Permulaan
Popov menggunakan formasi 4-4-1-1 dengan meletakkan Indra Putra sebagai penyerang kedua di belakang Ilijoski. Irfan Bakti pula menggunakan formasi 4-3-2-1 dengan sistem penyerang tunggal. Irfan kehilangan no.10 beliau Luftullah Turaev dalam perlawanan ini. Zar Rahan bermain di attacking midfielder.
Analisis
1. Kelantan Bermula Gugup
Kelantan memulakan perlawanan dengan gugup di bahagian pertahahan dan dihukum Felda seawal minit ke-8. Banyak lagi insiden gugup Kelantan di pertahanan dalam perlawanan ini, namun ia gagal dihukum lebih banyak oleh Felda.
Seperti ada sedikit masalah komunikasi di antara pemain mereka. Pemain lemah ketika aerial duel mahupun duel di udara.
Felda tidak meletakkan ramai pemain di garisan atas, namun Kelantan tetap sentiasa bermasalah walaupun hanya mengawal Forkey Doe di dalam kotak penalti.
Kegugupan ini tidak dihukum oleh Felda dengan tambahan kerana Felda terlalu fokus untuk mempertahankan 1 gol berbanding dengan menambah gol.
2. Kelantan Penetrative Tetapi Lemah Di Final Third
Kelantan dari awal sentiasa berjaya sampai dengan cepat di kawasan final third namun mereka gagal dalam final pases ataupun cubaan gol.
Di wide area, Felda memberikan lesen besar untuk winger Kelantan beroperasi bebas. Felda terlalu fokus kepada organisasi compact di narrow area, namun ia bukan alasan untuk tidak memberikan protection untuk serangan dari sayap.
Mujurlah Kelantan tidak cukup pantas dalam mencipta peluang kerana banyak hantaran gagal dan gerakan gagal. Kelantan banyak kali tidak direct di final third dan lambat dalam membuat keputusan untuk hantaran akhir mahupun cubaan gol.
3. Felda United Terlalu Deep Dan Pasif Selepas Gol Pertama
Felda mengambil pendekatan bermain dengan ramai pemain di belakang bola dan di blok rendah pertahanan. Namun begitu Kelantan masih boleh bergerak di zon zon penting seperti zon 14 atau half-space.
Felda agak lemah untuk mempertahankan blok half-space mereka dan terlalu toleran apabila pemain pemain Kelantan berada di situ walaupun di kawasan tengah mereka lebih agresif untuk mematikan ancaman.
Back 4 yang compact dan terlalu deep membolehkan Kelantan berada di high line dengan kurang risiko offside.
Pemain Kelantan agak’overplay’ dan lambat membuat keputusan. Kelantan kerap memecahkan organisasi pertahanan Felda namun kerap berpatah balik/fallback kerana tidak ada decisiveness dalam keputusan.
Satu lagi masalah mereka adalah kreativiti untuk memecahkan blok rendah. Pemain Kelantan cepat panik apabila berdepan dengan pemain yang ramai di pertahanan walaupun ada ruang dan masa yang diberikan oleh pemain Felda.
Corak pertahanan Felda memudahkan Kelantan untuk menggunakan ruang half-space. Agak pelik, apbila pemain yang ramai masih memberikan ruang selesa kepada pemain seperti Wan Zack Haikal dan Wander Luiz.
4. Taktik Long Ball Dan Sikap Tidak Realistik Felda United
Sebagai pencabar kejuaraan, mereka sepatutnya lebih ofensif. Perlawanan ini adalah perlawanan yang mereka lebih kepentingan untuk 3 mata. Ia ditambah dengan kegagalan JDT untuk menang di Bandaraya.
Kenapa saya katakan Irfan agak tidak realistik? Ini kerana mereka ada pemain yang baik untuk lebih ofensif tetapi jelas dalam perlawanan ini, Felda lebih suka bertahan dan counter attack berbanding untuk mencari gol kedua dengan teamplay yang dominan.
Felda boleh dikatakan banyak bermain pasif dalam perlawanan ini. Mereka mula bermain defensive sejak minit ke-15 lagi, selepas gol Forkey Doe.
Mereka tidak menggunakan kekuatan teknikal pemain mereka terutama Christie dan Syamim di bahagian sayap untuk lebih operatif dalam perlawaan ini.
Christie dan Syamin banyak bermain di kawasan lebih deep bukan sahaja ketika bertahan, malah ketika dalam keadaan seimbang.
Seterusnya adalah, terlalu banyak hantaran long ball direct kepada Forkey Doe dalam perlawanan ini. Dari segi organisasi bila mereka memegang bola, pemain berada dalam keadaan terlalu pitch wide.
Taktik ini nampak agak mengancam kerana kualiti pertahanan Kelantan yang lemah ketika duel.
Felda cuma bernafsu kembali untuk bermain ofensif selepas gol Wander Luiz. Mereka mulai bermain lebih positif dan memberikan tekanan lebih baik di final third.
5. ‘Perjudian’ Popov Memberikan Hasil Sekali Lagi
Popov jelas lebih mahukan bolasepak terbuka dan menyerang. Ketika ketinggalan 1-0, beliau membuat keputusan untuk menolak Qayyum ke atas. Ia adalah ‘gamble’ oleh Popov.
Qayyum bermain sangat advance dalam perlawanan ini. Namun ruang di belakang Qayyum boleh menjadi masalah untuk Kelantan kerana risiko dihukum oleh winger Felda amat tinggi.
Namun ia tidak berlaku kerana, winger Felda yang drop deep serta kerap kurang sokongan apabila menyerang. Popov memasukkan 2 penyerang untuk bermain dengan 3 center forward dalam perlawanan ini.
Kelantan berterusan mencipta peluang dan lebih keinginan. Namun kelemahan teknikal menggagalkan taktikal ini. Hasil agak lemah. Mereka mungkin boleh menjaringkan 2 atau 3 gol jika lebih baik secara teknikal.
Irfan pula ada kekuatan teknikal. Namun, seperti yang saya naytakan di atas, ia tidak digunakan sebaik-baiknya untuk menyerang. Zar Rahan, Syamin dan Christie, mereka berada di platform yang terlalu ke bawah.
Irfan boleh dikatakan melakukan tactical error kali ini kerana terlalu mengharapkan direct football. Pemain Felda bermain dalam taktik ‘hantar kepada Forkey Doe’.
Verdict
Felda tidak bermain dalam potensi dan mentaliti yang sebenar. Mereka lebih fokus kepada negative football. Sayang sekali, kerana mereka ada kualiti yang baik secara teknikal.
Kelantan pula, ada masalah tumpul dan banyak membazrikan peluang di depan gol. Mereka juga ada isu gagal mempercepatkan keputusan dan tindakan. Mujurlah individual brilliance menyelamatkan 1 mata untuk mereka.
Man Of The Match
Wander Luiz (Kelantan)
Bila taktik gagal menghasilkan gol secara teamplay, maka individual brilliance daripada sesiapa sahaja ditagih. Luiz melakukannya pada kali ini.
Statistik
[table]
,Kelantan,Felda Utd.,
Penguasaan Bola,53%,47%,
Percubaan Gol,11,9,
Percubaan Tepat,6,5,
Sepakan Penjuru,6,6,
Offside,5,2,
[/table]
Baca juga: Analisis Taktikal Liga Super 2016 – JDT v Kelantan (1-0); Eksperimen Berani Popov Di Larkin!