Quaresma menjadi matchwinner
Sepanjang 90 minit, kedua dua pasukan gagal merekodkan sebarang shots on target dan ia menggambarkan perlawanan ini agak hambar.
Namun, keceriaan dirasai penyokong Portugal apabila sekuen 2 shots on target berturut turut pada babak akhir masa tambahan telah menghasilkan gol kemenangan untuk Portugal mara ke suku akhir.
Permulaan
Portugal menggunakan formasi 4-1-3-2 dengan 2 pemain false 9 di bahagian serangan. Croatia mengekalkan formasi utama mereka 4-2-3-1 dengan kemasukan Luka Modric kembali ke dalam pasukan.
Perubahan taktikal Croatia
Dalam 3 perlawanan sebelum ini, Croatia menggunakan Darijo Srna sebagai pemain utama di flank kanan. Namun dalam perlawanan ini, berlaku sistem dimana Perisic kerap diarahkan untuk bermain di kanan.
Perisic sebelum ini pula banyak beroperasi di wing kiri. Ideanya, mungkin untuk mengelakkan kawasan belakang Srna dimanipulasi oleh Cristiano Ronaldo atau Nani.
Kesan yang sangat ketara adalah, mereka gagal mendapatkan yang terbaik daripada Perisic dan flank di bahagian kiri banyak dikawal Strinic yang gagal memberikan crosses yang berkesan.
Perisic kemudian ditukar ke kiri namun lebih kepada pemain di kawassan half space. Beliau dapat melakukan berberapa cubaan namun agak sukar.
Kemudian adalah role Modric yang tidak progresif dalam perlawanan ini. Modric tidak aktif terlibat di bahagian serangan seperti sebelum ini.
Heatmap ini menunjukkan betapa kurangnya kontribusi Modric di final third walaupun dia cemerlang di tengah. Pasukan ini jelas memerlukan beliau membantu di serangan seperti sebelum ini.
Pertarungan di flank kedua dua pasukan
Kedua dua pasukan fokus kepada distribution di wing area. Perkara yang menjadikan perlawanan ini agak hambar dan di luar jangkaan kita semua.
Kita menjangkakan akan ada lebih free flowing football, namun sebaliknya yang berlaku. Kita disajikan dengan 57 crosses yang dilakukan untuk mencipta peluang daripada kedua dua pasukan. Cuma 15 yang tepat, Croatia (10) dan Portugal (5).
Portugal mengusai center circle
Salah satu perkara yang menyukarkan lagi Croatia dalam perlawanan ini adalah kemasukan Renato Sanchez yang menngantikan Adrien pada awal separuh masa kedua.
Apa yang berlaku adalah, beliau membuatkan aktiviti Modric di tengah menjadi sukar. Dengan Modric yang lebih banyak menghantar bola daripada kawasan center half, Sanchez telah banyak memberikan tekanan kepada beliau di situ.
Statistik Renato adalah :
32 hantaran tepat
3 take-ons (100%)
1 chance created
Gol kemenangan Portugal adalah bermula daripada beliau. Apa yang berlaku adalah, Crotia kali ini seakan akan benci dengan kawasan center circle.
Portugal banyak mencipta bahaya melalui kawasan tengah terutama melalui Renato. Malangnya mereka tidak menguatkan lagi intensiti untuk masuk melalui tengah kerana Portugal pun terikat dengan taktikal crossing.
Taktikal long ball, aggresive football & direct football
Jika anda berjaga dari pukul 3 pagi, anda mungkin akan kecewa dengan pendekatan kedua dua pasukan dalam perlawanan ini.
Terlalu banyak long ball digunakan. Dalam rajah di bawah saya lampirkan chalkboard bagaimana kedua dua pasukan bermain long ball.
Selain itu, kedua dua pasukan agak agresif. Yang paling agresif adalah Portugal. Mereka akan cuba memberikan tekanan fizikal secepat mungkin ke atas pemain Croatia di final third.
Antara sasaran utama mereka adalah pemain pemain yang memiliki kemampuan untuk melakukan crosses dan mencipta peluang seperti Modric, Perisic, Srna dan Rakitic.
Portugal melakukan 15 tackles gagal dalam perlawanan ini. Agak excessive dan ada sesetengah tackles adalah tak perlu. Namun, ia mungkin taktik untuk membuatkan pemain Croatia frustrated. Portugal melakukan 25 fouls dalam perlawanan ini secara keseluruhannya.
Isu kreativiti dan penyudah Croatia
Dari awal hingga akhir, Croatia bergantung kepada sistem hantaran lintang. Mereka mencipta lebih banyak peluang namun gagal menyudahkannya.
Dalam perlawanan ini, pasukan yang lebih selesa untuk menyerap asakan adalah Portugal. Jadi isu yang dibangkitkan adalah, kreativiti untuk menembusi Portugal yang bertahan dan cuba melancarkan quick counter.
Banyak gerakan Croatia akan berpatah balik kerana tidak yakin untuk melepasi blok pertahanan Portugal. Dalam masa yang sama, kurang keinginan untuk bermain lebih teamplay.
Dari segi pace, mereka khuatir akan dihukum oleh Portugal melalui counter attack.
Dari sudut ketajaman. Mereka memiliki sekurang kurangya 3 peluang yang berpotensi besar untuk gol. Vida mungkin menjadi duri dalam daging dalam pasukan ini.
Mereka melakukan 12 cubaan gol dalam kotak penalti dan 2 daripadanya adalah dihadang. Lebih sedih adalah pasukan ini merekodkan 0 shot on target dan 1 woodwork.
Beliau gagal menyempurnakan 2 peluang gol yang baik dicipta oleh Croatia. Kemudian beliau seakan akan tidak melakukan shoulder check ketika Ronaldo di belakang beliau.
Jika beliau sedar Ronaldo di belakang, saya pasti beliau akan melakukan pintasan akhir. Namun beliau tidak melakukannya.
Verdict
Ia adalah pertarungan direct football oleh kedua dua pasukan. Namun Portugal bernasib baik kerana kemasukan Renato Sanchez telah memberikan impak di bahagian tengah.
Croatia berdepan dengan isu ketiadaan plan C atau D dalam perlawanan ini. Ante Cacic seakan akan clueless untuk mengubah taktikal beliau supaya blok pertahanan Portugal dipecahkan.
Perlawanan yang agak hambar dan pemain seperti Ronaldo kerap drop deep untuk mencari bola. Playmaker berpengaruh seperti Ivan Rakitic dan Luka Modric bergelut untuk mencipta sesuatu yang lebih baik.
Kedua dua pasukan juga sangat sederhana dari segi final passes dan finishing.
Selain itu, kedua dua pengurus berdepan isu tactical error dalam perlawanan ini, namun Portugal memperbaikinya sedikit berbanding Croatia.
Ricardo Quaresma akhirnya membalas kepercayaan Fernando Santos. Beliau berada di tempat dan masa yang tepat untuk menyambut cubaan muntah oleh Ronaldo.
Man Of The Match
Renato Sanchez (Portugal)
Portugal Mara
Portugal mara dan akan bertemu dengan Poland. Ia adalah satu satunya jadual suku akhir yang sudah ditentukan setakat ini. Perlawanan bosan atau tidak, menang tetap menang. Tahniah !
Statistik
[adrotate banner=”9″]