Pahang mara ke final setelah menewaskan Negeri Sembilan 1-2 di Paroi dan menang aggregate 1-3. Ini adalah analisis perlawanan dari kami.
Permulaan
Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan formasi 4-1-4-1. Negeri Sembilan menggunakan Simic sebagai sokongan kepada Bruno Suzuki.
Pahang pula menurunkan Kiko Insa di tengah dengan sistem penyerang tunggal Alfonso Alves.
Pahang bergelut di kawasan serangan
Walaupun Pahang mendahului menerusi Jae Won, Pahang tidak ada stabiliti yang jelas di dalam perlawanan ini.
Mereka cuba menjana gerakan menerusi Sumareh, namun pemain itu gagal melakukan gerakan atau larian yang lebih penetratif.
Sumareh agak buntu dalam perlawanan ini dengan banyak gerakan yang berpatah balik dan hilang bola.
Di bawah ini adalah gambaran bagaimana hubungan di antara Alves dengan 2 pemain sokongan utama beliau di sisi terputus. Taktikal Pahang jelas pergi ke bahagian sisi dengan segera.
Sistem pertahanan Pahang yang agak deep dari awal. Kurang animasi dari 2 bek sisi mereka untuk menyerang. Taktik ini membuatkan ruang besar di antara bek sisi dan pemain sayap dimanipulasi lawan.
Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan agak rigid dengan 4-1-4-1. Mereka juga bergelut untuk memenangi tengah. Pada separuh masa kedua, bahagian tengah didominasi Negeri Sembilan.
Taktik hantaran silang Negeri Sembilan
Ia sangat direct tetapi berkesan. Dari awal lagi Pahang bermasalah dengan sistem ini. Lee Tuck adalah pembekal utama bola lintang ini. Sama ada dari permainan terbuka ataupun bola mati.
Sumber hantaran lintang Negeri Sembilan paling bahaya adalah Lee Tuck. Namun Dollah Salleh tidak ada pelan yang agresif untuk mematikan aktiviti pemain ini.
Lee Tuck berterusan diberikan ruang. Banyak peluang dicipta Negeri Sembilan dengan taktikal ini. Namun penyudah mereka sangat tumpul.
Pada separuh masa kedua, mereka boleh menjaringkan 4 gol jika mereka lebih tajam.
Pahang lemah bertahan apabila berhadapan dengan ancaman hantaran lintang. Pemain mereka kerap ball watching dan misjudge ke atas bola.
Ini adalah gambaran passmap pasukan Negeri Sembilan. Saya rumuskan 4 pemain yang sangat dominan dalam perlawanan ini iaitu Lee Tuck, Izuan, Vidic dan Simic.
Manakala Lee Tuck jelas menjadi fokal dan penyumbang hantaran utama yang bahaya. Izuan banyak menerima bola tetapi agak lemah dalam menghantar servis lebih berkualiti.
Pelan pasif Dollah Salleh hampir memakan diri
Pahang musim ini sangat bagus dengan 4-4-1-1. Namun dalam perlawanan ini, Dollah cuba mewujudkan chain of 5 dengan sistem 4-1-4-1.
Masalah utama adalah pemain tengah berempat mereka tidak cukup dinamik untuk turun mengecilkan ruang.
Kiko Insa ternyata cuma ada permainan fizikal dan pengurusan pivot agak kucar kacir. Lihat penjelasan tentang idea yang cuba dilakukan Dollah Salleh untuk menutup ruang dengan 9 pemain.
Namun kelemahan Pahang adalah disiplin dan positioning mereka yang kurang terurus.
Penilaian
Pasukan lebih baik tewas dalam perlawanan ini. Pahang sekali lagi membuktikan mereka tahu cara membunuh perlawanan.
Ini adalah kekuatan mereka musim ini. Mereka akan cuba memanfaatkan peluang untuk membunuh perlawanan. Kemasukan Cristie Jayaseelan sangat memberikan impak dalam perlawanan ini.
Negeri Sembilan pula kalah kerana tidak mampu menyempurnakan deretan peluang keemasan.
Namun Dollah Salleh harus belajar sesuatu dari perlawanan ini, Alves sangat suram dalam sistem 4-1-4-1.
Alves perlukan pemain di sekitar beliau untuk bertukar peranan di atas dan juga sokongan dalam sistem yang floating.
Negeri Sembilan wajar diberikan kredit dari segi semangat juang dan usaha berterusan mereka menekan pasukan seperti Pahang.
Pada separuh masa kedua, Negeri Sembilan menguasai semua aspek termasuk menguasai tengah.
Namun mereka juga harus menyalahkan diri sendiri kerana penyudah yang lemah.
Kedua-dua pasukan melepaskan gol pertama kerana ball watching defending. Kawalan ke atas pemain yang longgar.
Negeri Sembilan pasukan yang progresif kerana mereka meningkat dari minit ke minit walaupun tekanan daripada gol awal Pahang. Ia memang tugas berat.
Namun mereka tetap positif. Cuma Pahang membunuh perlawanan kerana ketajaman Jayaseelan. Sekali lagi pemain simpanan memberikan perbezaan untuk Pahang.
Ingat lagi perlawanan Pahang vs JDT di Larkin? Ashaari dan Nurridzuan yang mencipta gol untuk Sumareh.
Pemain terbaik
Wan Azraei (Pahang)
Sekali lagi saya merasakan pemain terbaik sebenarnya berada di pasukan yang kalah iaitu Lee Tuck. Tetapi untuk MOTM, sudah pastinya dari pasukan yang menang.
Wan Azraei melakukan banyak aksi menyelamat ketika pertahanan Pahang terlena dalam beberapa situasi.