Pavel Nedved Keluar Daripada Persaraaan Untuk Sertai FK Skalna

Pavel Nedved keluar daripada persaraan beliau untuk menyertai kelab Republik Czech, FK Skalna pada usia beliau sudah 45 tahun.

Bekas pemain tengah Juventus ini bersetuju bermain untuk pasukan yang berpangkalan di tempat kelahirannya. Nedved akan bermain bersa-sama anaknya Pavel Junior dalam liga divisyen 7.

FK Skalna sebelum ini terpaksa menunggu kebenaran daripada Juventus kerana Nedved merupakan Timbalan Pengerusi Juventus.

Dikatakan satu rundingan dalam tempoh yang agak panjang terpaksa dilakukan. FK Skalna dalam kenyataan mereka menyatakan:

“Kelab kami dan Nedved telah mencapai persetujuan. Tapi tidak ada kontrak yang menyatakan Nedved akan bermain dalam satu musim kerana dia juga sibuk dengan tugasnya sebagai Timbalan Presiden Juventus.”

Juventus dilaporkan memberikan kebenaran khas untuk Nedved bermain bola sepak dan pada masa yang sama meneruskan kerjanya di Juventus.

Nampaknya, cinta Nedved kepada padang bola sepak sangat tinggi walaupun beliau boleh membeli kelab tersebut. Tidak pasti berapa gaji yang dibayar oleh Skalna kepada beliau.

Nedved hanya akan bermain di dalam perlawanan yang beliau ada kelapangan seperti yang sudah diperstujui.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN