Analisis Taktikal: Montella Dan Eksperimen 3-5-2

Montella musim ini drastik menukar formasi taktikal kepada 3-5-2. 6 perlawanan awal mereka musim ini, 2 kekalahan sudah mereka alami.

Falsafah taktikal Montella

Musim lalu, Montella menguruskan pasukan Milan yang jauh bezannya dengan kualiti pemain yang ada pada hari ini.

Milan berhadapan dengan krisis kewangan dan hanya mampu membawa masuk pemain seperti Lapadula ke dalam pasukan mereka. Namun aksi Milan pada awal musim lalu mengejutkan ramai pihak.

Kunci utama Montella musim lalu adalah 4-3-3. Beliau meletakkan pemain di posisi terbaik. Niang-Bacca-Suso memberikan impak yang besar di hadapan. Meskipun selepas itu Niang dan Bacca agak bermasalah.

Ia memberikan impak kepada pasukan Milan selepas itu.

3-5-2

Saya percaya, pembentukan 3-5-2 ini adalah kerana Bonucci. Montella mahu menggunakan kemampuan beliau untuk menjadi perancang daripada blok paling rendah di dalam padang.

Beliau masih menjadi pemain yang memiliki hantaran panjang dengan kualiti ketepatan yang tinggi di dalam Serie A.

Namun persoalannya, adakah 10 pemain lain terpaksa berkorban hanya untuk mendapatkan yang terbaik daripada Bonucci?

Legenda Juventus Alessio Tacchinardi pula menyatakan, AC Milan tidak akan dapat yang terbaik daripada Bonucci seperti di Juventus.

Ini kerana pemain di sekeliling beliau membuatkan beliau menjadi pemain yang hebat. Bonucci di Juventus tidak terikat sangat dengan tugasan pertahanan yang lebih lasak kerana ada Chiellini dan Barzagli.

Di tengah, Juventus membekalkan perlindungan yang kuat dengan pemain-pemain seperti Pogba, Vidal, Khedira dan ramai lagi. Jadi, Bonucci akan lebih ruang untuk melakukan hantaran dan merancang permainan.

Sistem permainan

Dalam perlawanan menentang Sampdoria pada Ahad lalu, Montella meletakkan ramai pemain yang kurang faham dengan peranan mereka dalam sistem 3-5-2.

Pemain seperti Suso diletakkan sebagai penyerang no.9 kembar. Dalam sistem 3-5-2 anda memerlukan no.10 untuk menghubungkan tengah dengan 2 penyerang di atas.

Dalam sistem Montella tempoh hari beliau meletakkan Biglia di tengah sistem tengah berlima. Adakah pemain itu sedang bermain no.10?

Secara posisi beliau seperti bermain pemain tengah biasa. Jika beliau diarahkan bermain no.10, maknanya Montella telah menurunkan pemain yang salah di posisi yang salah. Di mana Hakan Calhanoglu?

Ini adalah formasi Milan ketika menentang Sampdoria.

Terputus hubungan (disconnection)

Barisan tengah dan serangan terputus hubungan secara kritikal. Seperti yang saya nyatakan di atas, mereka tidak ada no.10. Ada 2 kemungkinan.

1. Ralat taktikal (tactical error)

Montella tidak mewujudkan sistem no.10 ataupun pemain yang boleh menghubungkan tengah dan serangan

2. Ralat teknikal (technical error)

Pemain diberikan tugas menjadi no.10 tetapi tidak mampu melaksanakannya dan berlaku kecelaruan posisi.

Ini adalah heatmpat ‘front 5’ (3 pemain tengah + 2 penyerang). Anda dapat melihat ‘lubang’ yang jelas di zon 14 kerana tiada kondutor ataupun ‘hole player’ di situ.

Saya fokus kepada Biglia kerana dia diletakkan di pusat tengah berlima. Ini adalah susunan posisi daripada laman rasmi AC Milan. Biglia di peranan tengah serangan itu.

Lihat pula kepada ‘heatmap’ beliau yang jelas dia berada di zon no.6.

Biglia dengan jelas sedang bermain no.6 di dalam sistem ini dan 2 pemain lagi Bonaventura dan Kessie juga tidak bermain lebih ofensif di kiri dan kanan beliau. Ini yang membuatkan ‘disconnection’ yang kritikal.

Bagaimana pula dengan Suso? Ini adalah ‘heatmap’ Suso yang sebenarnya bermain peranan ‘wide attacker’ dalam sistem yang memerlukan dia menjadi no.9. Suso adalah penyerang sayap dan dia sudah pastinya ada masalah menjadi penyerang utama no.9.

Garisan pertahanan tinggi

AC Milan jelas menggunakan sistem pertahanan bergarisan tinngi di dalam perlawanan ini. Namun masalahnya, mereka terlalu rapuh dan kerapkali ditewaskan di garisan tinggi.

Mereka tidak tenang (compose) ketika bertahan di garisan tinggi. Tenang maksudnya bukanlah lambat bertindak tetapi tenang dalam membuat keputusan.

Struktur pertahanan mereka dengan sistem ini tidak stabil dan rapuh. Pemain tidah tahu siapa yang harus mengejar pemain lawan atau pergi mematikan bola.

Ramai pemain gagal berlari sempurna kerana terlalu panik. Ini adalah gol kedua di mana Zapata terjatuh kerana gugup.

Ini ketika Bonucci gagal mengeluarkan bola di udara dalam keadaan pemain lawan tidak melompat.

Kemudian rakan beliau gagal mengeluarkan bola. Tapi yang ini memang agak sukar kerana bola itu melantun di hadapan beliau. Bola ditanduk kepada penyerang lawan di dalam kotak penalti dan ia menyebabkan gol pertama.

Mereka lambat untuk membentuk kepadatan (compactness) ketika bertahan. Banyak ruang di half-space yang terdedah.

Rumusan

Jika Montella melakukan eksperimen ini musim lalu, mungkin penyokong akan menerimanya. Tetapi kini penyokong mahukan keputusan segera.

Secara adilnya, Montella mungkin merasakan 10 perlawanan pertama adalah masa terbaik untuk beliau membentuk sistem permainan terbaik mereka.

Ini kerana, pasukan ini memang serba baru. Cuma di sudut penyokong, mereka mahukan keputusan, kerana pesaing mereka yang lain sudah mengorak langkah lebih baik.

Montella harus mengkaji banyak perkara untuk meneruskan sistem ini, Selepas ini lawan mereka adalah Roma. Menarik untuk melihat sama ada Montella dapat membuktikan yang pengkritik salah pada akhir musim nanti.

Apa pandangan anda? Dengan pasukan Milan yang ada sekarang, apa formasi terbaik yang anda cadangkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN