Arsenal menang 3-1 ke atas West Ham United dalam perlawanan ke-3 EPL. Ini kemenangan pertama Arsenal di bawah Unai Emery dan pasca Arsene Wenger.
1. Arsenal lebih dinamik
Arsenal menggunakan formasi 4-2-3-1 dalam perlawanan ini tanpa Mesut Ozil.
Mereka menjadikan Ramsey sebagai no.10. Apa yang pasti barisan serangan berempat (attacking 4) mereka jelas lebih dinamik.
Gandingan Ramsey, Mkhitaryan dan Iwobi jelas lebih direct dalam mencipta peluang. Malangnya penyerang utama mereka Aubameyang masih tercari sentuhan beliau di hadapan gol.
2. Pelan serangan Arsenal
Ketika menyerang, Arsenal akan menolak seberapa ramai pemain di final third.
Bellerin dan Monreal berada di kawasan yang sangat tinggi untuk membekalkan sokongan di kawasan sayap.
Untuk sokongan di kawasan tengah ataupun ‘depth’ mereka menolak Guendouzi naik ke atas untuk membentuk formasi 3-3-4 ataupun 3-4-3 daripada platform 4-2-3-1.
Di bawah ini adalah antara contoh animasi yang menunjukkan fluiditi dan fokus utama Arsenal.
- Menyerang dengan unit ramai
- Sokongan dari width dan depth yang kuat
- Meletakkan lebih daripada seorang pemain di zon menerima bola dalam kawasan bahaya
- Bek sisi menyerang dalam formasi yang jelas
3. West Ham naif
West Ham terlalu rigid dalam perlawanan ini. Namun mereka tetap mencipta beberapa peluang kerana ruang yang besar diberikan pertahanan Arsenal.
Mereka kerap berada dalam situasi yang boleh menghukum Arsenal tetapi hanya 1 gol yang mereka dapat.
Arnautovic mungkin pemain terbaik mereka setakat ini, dan mejaringkan gol dalam perlawanan ini, namun beliau terlepas 2 ataupun 3 peluang terbaik untuk menambah gol.
Ini antara contoh keputusan lemah yang diambil oleh pemain.
4. Struktur pertahanan Arsenal membimbangkan
Walaupun mereka memperbaiki aspek serangan, namun aspek yang sangat merisaukan Arsenal adalah pertahanan.
Ketika menolak pemain yang ramai ke atas sewaktu menyerang, mereka lemah dalam aspek memenangi semula bola dengan segera.
Kesannya, mereka terlalu mudah diatasi di tengah ataupun di belakang garisan kedua.
West Ham ada pembawa bola yang sangat baik iaitu Felipe Anderson. Pemain ini memberikan banyak masalah kepada Arsenal ketika serangan balas.
Namun West Ham terlalu bergantung (overly-rely) kepada Anderson.
Petr Cech dipaksa melakukan beberapa aksi menyelamat. Dan tak lupa, kualiti penyudah West Ham agak mengecewakan.
5. Isu Xhaka sebagai pivot
Granit Xhaka boleh dikatakan pemain yang paling statik perkembangan beliau selepas 3 perlawanan. Beliau perlu lebih cergas dan cerdas dalam mencari ruang.
Pemain lain sudah menunjukkan peningkatan kefahaman dalam taktikal ini.
Xhaka pula jelas masih tidak bermain dalam unit. Guendouzi antara pemain yang menunjukkan peningkatan sangat baik dalam sistem ini.
Lihat bagaimana Xhaka tak mampu mencipta ruang untuk dirinya bagi menerima bola.
Lihat bagaimana Guendouzi menjadi pivot dalam sistem ini.
Apa yang ditunjukkan Guendouzi di atas bukanlah sains aero angkasa. Beliau cuma melakukan aspek asas bola sepak
- Komunikasi dan indikasi
- Sokongan (support play) kepada rakan dengan mencari ruang untuk menerima bola
- Siap siaga ataupun awareness tentang situasi pasukan dan tekanan pihak lawan. Guendouzi melihat Bellerin mahu naik dan Mustafi perlu melepaskan bola itu. Daripada Mustafi melakukan hantaran panjang lebih baik dia menawarkan diri untuk mengalirkan bola itu. Lalu dia mencipta opsyen
Xhaka sepanjang perlawanan ini terlalu statik dan hanya memikirkan soal membentes dan mencabar lawan secara fizikal. Menerima bola dan menghantar.
Ya beliau memiliki jumlah hantaran yang banyak namun kami gariskan aspek taktikal dan posisi beliau.
6. Peranan Ramsey
Aaron Ramsey yang menjadi no.10 kerap turun ke zon rendah untuk mengubungkan 2 garisan.
Mesut Ozil yang tidak cergas untuk perlawanan ini mungkin akan kembali selepas ini. Iwobi mungkin bakal dikorbankan.
Masalahnya, adakah mereka akan menukarkan Ozil dengan Ramsey sebagai no.10 dan menolak Ramsey ke sayap?
Ini adalah heatmap Ramsey yang ternyata menjadi kunci penting dalam sistem Unai Emery.
Rumusan
Arsenal selayaknya menang perlawanan ini kerana West Ham tidak ada pelan taktikal yang lebih berkesan ketika di kawasan serangan.
Arsenal berhadapan dengan masalah ketumpulan di hadapan gol. Mereka memasukkan Lacazette dan Welbeck serta Toreirra yang berjaya memberikan impak ataupun memperbaiki aspek permainan mereka.
Lacazette beraksi sangat baik dalam perlawanan ini. Beliau adalah pemain penting yang membantu Arsenal mengubah keputusan perlawanan.
West Ham perlu lebih baik dalam taktikal dan ketajaman kerana skuad mereka ada kumpulan pemain yang berkualiti.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
Alexandre Lacazette (Arsenal)
Aaron Ramsey antara calon yang kami pertimbangkan. Namun Lacazette masuk pada separuh masa kedua dan memperbaiki aspek ketajaman dan kreativiti di dalam kotak penalti.
Emery: “Today, the substitutions made a difference. Lacazette, but also Lucas [Torreira] & Welbeck, they helped the team.” #afc pic.twitter.com/vX6VGukdcg
— afcstuff (@afcstuff) August 25, 2018