England Tumpul Dan Komitmen Tinggi Slovakia Ketika Bertahan
28 cubaan gol dan cuma 5 sahaja cubaan tepat oleh England dalam perlawanan ini. Statistik yang jelas menunjukkan mereka tak cukup kualiti di hadapan gol.
Selepas 3 perlawanan pasukan England menjadi pasukan yang paling banyak melakukan cubaan gol dengan 65 cubaan dan cuma menjaringkan 3 gol setakat ini.
[adrotate group=”2″]
Permulaan
Hodgson melakukan 6 pertukaran yang agak mengejutkan semua. Walker dan Rooney adalah 2 pemain terbaik mereka setakat matchday 2 direhatkan seperti England sudah menamatakan misi !
Slovakia turun dengan formasi 4-1-4-1 dalam perlawanan ini. Slovakia mahu memastikan sentiasa ada pemain yang ramai di luar kotak penalti dan juga di dalam kotak penalti mereka sepanjang perlwanan.
Ini adalah heatmap Slovakia sepanjang 90 minit.
England Hilang Fleksibiliti
Roy Hodgson sendiri yang harus dipersalahkan. Ketika kebangkitan mereka menentang Wales, fleksibiliti pada separuh masa kedua telah memberikan mereka peluang untuk bermain bolasepak yang lebih variasi.
6 pertukaran yang dilakukan ke atas pasukan utama seperti satu eksperimen. Kita juga harus melihat semula persediaan mereka sebelum Euro.
Roy Hodgson kerap menukar formasi dalam peringkat kelayakan. Walaubagaimanapun, England menjadi satu satunya pasukan yang menang 100% di pusingan kelayakan.
Tetapi, menjelang Euro 2016, Hodgson banyak mencuba 4-3-3. Saya agak tertarik untuk melihat kemampuan seorang tactician ‘English Style‘ cuba bermain dengan 4-3-3.
Roy kemudian menjadikan ia taktikal utama dalam perlawanan awal dengan 2 pemain offensive midfielder di bahagian sayap.
Ketika ketinggalan 0-1 kepada Wales, Hogdson memasukkan n0.9 berkembar dan mereka mendapat hasilnya kerana fleksibiliti.
Turun dalam perlawanan ini, Hodgson mengekalkan gandingan Lallana-Sturridge-Vardy dan mengubah hampir secara total struktur di tengah.
Henderson adalah pemain terbaik mereka di tengah dengan statistik :
91% Hantaran Tepat
11 Hantaran Silang
4 Peluang Dicipta
2 Cubaan Gol
Maknaya, Hogdson mungkin beroleh hasil daripada ‘perjudian’ ini. Namun, isu menggunakan Jack Wilshere dan bukannya Rooney dalam perlawanan yang akan menentukan nasib pasukan mereka dalam perlawanan kalah mati adalah sesuatu yang agak berisiko.
Di sini kita dapat simpulkan, Hodgson tak ada persediaan yang stabil dari segi pemilihan recognized 11 dan juga recognized tactic.
Masalah Connection Di Final Third
England mencipta peluang yang banyak dan lebih daripada cukup untuk melakukan 2 atau 3 gol. Ini adalah chalkboard chances created yang dilakukan oleh England.
Dari segi kualiti hantaran, England ada kualiti yang bagus dengan berberapa hantaran yang mencetuskan clear cut chances.
Namun dari segi bersaing untuk memenangi bola dan kualiti penyudah di dalam kawasan gol adalah masalah besar England dalam perlawanan ini.
Mereka juga perlu meningkatkan lagi kreativiti mereka untuk berdepan dengan pasukan yang bertahan dengan pasif.
Agak sukar mengharapkan plan B dengan melakukan cubaan daripada luar kerana Slovakia sentiasa ada pemain yang ramai di belakang bola dalam platform deep defensive line 4-5-0-1.
Seterusnya adalah pattern pergerakan penyerang England. Daniel Sturridge dan Vardy yang kerap berlari ke wide area apabila menyerang.
Ini adalah heatmap Vardy-Sturridge dalam perlawanan ini.
Pertahanan Kental Slovakia
Dalam perlawanan ini, mereka fokus kepada membuatkan segala aktiviti serangan England pasrah. England cuma mampu mencipta 5 cubaan tepat daripda 29 cubaan mereka.
Slovakia berjaya melakukan 14 defensive blocks, 7 daripadanya adalah dalam kotak penalti. Antara aksi blok yang terbaik adalah daripada Martin Skrtel yang menghalang cubaan Dele Alli.
Seterusnya, pelan bertahan mereka adalah cuba memastikan ramai pemain di belakang bola dan bertahan secara compact.
Taktikal ini telah menyukarkan akses pasukan England ke dalam kotak penalti dan England mulai bergantung kepada crossing untuk mendapatkan gol.
England mencatatkan 35 crosses sepanjang perlwanan ini. Namun keberhasilan taktik ini kurang menjadi, dan cuma 10 sahaja crosses yang tepat. Selainnya banyak dikeluarkan oleh pertahanan Slovakia dengan efisien.
Ini adalah clearances yang dilakukan Slovakia sepanjang perlawanan ini.
Verdict
England menguasai segala aspek dalam perlawanan ini kecuali gol. Mereka sudah cuba menambahkan lagi intensiti dalam perlawanan ini.
Ini adalah laporan action zones dalam perlawanan ini yang jelas menunjukkan England meningkatkan lagi intensiti mereka di separuh masa kedua.
Mungkinkah 6 pertukaran Hodgson dalam perlawanan ini memberikan impak besar ? Bagi saya, ia lebih kepada gambaran tidak cukup persediaan pada pra kejohanan dalam menentukan recognized 11 dan recognized formation and tactic.
Hogdson agak banyak memperjudikan nasib pasukan kali ini Bermula dengan formasi 4-3-3 yang digunakan kerana mahukan Wayne Rooney bermain. Namun Rooeny berjaya memberikan pulangan yang lumayan setakat ini.
Terlalu bereksperimen, apabila Hodgson sudah cuma masih tidak menggunakan 2 pemain (outfiled player – pemain bukan Goalkeeper) Everton sahaja dalam 3 perlawanan awal England iaitu Barkley dan Stone, manakala pemain pemain outfield lain semua sudah digunakan.
Namun dari segi pengurusan taktikal dalam perlawanan, Hodgson kerapkali panik untuk mengubah nasib pasukan. Dalam perlawanan menentang Wales, pertaruhan beliau untuk menukarkan set striker menjadi.
Apapun, tahniah England kerana mara ke peringkat seterusnya. Kita menunggu apakah taktikal Hodgson dalam peringkat 16 pasukan. Ini kerana mereka berpotensi menentang Portugal.
Man Of The Match
Martin Skrtel bermain Maldini-esque dalam perlawanan ini. Komited dengan setiap ancaman lawan dan sangat commanding.
Beliau melakukan –
4 defensive blocks
4 successful clearances
2 successful tackles
2 successful Interceptions.
Statistik
[adrotate banner=”9″]