Analisis Taktikal: Malaysia Tidak Penetratif Dan Struktur Lemah

Malaysia berkunjung ke Hong Kong untuk perlawanan ke-3 bagi misi kelayakan Piala Asia 2019. Skuad Malaysia tewas 2-0 di dalam perlawanan yang berintensiti sederhana.

Permulaan

Malaysia turun dengan formasi 4-3-3 dengan pendekatan 9 jadian. Ramai yang teruja menyebut ini formasi unik 4-6-0. Tenang! Ia adalah 4-3-3 dengan false no.9.

Banyak sudah pasukan di dunia ini menggunakan formasi yang dipanggil 4-6-0 ataupun tanpa penyerang tulen ini.

Arsene Wenger musim lalu dengan Alexis Sanchez, Klopp dengan Roberto Firmino, dan beberapa minggu lalu, Chelsea dengan Hazard (3-7-0?). Tetap juga Chelsea dipanggil menggunakan 3-5-2 dengan 2 false no.9. Jangan pening.

Hong Kong pula turun dengan formasi yang lebih kepada 4-3-3 di dalam perlawanan ini. Namun fokus analisis saya kali ini kepada Malaysia.

4-3-3 dengan 9 jadian Malaysia longgar

Dalam mana-mana sistem yang menggunakan sistem false no.9. Ianya adalah untuk meramaikan unit pemain di tengah dan kemudiannya pemain 9 jadian ini perlu bijak membuka dan mencipta ruang.

Dalam perlawanan ini, sang 9 jadian itu adalah Safiq Rahim. Tidak ramai pemain daripada nombor selain no.10 boleh bermain no.9 jadian.

Kekecualian adalah kepada Cesc Fabregas yang tipikal no.4 ataupun 8. Beliau berjaya menjadi false 9 yang bisa ketika pelan kecemasan Sepanyol menunggu Torres dan Villa cergas.

Dalam perlawanan ini, sukar untuk menyalahkan Safiq Rahim seorang. Kerana struktur pasukan Malaysia untuk taktikal ini lemah.

Ketika beberapa fasa Safiq Rahim dengan bola ataupun tanpa bola, beliau bermain seperti no.10 ataupun no.8 yang biasa. Tidak ada ancaman yang jelas dari segi ruang mahupun mencipta ruang.

Beliau bermain dalam formasi strikerless dari aspek taktikal bermaksud tanpa no.9 tulen bukannya bermain dalam taktikal yang tiada penggempur utama.

Apa yang berlaku, kita bukan strikerless secara leksikon. Sebaliknya, kita srikerless kerana false no.9 kita tidak tahu nak buat apa. Kita langsung tiada penyerang utama di zon serangan paling atas.

Di posisi kiri dan kanan, Safawi dan Syazwan Zainon juga tidak bermain dalam sistem sayap yang bermain dalam sistem 9 jadian.

Ini adalah model asas bagaiman false no.9 dalam sistem Barcelona dengan Lionel Messi. Messi turun ke bawah dan 2 pemain sayap akan sedia untuk memecah masuk ke dalam kotak penalti.

Anda lihat klip di bawah ini, bagaimana Safiq Rahim sebenarnya bermain seperti posisi biasa beliau. Itu bukan false no.9. Dia turun terlalu ke bawah dan tidak penetratif ketika menyerang.

Masalah sama tidak diperbaiki

Isu kreativiti terus menjadi perkara yang gagal diperbaiki oleh skuad Malaysia. Syazwan Zainon berlari laju di sayap kiri dan kemudiannya melakukan hantaran ke belakang. Tiada hantaran pembunuh di dalam perlawanan ini.

Safawi Rasid seperti mencari rakannya yang hilang di stadium. Tiada impak dalam perlawanan ini. Terlalu banyak hantaran ke belakang dan ke sisi tanpa ada ancaman pada masa tertentu.

Jom belajar daripada gol ini. Anda perhatikan bagaimana 1 hantaran dari belakang mematikan (eliminating) 6 pemain di zon tengah.

Dan hantaran ke belakang Mbappe adalah untuk mencipta ruang kepada dirinya. Neymar menerima bola kerana ruang yang besar. Dan kemdian melakukan hantaran pembunuh (killer pass)

Dalam contoh di atas, saya ingin beritahu, aliran bola tidak mati. Hantaran ke belakang Mbappe itu tidak pasif, ia aktif dan mencetuskan ancaman.

Lihat situasi ini, segalanya tidak ada tujuan yang jelas untuk menyerang. Hantaran yang dilakukan pasif dan neutral.

Masalah seterusnya adalah pertahanan. Dalam perlawanan ini, Malaysia bertahan dengan sistem zonal marking.

Saya bukanlah nak kata, kita perlu ada pertahanan berkelas dunia. Tetapi saya menggariskan isu, kegagalan mematikan ancaman lebih awal.

Dengan sistem so-called false 9 ini. Unit tengah itu ramai. Biasanya pasukan yang bermain dengan sistem ini akan mengenakan tekanan segera.

Ada banyak pasukan dengan false 9 menggunakan tekanan intensif di garisan tinggi. Malaysia gagal melakukan tekanan secara unit.

Mereka cuba turun segera bertahan di zon paling rendah. Tetapi masalahnya, isu kompak itu tidak dititikberatkan.

Ini adalah bagaimana mereka memberikan ruang sebesar alam di zon tengah. Tidak pasti sama ada ini adalah pressing di garisan atas kerana pemain kelihatan cuba melakukan tekanan/pressing tetapi tak agresfi.

Ataupun mereka cuba membentuk pertahanan kompak? Lihat pula ruang yang mereka buka.

Seterusnya adalah aspek pertahanan di half-space. Ia terus menjadi masalah kepada Malaysia. Pemain bek tengah dan bek sisi tiada kefahaman yang jelas apabila diserang di half-space.

Penilaian

Segalanya serba tidak menjadi sama ada dengan adanya 11 pemain atau 10 pemain. Pada fasa 10 pemain, kita seharusnya menggandakan usaha.

Dalam perkongsian Arsene Wenger musim lalu, kenapa Arsenal boleh menang beberapa perlawanan dengan 10 pemain?

Beliau menyatakan, dengan 10 pemain, satu pasukan akan menggandakan usaha untuk menutup kekurangan seorang pemain.

Namun dalam kem Malaysia semalam, dari minit pertama sehingga ke-90, pendekatan pemain adalah sama. Kemasukan Wan Zack Haikal boleh dikira menambahkan sedikit kesegeraan (urgencies) itu.

Hong Kong bukanlah bermain bola sepak yang intensif dan bertaktikal kompleks. Tetapi masalahnya sekarang pasukan kita gagal memberikan cabaran kepada mereka.

Banyak kerja rumah untuk Vingada dan kesemua pemain-pemain Malaysia.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan yang kad merah seperti itu sepatutnya boleh dielakkan jika pemain-pemain di negara kita sedar akan hakikat stamping itu adalah kesalahan yang tidak boleh diterima.

3 kad amaran berturut-turut dalam masa 5 minit termasuk kad merah minit ke-39 itu membuktikan pemain-pemain kita perlu menguatkan aspek mentaliti mereka juga.

Keras atau tak stamping itu tetap kad merah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN