Analisis Taktikal: P.Pinang Cepat Panik Ketika JDT Menghantar Bola Ke Kotak Penalti

JDT menang 1-2 di Pulau Pinang untuk terus kekal di tangga teratas Liga Super pada separuh pertama musim ini.

Permulaan

Pulau Pinang bermain dengan formasi lebih defensif 4-5-1. Manakala JDT kekalkan sistem 4-3-3, mereka memasukkan Azamuddin Akil dan Aidil di dalam pasukan.

Pulau Pinang 4-5-1

Sistem ini adalah sistem sit back and counter attack. 9 pemain cuba beraa di belakang bola. Secara formasinya, Pulau Pinang bermain baik secara posisi.

Setiap pemain mereka tahu di mana mereka perlu berada ketika bertahan.

Jelas sekali sistem mereka berada dalam organisasi yang lebih terurus dan menyukarkan JDT untuk akses ke zon 14.

Namun kelemahan mereka adalah bertahan ketika ancaman di dalam kotak penalti. Sistem kawalan antara pemain mereka lemah kerana ramai pemain yang sekadar memerhatikan bola.

Ini adalah isu ball defending. Pertahanan mereka kurang ketenangan dan fokus dalam situasi ini. Tenang (composure) bukan bermaksud lambat bertindak.

Namun ia merujuk kepada kemampuan pemain berhadapan dengan tekanan dalam fokus yang tinggi.

Jaringan pertama JDT adalah kelemahan mereka mengawal pemain lawan di dalam kotak penalti. Sani Kamsani silap agakan (misjudge).

Dalam keadaan ini Sani kelihatan kekal di garisan beliau.

Tiba-tiba dia cuba menyerang bola dalam situasi ini.

‘Terlajak’ langkah dan dia terperangkap.

Anda lihat di sini:

 

Untuk gol kedua, ia adalah kombinasi kelemahan kawalan antara pemain (man to man marking) mereka. Dalam sistem tight man marking anda harus fokus kepada pemain yang perli anda kawal.

Paling penting adalah cuba mengawal big man yang kuat di udara ataupun header yang paling bahaya dalam pasukan lawan.

Dalam kes Pulau Pinang mereka melepaskan Aidil terlalu mudah. Dan ramai sangat pemain yang ternganga (ball watching).

4-3-3 JDT

Dalam perlawanan ini mereka dominan pada separuh masa pertama kerana Pulau Pinang terlalu tidak agresif ke atas mereka.

Mereka bermasalah untuk memecah masuk ke zon 14. Banyak bola yang terpaksa dihantar semula ke belakang dan gerakan mereka tidak lancar (fluid) seperti sebelum ini.

Banyak gerakan mereka adalah dari hantaran lolos melepasi garisan pertahanan Pulau Pinang. Ia agak efektif namun mereka kemudian hilang intensiti sekali lagi dalam perlawanan ini.

Mungkin isu kecergasan (fitness) antara isu utama untuk JDT. Tetapi ia bukan alasan yang baik untuk pasukan yang ada squad depth yang besar.

JDT kemudian cuba mengetatkan lagi pertahanan mereka dengan Mahali yang diarahkan bermain di tengah pertahanan.

Dari segi transisi, Mahali masih gagal memberikan tambahan nilai kepada pasukan mereka dalam perlawanan ini kerana kurangnya pivotal passes.

Dari segi pertahanan pula, Pulau Pinang pada fasa ini sudah agak longgar untuk menyerang lebih-lebih lagi pada fasa 10 pemain.

Pulau Pinang lebih positif

Selepas 2 gol JDT, Pulau Pinang lebih positif. Sebelum itu Nigel Dabingyaba tidak diberikan sokongan yang berkesan.

Pemain tengah berlima terlalu lambat untuk naik ke atas. Selepas gol ke-2 JDT, pendekatan mereka lebih positif. Mereka semakin yakin untuk memenuhkan final third.

Inilah juga sebab kenapa mereka mendapat penalti.

Bersambung babak kedua, mereka kekal positif dalam perlawanan ini dan melakukan serangan awal.

Apa yang berlaku kepada JDT adalah, mereka agak pasif ketika bertahan. Shafiq Rahim-Amirul-Afiq gagal membentuk unit sekali lagi ketika bertahan.

Ini yang membuatkan Mora memasukkan Mahali Jasuli untuk bermain double pivot. Mungkin alasan Mora untuk mendapatkan prowess defensif yang ada pada Mahali.

Pada fasa ni, JDT bermain 4-3-3 dengan pivot kembar. Sukar untuk menilai prestasi Mahali kerana intensiti dalam perlawanan ini sangat rendah untuk JDT.

Pulau Pinang kemudian lebih berani untuk menyerang dalam unit. Zainal Abidin mengeluarkan Faizat yang jelas tidak efektif di dalam perlawanan ini.

Kemasukan Faiz Subri memberi tambahan secara teknikal. Namun secara teamplay, banyak yang perlu diperbaiki pemenang Puskas ini supaya bermain dengan cara yang betul di posisi yang betul.

Beliau tidak membuka visi kepada pemain lain dalam peranan sebagai pemain sayap.

Zainal mengekalkan sistem 4-5-1 beliau namun sayang sekali terpaksa kehilangan pemain kerana kecederaan selepas membuat pertukaran ke-3.

Penilaian

Saya memberikan lebih fokus kepada Pulau Pinang kerana mereka lebih banyak mengubah percaturan. Namun kemasukan Jeffrey dan Faiz Subri diletakkan di posisi sekunder agak tidak memberikan impak besar.

Sukar untuk menyalahkan Zainal kerana squad depth yang ada pada Pulau Pinang. Namun yang positifnya dalam perlawanan ini Zainal Abidin mengekalkan corak permainan hantaran pendek ‘peninggalan’ Ashley Westwood.

Pemain-pemain Pulau Pinang cuba sebaik mungkin untuk kekalkan cara permainan hantaran pendek itu walaupun ditekan oleh lawan yang lebih baik.

Pemain-pemain Pulau Pinang perlu lebih motivasi untuk kekal positif dan berjiwa lebih besar di dalam padang. Untuk menang ke atas pasukan yang lebih baik secara teknikal, motivasi dan mentaliti itu sangat perlu.

Seterusnya Zainal perlu gariskan isu permainan berpasukan termasuk sokongan antara pemain.

Untuk JDT, ia adalah keputusan yang baik dari aksi yang sederhana. Mora lebih mementingkan 3 mata dalam perlawanan ini.

Mereka berjaya dan tidak melepaskan gol lewat seperti sebelum ini. Dari segi taktikal, JDT kurang fluid dan banyak hantaran yang ke sisi kerana kurang idea untuk memecah zon padat (tight area) pasukan Pulau Pinang.

Secara keseluruhannya, sebahagian besar perlawanan ini agak sederhana dari segi tempo. Pulau Pinang harus dipuji kerana disiplin mereka dalam formasi dan pendekatan bola rendah.

JDT pula harus dipuji kerana berjaya membawa pulang 3 mata dengan sistem mereka yang lebih untuk menyimpan bola lebih lama ketika Mahali dan kemudiannya Shakir dimasukkan.

Pemain terbaik

Azamuddin Akil (JDT)

Pulau Pinang vs Johor Darul Ta’zim,Pulau Pinang player,(Right),Muhammad Rafiuddin Roddin (20),and,Johor Darul Ta’zim player,(Right),Azammuddin Mohd Akil (2),during Super League match at Stadium Batu Kawan Pulau Pinang on,26 April 2017,Photo by Irzan Ariffin / www.asiana.my,

1 bantuan gol dan 1 gol dan 1 pelukan Mora sudah cukup memberitahu beliau adalah pemain yang selayaknya mendapat pengiktirafan ini.

Baca juga: Highlight: Pulau Pinang 1 JDT 2, Azamuddin Akil Cemerlang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN