Manchester United menang 4-0 dalam aksi menentang Chelsea. Lampard cuba bermain dengan taktikal yang ofensif namun memakan diri. Kenapa? Nanti saya jelaskan. Untuk Manchester United, mereka ada pelan taktikal yang baik dan tidak emosi.
Analisis
Asas binaan
Dari segi platform taktikal, Manchester United tampil dengan 4-2-3-1 yang aktif membentuk 4-3-3. Begitu juga dengan Chelsea, tampil dengan 4-2-3-1 dengan 2 pemain sayap tidak selari (asymmetrical), Barkley lebih kepada pemain sisi, dan Pedro sebagai penyerang sayap.
Ini adalah penjelasan bagaimana Man. United berasaskan 4-2-3-1 dan membentuk 4-3-3 dengan serangan bertiga yang selari. Secara tak langsung, Lingard dan Rashford terus terputus rantaian dengan Pereira yang akan menjadi midfielder 3. Pogba bermain peranan box to box dengan baik dalam perlawanan ini.
Secara umumnya, kedua-dua pasukan bermain dengan sistem pivot kembar. Namun salah satu pivot sangat cepat terlibat dalam serangan iaitu, Pogba dan Kovacic.
Chelsea pantas tetapi kualiti produk akhir tiada
Lampard menyatakan pasukannya bermain sangat baik terutama untuk tempoh 45-60 minit pertama perlawanan. Saya setuju. Chelsea menamatkan saingan dengan lebih penguasaan bola, lebih peluang gol, lebih percubaan ke arah gol dan lebih sepakan penjuru.
Chelsea menggerakkan bola dengan sangat baik terutama sekali di tengah. Pemain muda mereka, Mason Mount adalah konduktor penting yang menghubungkan 2 garisan (tengah dan serangan).
Namun ‘link’ para pemain Chelsea dengan Tammy Abraham sangat lemah, termasuk Mason Mount sendiri sukar untuk lebih terhubung dengan Abraham.
Mason Mount can take heart from his Chelsea debut.
He picked up good positions in between the lines which led to him creating 4 chances- 2nd most on the pitch
Off-the-ball,he also showed he can press as Lampard wants,winning the ball 8 times in Man Utd’s half- most on the pitch pic.twitter.com/f6ew4ZkEWK
— Premier League Panel (@PremLeaguePanel) August 11, 2019
Mount mencipta 4 peluang gol dalam perlawanan ini, kedua terbanyak di belakang Pedro.
Pemposisian beliau sangat baik. Beliau aktif beroperasi di belakang pertahanan dan mencipta ruang.
Mount adalah masalah utama United di ruang ‘poket’ ataupun ‘between the lines’.
United menyakitkan Chelsea dengan serangan balas
Perkara yang sangat jelas dalam perlawanan ini adalah ketajaman serangan balas United. Ianya klasik Manchester United yang kita kenali dahulu.
Chelsea pula sangat tidak kompak ketika bertahan. Paul Pogba menjadi pivot penting dalam beberapa gerakan serangan balas dan beliau mencipta 2 ‘assist’ dengan ‘killer pass’ yang sangat ‘jahat’.
Selain itu, kita harus lihat juga kelemahan Chelsea ketika bertahan. Frank Lampard mengarahkan para pemainnya untuk berani segera naik ke atas memenuhkan (overloading) kawasan serangan. Namun ketika diserang balas, masalah Chelsea adalah, mereka lemah mematikan serangan balas, sama ada dengan ‘track back’, ‘recovery’ berkesan mahupun pilihan terakhir melakukan faul.
Azpilicueta dan Emerson sangat ofensif. Bahkan Emerson sendiri mencipta 2 percubaan tepat yang sangat bahaya. Namun ketika diserang balas, ruang di belakang Emerson dan Azpilicueta adalah lubuk utama serangan United.
Seccara teknikalnya, Emerson dan Azpilicueta tak akan mampu mengejar Lingard dan Rashford apabila 2 pemain ini berada di hadapan mereka.
Dalam keadaan seperti ini, amat penting untuk 2 pemain sayap Chelsea untuk membantu 2 bek sisi yang cuba beroperasi di kawasan tinggi. Chelsea gagal bertahan secara unit dengan lebih baik. Kemalasan Pedro dan kehilangan arah oleh Barkley ketika ‘track back’ ibaray loteri kepada United.
Jorginho sukar memberikan perlindungan kepada pertahanan akhir kerana United cepat membentuk 4 vs 3 dan juga 3 vs 3 serta beberapa situasi yang membuatkan Chelsea tiada kelebihan secara ‘numerical’.
Situasi ini adalah penjelasan kepada ruang yang terbiar di belakang Azpilicueta/Emerson dimanipulasi. Lampard berkata, pasukan mereka melakukan 4 kesilapan individu atau teknikal untuk 4 gol United. Gol pertama sah kesilapan individu kerana ia penalti.
Gol kedua ini, secara taktikal mereka diserang. Tetapi situasi ini dineutralkan kerana ketidaktajaman Rashford dalam hantaran akhir. Tetapi kenapa ia tetap gol? Ya, kerana kesilapan teknikal pemain.
Pertahanan United
Aspek paling diperbaiki United kali ini adalah pertahanan. Mereka wajar diraikan sama dengan kejayaan mendapat 4 gol. Tak hairanlah Harry Maguire dipilih pemain terbaik perlawanan walaupun Paul Pogba sangat cemerlang.
Maguire tenang dalam mengawal bola di belakang, tidak panik ketika ditekan. Beliau banyak menghantar bola kepada rakan dengan baik tanpa perlu bergegas melambungkannya. Ini yang membuatkan United mudah mengitar semula bola kepada serangan.
Wan Bissaka sangat agresif ketika bertahan. Seterusnya, Pogba dan McTominay memberikan perlindungan yang baik kepada pertahanan. Ketika serangan balas, Pogba memiliki visi yang luar biasa untuk melancarkan hantaran.
100% final third pass accuracy
100% aerial duels won
86% pass accuracy
6 tackles won
3 interceptions
0 fouls committed
0 goals concededAaron Wan-Bissaka made his presence known on his Old Trafford debut ? pic.twitter.com/5UQwLfFg8L
— utdreport (@utdreport) August 11, 2019
Rumusan
Harus diakui Chelsea pasukan yang sangat baik ketika menguasai bola, namun mereka sangat lemah ketika diserang balas. Ini berbeza dengan United yang sangat tajam dengan peluang yang kurang daripada Chelsea. Man. United sangat stabil mematikan ancaman Chelsea.
Oleh itu, jelas sekali Man. United bersedia dengan taktikal mereka dan lebih baik untuk menjangkakan taktikal lawan. Persedian Chelsea seakan-akan mereka terlalu fokus kepada corak taktikal mereka dan kurang antisipasi ke atas apa yang lawan mereka akan lakukan.
Chelsea masih menunggu beberapa pemain utama mereka kembali cergas. Namun seperti kata Lampard, 4-0 tidak sepatutnya berlaku kerana ia tak menggambarkan kualiti pasukan mereka dalam perlawanan ini.
Manchester United membunuh perlawanan pada kedudukan 3-0 dan Chelsea kelihatan lebih bergelut kerana tahu bahawa hari tersebut bukan milik mereka. Segalanya sukar dijangkau. United memastikan Chelsea lebih merana dengan gol ke-4, juga menerusi serangan balas.
Chelsea tumpul di hadapan gol. Dalam bola sepak, terkena tiang ataupun palang dikira percubaan tidak tepat. Dan ia kategori tumpul. Seterusnya ketika serangan balas, United lebih laju dan tajam (precise). United lebih baik dalam mengawal bola dengan gelecekan.
Chelsea pula agak lambat untuk mengatasi pertahanan Man. United dan kerap melakukan keputusan lemah serta hilang bola di kawasan penyudah.
Chelsea mencipta banyak peluang, namun variasi ciptaan peluang mereka perlu dipelbagaikan. Banyak peluang mereka hadir daripada percubaan luar kotak penalti dan juga hantaran lintang. Permainan kombinasi perlu diperbanyakkan lagi. Dalam perlawaan ini, Manchester United lebih baik permainan kombinasi.
Tahniah kepada Manchester United. Dan Lampard pasti akan menggariskan isu ruang antara pemain tengah dengan bek berempat dalam sesi latihan mereka akan datang.
Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA
Paul Pogba (Manchester United)
♦️Paul Pogba 🆚 Chelsea
🛡️100% tackle success
🔄77.4% pass accuracy
🎯4 key passes
🅰️2 assists"Paul can do everything a midfielder can."
Ole Gunnar Solskjaer hailed @PaulPogba's performance in the dismantling of Chelsea. #mufc pic.twitter.com/sP34fsTBvX
— Man United News (@ManUtdMEN) August 12, 2019