Analisis Taktikal: Peranan ‘False Fullback’ Mendy Jadi Ancaman Utama Arsenal

Selepas memberikan reality check kepada Maurizio Sarri, kali ini Pep Guardiola memberikan reality check kepada Unai Emery. Manchester City menang 0-2 ke atas Arsenal di Emirates.

Isu taktikal Arsenal

Pasukan ini memang masih dalam pembikinan dan beberapa pemain seperti Leno dan Torreira masih dalam proses untuk diserap ke dalam pasukan utama.

Seperti yang kami jelaskan dalam previu EPL sebelum ini, bukan perkara yang mudah untuk transisi pasukan seperti Arsenal yang sudah 22 tahun dengan Wengerball.

Isu binaan serangan dari bawah

Ini bukanlah perkara yang terlalu baru di Arsenal, cuma dalam sistem Unai Emery beliau mahukan lebih penglibatan penjaga gol.

Ini bermakna, penjaga gol bukan sahaja melepaskan bola kepada pertahanan, tetapi harus bersedia untuk menerima bola dengan lebih kerap dan memulakan semula.

Pada fasa binaan serangan dari bawah, Petr Cech ternyata orang yang tepat untuk tugas itu. Isu ini dah wujud sejak beberapa musim di mana Cech adalah bukan ball playing keeper.

Namun beliau dalam kenyataan kepada Arsenal.com menyatakan dia perlu bermain dengan sistem ini. Ini adalah laporan hantaran Cech dalam perlawanan ini. Hampir 2 kali ganda daripada purata hantaran beliau sebelum ini.

Beliau mudah panik apabila ditekan. Arsenal kurang binaan serangan yang lebih baik dari belakang. Leno adalah pemain yang bermain dalam sistem Jerman yang menggunakan sistem ini.

https://www.youtube.com/watch?v=zo_v27xn0zI

Martin Keown pula menyatakan dalam analisis selepas perlawanan beliau bahawa Arsenal melakukan hantaran antara pemain di defensive third secara melampau (overdid).

Ada beberapa hantaran tidak perlu dan harus dikurangkan.

Anda rujuk kembali pada statistik Cech di atas dan beliau antara pemain yang ‘overdid’. Namun seperkara yang pasti, mereka benar-benar mencuba melakukannya.

Isu serangan dan pressing

Selepas tamat perlawanan Petr Cech memberikan pemerhatian taktikal beliau, dan beliau menyatakan pasukan Arsenal kurang hantaran pembunuh (killer passes) di zon serangan.

Kami bersetuju dengan pandangan beliau. Arsenal adalah pasukan yang dikenali dengan killer passes yang tajam. Dalam perlawanan ini mereka agak hilang.

Sumber hantaran mereka, Mesut Ozil, Ramsey dan Mkhitaryan tidak bermain dalam prestasi terbaik.

Ketika menekan lawan di high line, pada separuh masa kedua mereka melakukannya dengan lebih baik dan mendesak Man. City melakukan beberapa kesilapan, sayangnya mereka tak mampu mendapatkan gol.

Ini antara situasi mereka mewujudkan 3 v 3 dan 3 v 4 pada separuh masa kedua, membuatkan Man. City panik.

Manchester City 3-3-3-1/3-1-3-3

Itu adalah kod formasi Manchester City. Peranan Mendy adalah sebagai bek sisi songsang ataupun false fullback.

Anda boleh baca artikel Analisis Pendekatan Taktikal Guardiola Dalam Debut EPL, jika anda masih samar maksud dan konsep bek sisi songsang ataupun false fullback.

Ini adalah ketika Mendy mencipta gol untuk Bernardo Silva.

Walker akan menjadi bek bertiga dalam pembentukan ini. Kecuali ketika Fernandinho masuk ke bawah baru Walker akan naik ke atas sebagai bek sayap.

Ekpsloitasi oleh Mendy di halfspace kiri (kanan pasukan Arsenal) adalah yang paling ketara.

Mustafi dan Bellerin jelas tidak tahu apa nak dilakukan ke atas ruang tersebut. Half-space ini yang digunakan sebaik mungkin oleh Mendy.

Arsenal agak tak agresif dalam mematikan ancaman, ini juga salah satu masalah utama mereka.

Ini pula contoh apabila mereka dalam formas 3-1-3-3. Anda akan dapati, Mendy masih di peranan false fullback yang berada di zon sangat tinggi, sebaris dengan Gundongan dan Bernardo.

Guendouzi bermula dengan agak gugup pada separuh masa pertama terutama sekali aspek ‘holding the line’.

Beliau tidak mengenakan tekanan kepada Sterling yang berlari masuk secara parallel ke dalam dan menggunakan Sokratis sebagai ‘shield’ untuk beliau melakukan lencongan bola.

Namun selepas itu pemain muda ini meningkatkan kualiti beliau walaupun ada melakukan beberapa kesilapan yang mengundang risiko. Tetapi beliau jauh lebih baik daripada Xhaka dalam perlawanan ini.

Manchester City bunuh keyakinan Arsenal

Setiap kali pasukan Arsenal yakin dengan selesa dengan bola, setiap kali itu Man. City membunuh keyakinan mereka dengan ketajaman di barisan serangan.

Pada 15 minit terakhir separuh masa kedua, Manchester City seakan-akan hanya cuba untuk menghampakan Arsenal dengan menghancurkan gerakan mereka dan banyak bermain bola secara neutral.

Pada fasa inilah Arsenal mendapat beberapa peluang penting untuk mengejar City.

Rumusan

Arsenal ada momen mereke tersendiri dalam perlawnaan ini namun tiada penyudah. Aksi separuh masa kedua mereka lebih baik.

Positifnya, pemain seperti Guendouzi cepat belajar walaupun agak bergelut pada separuh masa pertama. Maitland Niles dan Bellerin perlu lebih agresif ketika bertahan di kawasan sayap.

Lichtsteiner nampaknya lebih baik daripada Maitland Niles yang terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Manchester City agak berisiko kerana agak ‘shut down’ pada 15 minit terakhir di mana mereka bermain terlalu kasual dan bersahaja.

3 mata penting untuk Manchester City dan satu perlawanan yang sangat penting untuk Unai Emery jadikan rujukan bersama-sama pemain beliau.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA

Benjamin Mendy (Man. City)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN