Forkey Doe Dicekup Polis Kerana Miliki Kereta Klon

Berita ini sangat mengejutkan kami. Macam mana boleh berlaku?

Pemain import pasukan Selangor iaitu Forkey Doe telah pun ditangkap oleh pihak polis kerana didakwa memiliki kereta curi.

Menurut laporan Harian Metro, Forkey Doe ditahan di bandar Bandar Puteri Puchong selepas dikatakan memiliki kereta jenama BMW versi klon.

Mengikut sumber, penyerang asal Liberia itu ditahan sekitar jam 5 pagi tadi.

Beliau dikatakan ditahan selepas kereta BMW model 325i yang dibawa beliau mempunyai nombor pendaftaran palsu.

Malah nombor casis beliau juga tiada dalam senarai rekod yang disimpan oleh Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ).

Forkey Doe bersama kereta BMW beliau.

Forkey Doe kini ditahan reman oleh pihak PDRM daerah Serdang untuk beberapa hari untuk membantu siasatan pihak polis.

Forkey Doe bakal disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 29(1) Kanun Keseksaan.

Hasil dari tahanan reman ini, Forkey Doe bakal terlepas perlawan Selangor menentang Sarawak di Stadium Negeri, Kuching pada minggu ini.

Perlawanan bakal dilangsungkan pada jam 8.15 malam pada hari Selasa – 9 Mei 2017.

Baca juga: Maradona: “Jika Napoli Mahu Saya Jadi Pengurus Mereka, Saya Bersedia!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN