Analisis Taktikal: Struktur Manchester United Lebih Stabil Daripada Celta Vigo

Manchester United membawa bekalan kemenangan 1 gol berbalas 0 dari tempat lawan dalam separuh akhir pertama UEL. Gol kemenangan United dijaringkan Marcus Rashford

Kedua-dua pasukan turun dengan formasi 4-3-3. Daley Blind dan Eric Bailly bergandingan di bek tengah untuk Manchester United.

Manchester United menyerang dari kiri

Dalam perlawanan ini, Manchester United lebih memfokuskan untuk menekan pihak lawan dari arah kiri. Ini kerana adanya Mkhitaryan yang sangat baik ketika dengan bola.

Lihat heatmap oleh trio serangan Manchester United di bawah ini:

Pada masa yang sama mereka mengarahkan Rashford untuk turun ke bawah sedikit dan mencipta ruang kepada 2 pemain di sisi beliau (Mkhitaryan dan Lingard).

Posisi dan corak hantaran dominan pada separuh masa pertama

Sistem ini adalah floating no.9 yang mirip kepada sistem 9 jadian. 2 pemain pengapit Rashford di bahagian serangan akan cuba mengeksploitasi ruang di half-space.

Berlaku perubahan posisi yang fluid di antara ketiga-tiga penyerang United untuk memastikan mereka tidak terlalu statik dan cuba menggunakan sebaik mungkin mobiliti yang ada pada 3 penyerang itu.

Fellaini juga memainkan peranan penting untuk membantu mereka di dalam kotak penalti ataupun di luar kotak penalti untuk memenangi bola di udara.

Pemain Celta jelas tidak mampu bersaing dengan Fellaini untuk bola tinggi. Fellaini cemerlang menang 8 daripada 12 duel. Fellaini walaupun tidak laju tetapi dia progresif untuk bergerak.

Paul Pogba berjaya bermain dengan sangat baik di tengah. Menjadi pemain penting dalam circulation untuk United. Beliau melakukan 82% hantaran tepat.

Celta Vigo kompetitif tetapi buntu di final third

Dalam kedua-dua separuh masa, Celta Vigo adalah pasukan yang lebih baik dengan jumlah hantaran bola. Ini membuktikan mereka ada kualiti yang baik untuk menyaingi pasukan besar.

Mereka memang pasukan yang gemarkan perlawanan besar. Anda pasti tahu rekod mereka sepanjang musim ini berhadapan dengan pasukan seperti Barcelona dan Real Madrid.

Celta banyak mencipta peluang, terutama sekali pada separuh masa pertama namun penyudah mereka sangat lemah.

Mereka jelas ada isu dengan duel fizikal. Mereka bergantung kepada ruang yang dibuka oleh United. Namun Jose Mourinho tidak memberikan ruang selesa itu lagi pada separuh masa kedua.

Ini satu lagi gerakan yang menghasilkan cubaan bahaya dalam keadaan Celta Vigo bergerak di ruang yang sangat kecil.

Namun disiplin pertahanan United sangat baik dalam perlawanan ini. Mereka menutup ruang dengan baik secara keseluruhannya. Mendesak Celta banyak berpatah balik (fall back) kerana buntu.

United akan cuba mengenakan pressing segera kepada opsyen lawan. Membuatkan Celta kerapkali melakukan hantaran ke belakang atau ke sisi yang tidak penetratif. 178 hantaran ke belakang terpaksa dibuat oleh Celta.

Isu kreativiti Celta Vigo

Tidak dinafikan mereka mencipta beberapa peluang. Namun mereka perlu meningkatkan lagi aspek variasi dalam hantaran akhir mereka.

Sisto terlalu predictable apabila bola di kaki beliau, dia akan melakukan cut inside and shoot. Harus diingat, Manchester United berjaya mengatasi ancaman seperti ini ketika menentang Chelsea.

Apa yang United lakukan adalah meletakkan seorang pemain di half-space.

Lihat pula pergerakan Hererra apabila bola dihantar kepada Sisto.

 

Rumusan

Manchester United bermain sangat baik di bahagian pertahanan dan tengah. Mereka patut boleh menang dengan lebih 1 gol. Namun penyudah mereka dalam permainan terbuka agak menghampakan.

Kredit juga kepada penjaga gol Celta yang cemerlang dalam perlawanan ini secara keseluruhannya. Tetapi United ada 4 clear cut chances pada separuh masa pertama yang gagal disudahkan.

Untuk Celta Vigo, mereka harus memikirkan taktik untuk memecahkan ruang yang diketatkan oleh United dengan sistem yang kompak.

Iago Aspas kurang efektif dalam perlawanan ini dan banyak gerakan berpusat pada Sisto.

Secara organisasi, Manchester United bermain sangat baik cuma execution perlu diperbaiki.

Walaupun kalah, Celta Vigo tetap memnunjukkan mereka masih pasukan yang berpotensi untuk mencipta sesuatu dalam fasa ini.

Pemain terbaik

Paul Pogba (Man. United)

Mungkin ramai akan memilih Rashford. Tetapi bagi saya sebagai pemain dalam pasukan, Pogba memberikan lebih nilai kepada unit tengah United.

Membolehkan Fellaini melakukan kerja untuk naik ke atas walaupun pemain itu lambat untuk turun kerana kelajuan yang rendah pada beliau.

Namun Pogba adalah pusat / core kepada sistem United di tengah. Mampu meneutralkan gerakan dan tempo lawan serta mengubah arah bola dengan efektif.

Pogba juga banyak melakukan hantaran bahaya tetapi rakan beliau di blok atas kadangkala agak mengecewakan.

Jadi, Pogba adalah MOTM, Rashford adalah matchwinner.

Baca juga: Analisis Taktikal: Barcelona Lebih Banyak Pelan Taktikal Berbanding Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN