Permulaan
Perak memulakan perlawaan dengan 4-3-3. Weigang masih memberikan kepercayaan kepada Fazrul Hazli sebagai penggempur utama.
JDT pula masih turun dengan formasi kegemaran Gomez 4-4-1-1. Kedua-dua belah sayap diletakkan Azamuddin Akil dan Azinee Taib. Safiq Rahim menjadi no.8 dalam perlawanan ini.
JDT Bermula Dengan Intensif Tinggi
JDT memulakan perlawanan ini dengan tekanan yang baik. Mereka melancarkan serangan awal dan mendesak pemain-pemain Perak untuk stay deep.
Tekanan JDT banyak mencipta peluang namun gagal disudahkan kerana mereka dihalang oleh unit pertahanan Perak yang ramai dan keadaan agak sesak.
Walaubagaimanapun, JDT masih boleh dikira kreatif untuk cuba memecahkan blok rendah ini. Kemudia, JDT mendapat gol kerana kesilapan individu Fikri yang melepaskan bola di kawasan sendiri.
Gol pertama mereka muncul pada minit ke-15. Dalam anatomi gol mereka, Azinee Taib adalah asas penting kepada gol ini.
Perak Lemah Dalam Menyudahkan Counter Attack Dan Kurang Kreatif
Dalam analisis perlawanan menentang Kelantan, salah satu isu utama JDT adalah kelemahan Safiq Rahim dalam membantu pertahanan.
Beliau kerap membiarkan Harris Harun terlalu bersendirian melindungi back 4. Dalam perlawanan ini, isu yang sama muncul, tetapi Perak amat lemah menewaskan mereka apabila organisasi di zon no.7 dan no.5 terpecah.
Antara isu Perak adalah, pemain lambat membuat keputusan. Dalam gambar di bawah, saya berikan sampel kegagalan Perak.
Masalah ini beterusan sehingga ke akhir perlawanan. Perak harus memperbaiki isu teamplay. Ini kerana banyak sangat keadaan mereka cuba bersaing secara teknikal dengan JDT.
Apabila tiba ke aspek teknikal, JDT sukar ditewaskan kerana mereka ada pace yang lebih baik di kedua dua sektor sayap. Tempo permainan mereka agak kurang lancar.
Seterusnya adalah isu kreativiti berhadapan dengan organisasi pertahanan yang compact. Pemain-pemain Perak kali ini ada isu dengan kreativiti walaupun sebelum ini mereka berjaya membuktikan isu ini sudah semakin diperbaiki.
Perak harus lebih berani untuk memecahkan tight area seperti yang mereka lakukan sebelum ini. Perak kerap gagal memecahkan kawasan tengah dan beralih ke kawasan wide kerana pasrah dan tidak ada keyakinan.
Bila berada di sayap, mereka hanya ada option untuk melakuka hantaran lintang dan peratusan untuk target man mereka menewaskan pertahanan JDT agak minima.
Isu Pertahanan Perak
Ada 2 fasa penting dalam pertahanan Perak. Pertama adalah cara mereka bertahan pada separuh masa pertama. Perak seakan akan menggabungkan zonal marking dengan man marking.
Ia adalah konflik kepada taktikal bertahan. Hanya Thiago Junior dilihat aktif melakukan man marking ke atas Lucero.
Dalam keadaan ini, JDT memanipulasi ruang apabila pemain seperti Diaz bergerak dan menggunakan ruang di zon penting apabila Thiago menjejak Lucero.
Pada separuh masa kedua, Perak bertahan dengan lebih baik. Mereka lebih zonal marking dan memansuhkan sitem dual defending style.
Pemain lebih agresif mematikan ancaman awal dan lebih komunikasi. Hasilnya, JDT sukar untuk menewaskan mereka.
Perlawanan Banyak Berlegar Di Tengah
Kedua dua pasukan banyak bermain dengan bolasepak yang lebih fizikal dalam perlawanan ini. Ia menjadikan permainan agak tersekat banyak di center area.
Hanya counter attack yang akan memecahkan keadaan ini. Boleh disimpulkan perlawanan ini agak tight di bahagian tengah.
JDT pula semakin hilang cengkaman di bahagian sayap, apabila Azamuddin dan Azinee Taib mulai merosot dalam perlawanan ini.
Konflik pada Azinee lebih kepada, kerana corak permainan Fazly Mazlan dan Diaz. Diaz mulai lebih selesa berada di half-space kiri dan Fazly Mazlan agak advance di side back.
Berbeza di sebelah kanan, Kunanlan tidak terlalu advance dan cuma akan bergerak ke high wide area apabila Azamuddin memberikan lesen dan masuk ke dalam. Namun aksi Azamuddin terus merosot kerana terlalu banyak melakukan touches selepas itu.
Verdict
Ia bukanlah pertarungan taktikal yang sebenar. Kedua dua pasukan lebih bertarung secara teknikal. Perak cuba melakukan perubahan pada separuh masa kedua namun JDT sudah berada dalam pelan yang lebih defensif.
JDT menghukum aksi pertahanan gugup oleh Perak pada awal separuh masa pertama dan Perak gagal membalasnya untuk baki 75 minit lagi.
Perak ada masalah dengan tempo dan pace dalam kerangka permainan berpasukan. Pemain terlalu banyak melakukan touhes dan lambat membuat final passes.
Man Of The Match
Baca juga: Analisis Taktikal Liga Super 2016 – JDT v Kelantan (1-0); Eksperimen Berani Popov Di Larkin!