England menang 2-0 ke atas Sweden dan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018.
Fungsi Harry Kane
Gareth Southgate memberitahu kepada wartawan yang Harry Kane hari ini diarahkan untuk turun lebih ke bawah. Ini untuk melepaskan pemain ke-3 (3rd man) dalam sistem mereka.
Pemain itu adalah Lingard dan Alli. Pada masa yang sama, sistem ini akan membantu menarik pemain pertahanan Sweden keluar ke arah Kane dan membuka ruang kepada penyerang ke-2, Raheem Sterling.
Southgate jelas mahu memanfaatkan kelajuan pada Sterling.
Malang untuk pemain seperti Sterling yang tidak menggunakan beberapa kesempatan untuk melakukan perkara lebih signifikan dalam padang. Beliau tumpul di hadapan gol dan tidak cepat membuat keputusan ataupun indecisive.
Ini gambaran kepada sistem Southgate. Kane akan turun ke bawah dan meningkatkan fungsi 3 pemain lain, Lingard, Alli dan Sterling. Young dan Henderson sangat baik beraksi dalam sistem ini.
Idea ini menarik kerana, apabila Kane tiada dalam kotak penalti, pertahanan Sweden akan mengurangkan fokus kepada merantai pemain untuk hantaran lintang. Ini yang membolehkan mereka mencipta ruang kepada pemain lain.
Mencipta ruang di dalam kotak penalti
Salah satu kekuatan utama pasukan England kali ini adalah mencipta ruang di dalam kotak penalti. Anda pasti masih ingat bagaimana Stones menjaringkan 2 gol dalam perlawanan kumpulan ketika berhadapan pasukan bermain ‘man to man’ marking.
Gol pertama Maguire anda melihat gerakan Henderson menarik pemain keluar ke half space untuk mengurangkan unit pertahanan lawan di tengah. Maguire menggunakan ruang untuk melakukan gol.
Gol kedua Dele Alli konsep hampir sama dengan bagaimana mereka mencipta ruang di belakang dengan permainan di antara Trippier dan Lingard.
Trippier menarik pemain ke belakang dan mencipta ruang kepada Lingard untuk melakukan hantaran dengan selesa.
Alli mencipta ruang di belakang pertahanan lawan dan fokus pertahanan Sweden lebih kepada Kane.
England kini sangat bahaya menerusi ancaman hantaran lintang dan tandukan. Mereka sudah melakukan 5 gol menerusi tandukan, terbanyak dalam Piala Dunia kali ini.
Mereka juga sangat bahaya menerusi bola mati. 3 gol daripada penalti setakat ini.
Ketumpulan Sweden
Sweden mendapa beberapa peluang dalam kotak penalti pada perlawanan ini. Namun gagal menewaskan Pickford.
Pickford melakukan 3 ‘saves’ dalam perlawanan ini. Sepanjang perlawanan Sweden bergelut untuk mendapatkan rentak. Namun mereka tetap melancarkan beberapa serangan secara ‘direct’ yang berkesa.
Rumusan
Perlawanan ini tidak intensif dan bukan pertarungan taktikal yang sengit. Namun England melaksanakan tugas mereka dengan baik dalam perubahan taktikal yang jelas.
England tetap perlu memberikan perhatian kepada usaha mematikan ancaman terutama serangan balas yang terlalu mudah sampai ke kotak penalti.
Mujur mereka ada Pickford yang sangat cemerlang. Ini juga sebab kenapa mereka menjadi pasukan terakhir di antara 8 pasukan suku akhir yang mencipta clean sheet dalam kejohanan ini.
Seterusnya, England juga, Raheem Sterling perlu memperbaiki kualiti produk akhir beliau. Sistem menukar fungsi Kane untuk turun sedikit ke bawah ini jelas memberikan banyak manfaat kepada beliau dari segi ruang, namun hasilnya agak kurang.
Tiada masalah Sterling untuk tamak di hadapan gol, namun pastikan kualiti penyudah itu tajam. Beliau sangat kerap melepasi pertahanan dan masuk ke kawasan gol.
England mendapat 2 gol daripada pendekatan hantaran lintang yang menjadi kekuatan mereka kali ini, sama ada daripada bola mati ataupun permainan terbuka.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
Jordan Pickford (England)