka yakin untuk melepasi tekanan tinggi Chelsea dengan permainan bola rendah seperti biasa.

Ketika menyerang mereka ada sistem sokongan yang sangat baik untuk memastikan pembawa bola sentiasa ada opsyen untuk menghantar bola.

Seterusnya Manchester City menghapuskan pusat sistem Chelsea dengan mudah. Jorginho adalah pusat kepada Sarriball. Dalam perlawanan sebelum ini beberapa pengurus termasuk Eddie Howe mendedahkan mereka menekan/menutup Jorginho.

Sebaliknya, semalam, Pep Guardiola ada pelan lebih istimewa. Beliau menutup penerima utama bola daripada Jorginho. Ini bermaksud, Jorginho diberikan lebih ruang dan kebebasan untuk memegang bola. Namun tekanan dikenakan ke atas Kante dan Barkley. Mereka menggunakan sistem counterpressing berasaskan menutup garis hantaran (passing lane).

Jorginho menjadi pemain yang hilang arah. Beliau tidak mampu ‘playmaking’ dan dalam masa yang sama sangat teruk ketika bertahan.

Jorginho tidak tahu siapa beliau harus ‘pick up’

Sterling dan Bernardo Silva mengganas di ‘flank’

Salah satu sebab utama Chelsea huru-hara ketika bertahan adalah kegagalan untuk mengekang 2 pemain ini. Mereka dalam prestasi terbaik. Di hadapan gol pula Man. City ada Sergio Aguero yang memiliki kualiti penyudah kelas dunia.

Ini adalah situasi bola mati di mana Alonso tidak mengawal ataupun mengawasi Bernardo Silva. Eden Hazard cuba mematikan ‘passing lane’. Struktur di bawah ini sangat jelas memperlihatkan Chelsea bertahan dalam keadaan yang teruk.

Alonso dan Luiz sekali lagi bermasalah dalam positioning di dalam situasi di bawah ini.

Sterling dan Bernardo Silva beroperasi di half space dan juga di bahagian sayap. Mereka dibantu dan disokong oleh De Bruyne dan juga Ilkay Gundongan.

Rumusan

Maurizzio Sarri tidak dapat mengatasi taktikal Pep Guardiola secara total di dalam perlawanan ini. Manakala Pep Guardiola sangat bersedia dalam semua aspek. Oleh sebab itu para pemain City tidak panik ketika ditekan.

Para pemain Chelsea kelihatan ada isu yang ketara ketika pressing. Mereka mulai hilang disiplin secara taktikal dan ‘shut down’ dengan teruk.

City klinikal di hadapan gol. Memanipulasi isu struktur garisan pertahanan tinggi serta struktur bertahan ketika bola mati oleh Chelsea.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN