Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL KAJIAN & FAKTA

Analisis Taktikal: Manchester United 4-2 Manchester City

Manchester United meneruskan rentak kemenangan mereka dengan kemenangan 4-2 ke atas jiran mereka, Manchester City.

Dengan kemenangan ini, Manchester United mengekori rapat Arsenal di tangga ke-3 liga. Manchester City pula semakin jauh ketinggalan daripada saingan merebut takhta liga dan kini berada di tangga ke-4.

Barisan kesebelasan Manchester United

Tiada kejutan daripada Louis van Gaal dalam pemilihan kesebelasan utama pasukannya. Ashley Young dipilih berbanding Angel di Maria di sayap kiri dan Juan Manuel Mata di sayap kanan. Wayne Rooney mengetuai jentera serangan sambil dibantu oleh deep-lying target man; Marouane Fellaini.

Barisan kesebelasan Manchester City

Manuel Pellegrini tampak seperti mahu mengeksploit kelemahan Danny Blind dengan meletakkan Jesus Navas yang laju di sayap kanan. Di sayap kiri, David Silva bertukar-tukar posisi dengan James Milner yang bermain di posisi no.10; di belakang Sergio Aguero.

Manchester United vs Manchester City - Football tactics and formations
4-5-1 vs 4-4-1-1

Formasi didefinisikan mengikut posisi pemain ketika mereka tidak mempunyai bola. Tanpa bola, Manchester United kelihatan seperti 4-5-1 yang normal. Fokus utama Wayne Rooney dalam perlawanan ini adalah membawa pemain-pemain tengahnya masuk ke zon final third; bukannya masuk ke kotak penalti untuk menjaringkan gol seperti Sergio Aguero. Ketika Ander Herrera dan Marouane Fellaini naik untuk menyerang, Michael Carrick melindungi Phil Jones dan Chris Smalling. Jadi ketika Manchester United mempunyai penguasaan bola, mereka seakan-akan bermain 3-5-2.

1

Manchester City pula lebih tradisional. Satu keunikan mereka adalah James Milner yang bermain di posisi no.10 dan akan bertukar-tukar posisi dengan David Silva di kiri. Tidak seperti Manchester United yang lebih intensif dalam pressing, City lebih pragmatik – lebih suka membiarkan Smalling dan Jones memegang bola supaya lebih banyak ruang ditinggalkan di belakang mereka untuk dieksploit oleh Aguero.

Taktik ini nampak berjaya cuma digagalkan oleh reaksi cemerlang David de Gea yang banyak keluar untuk melakukan clearance. Malah salah satu clearance de Gea ini sampai ke Fellaini dan secara tiba-tiba Manchester United dapat menyerang dan menghasilkan gol pertama mereka menerusi jaringan Ashley Young.

Battle of no.10

Tema utama perlawanan ini adalah keunikan dua pemain no.10 – Marouane Fellaini dan James Milner.

Kebiasaannya pemain midfield yang paling kreatif akan diletakkan diposisi no.10. Tetapi dalam perlawanan ini kedua-dua pasukan meletakkan dua pemain yang terkenal dengan kekuatan fizikal mereka di posisi no.10.

Work rate (kerajinan) dan stamina yang dimiliki oleh Milner membolehkan beliau membantu Toure dan Fernandinho ketika City kehilangan bola dan berpasangan dengan Aguero sebaik sahaja mereka mula menyerang. Malah Milner juga mampu bertukar-tukar posisi dengan David Silva sehingga mengelirukan Carrick dan Jones dalam build-up gol pertama City.

Fellaini pula lain gayanya. Ketika United menyerang, Fellaini akan menyerang far post a.k.a Pablo Zabaleta atau Gael Clichy. Jika United menyerang dari kiri (Young dan Blind) Fellaini akan menyerang Clichy. Jika Antonio Valencia naik untuk membuat hantaran lintang, Fellaini akan menyerang Zabaleta.

Gol penyamaan United terhasil selepas Fellaini menewaskan Zabaleta dalam perebutan bola di udara hasil clearance daripada de Gea. Gol kedua pula terhasil selepas Fellaini bergerak ke arah Clichy semasa build play antara Young dan Blind. Ketika Young melakukan hantaran lintang, Fellaini sudah menunggu untuk menewaskan Clichy.

Kesimpulan

Sejak Fellaini menemui posisi paling efektifnya, permainan Ashley Young pula semakin menyerlah. Ini bukan kebetulan. Fellaini memerlukan servis Young dan sebaliknya sehingga mereka berjaya mengetepikan Angel di Maria dan Falcao ke bangku simpanan. Apa yang menarik, United belum pernah kalah dalam 15 perlawanan Young bermula dalam kesebelasan utama. Jika ini berterusan, United akan mempengaruhi perjalanan bakal juara liga musim ini.

Baca: Kompilasi Reaksi Terbaik Peminat Di Twitter Untuk Manchester Derby 

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sumber gambar: Four Four Two Statszone, Getty Images, Sharemytactics