Croatia Lepasi Cabaran Sengit Rusia Untuk Mara Ke Separuh Akhir

Pertemuan Rusia dan Croatia berakhir 2-2 selepas 120 minit. Namun Croatia  melengkapkan slot 4 terakhir dengan jaringan kemenangan menerusi penentuan penalti 4-3.

Rusia nampak begitu bersemangat beraksi di hadapan penyokong mereka. Dzyuba melakukan voli yang dihadang oleh Lovren. Minit ke-6 Akinfeev menepis hantaran kunci oleh Rebic.

Cheryshev meneruskan kempen cemerlang beliau dengan satu gol cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-31. Salah satu calon gol terbaik kejohanan pada kali ini. Ini juga gol ke-4 beliau dalam temasya kali ini.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Croatia menyamakan kedudukan menerusi Kramaric sebelum rehat. Hantaran dengan tekanan kuat daripada Mandzukic tepat ke arah Kramaric. Satu point blank header.

Pada separuh masa kedua, perlawanan lebih rancak. Menuju ke sejam perlawanan, Perisic gagal menyempurnakan peluang di dalam kotak penalti. Percubaan beliau terkena tiang gol.

Tidak lama selepas itu Modric dan Vrsaljko menguji Croatia dari dalam kotak penalti, namun 2 percubaan itu masing-masing dihadang.

Rusia dan Crotia menggandakan hantaran lintang kepada penyerang mereka. Beberapa detik bahaya dicetuskan.

Pada minit ke-88, Croatia dicemaskan oleh kecederaan penjaga gol mereka selepas menggunakan 3 pertukaran. Mereka perlu menunggu masa tambahan 30 minit dimulakan untuk menggunakan pertukaran ke-4.

90 minit berakhir dengan 1-1, mereka bertarung pada masa tambahan 30 minit. Subasic meneruskan perlawanan, sebaliknya Vrsaljko pula dikeluarkan kerana kecederaan.

Minit ke-100, Vida menanduk masuk bola. Satu aksi bertahan yang mengecewakan daripada Rusia terutama Smolov.

Minit ke-111, Kuzyaev melakukan separa voli yang deras namun dengan kemas didakap Subasic. Seminit kemudian, Subasic menepis hantaran lintang bahaya Smolov.

Jurulatih Rusia berterusan meminta penyokong bersorak lebih kuat.

Ketika perlawanan berbaki 5 minit, pemain gantian Alan Dzagoev melakukan sepakan percuma cantik yang disudahkan oleh Mario Fernandes dari jarak dekat. Seluruh stadium bergema meraikan gol tersebut.

Sebelum tamat, Subasic diuji sekali lagi menerusi percubaan deras dari luar kotak penalti, kali ini oleh Zobnin. Subasic sekali lagi tenang menyelamatkan bola.

120 minit, perlawnan berakhir 2-2. Croatia memenangi penalti dengan 4-3. Rusia gagal menyempurnakan 2 penalti.

Croatia akan menentang England pada separuh akhir selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN