Analisis Taktikal Liga Super 2016 – JDT v Kelantan (1-0); Eksperimen Berani Popov Di Larkin!

Sekarang atau tidak langsung! Mungkin itulah yang ada dalam fikiran Popov yang sekali lagi menggunakan sistem back 3. Mereka menghadapi pasukan yang tidak ada tanda-tanda untuk dikalahkan buat masa ini, JDT.

Permulaan

Mario Gomez mengekalkan formasi kegemaran beliau 4-4-1-1. Namun di sayap kanan beliau menggunakan Azammuddin Akil. Kelantan pula bermula dengan 3-5-2. Mereka menggunakan Brendan Gan dan Wan Zack Haikal di Center Attacking Midfielder di atas Gomis.

Taktikal 3-5-2 Popov

Saya jelas tertarik dengan keingingan Popov yang mahukan pemain beliau bermain dengan cara lebih taktikal. Pada separuh masa pertama perlawanan ini lebih taktikal daripada kedua dua pasukan.

Antara perkara yang dilakukan Kelantan pada malam tersebut adalah cuba melakukan build up melalui penjaga gol. Namun jelas sekali penjaga gol dan back 3 Kelantan tidak memiliki cukup keyakinan dengan bola.

Ini memberikan kesan kepada build up serangan mereka dari belakang.

5

3

Seterusnya adalah, isu chain of 5 ketika bertahan. Mereka kerap ada masalah di sebelah kanan walaupun sektor kiri dan tengah boleh dikatakan agak baik.

Isu yang ketara adalah, Daudsu tidak komprehensif di wingback kanan. Beliau kerapkali tidak berada dalam organisasi chain of 5 bila penguasaan di kaki JDT.

Lihat berberapa contoh di bawah bagaimana Daudsu gagal memahami peranan wingback dalam sistem 3-5-2 yang akan bertahan dengan rantaian berlima.

4

2

8

Masalah ketiga Kelantan adalah kegagalan Brendan Gan dan Wan Zack Haikal untuk memberikan servis kepada Luiz dan Ilijoski.

Ilijoski banyak berjuang sendiri dalam perlawanan ini. Dengan wingback Kelantan yang kurang efektif ketika menyerang, Popov jelas mahukan lebih pengaruh di bahagian dengan dengan banyak serangan adalah dari tengah.

Kualiti Johor Darul Ta’zim Dengan 4-4-1-1

Taktikal yang berkali kali saya sudah ulas. Mereka akan cuba memenuhkan (overloading) kotak penalti dengan extra man melalui pemain tengah.

Masih belum ada pasukan yang benar benar efektif menghalang taktikal Gomez ini. Kelantan banyak kali bocor di halfspace terutama sekali di kanan.

Rajah di bawah adalah bagaimana set-up pasukan JDT ketika melancarkan taktik ini. Mereka menghantar Azinee dan Alex untuk masuk ke narrow area.

Ketika ini, Fazly Mazlan dan Kunanlan akan bermain di wide area.

jd

JDT boleh dikira kurang bernasib baik pada separuh masa pertama untuk tidak masuk ke bilik rehat dengan 1 atau 2 gol.

Jika dilihat kepada skema JDT ketika melancarkan tekanan tinggi ke atas Kelantan, mereka pada malam tersebut kelihatan ada sedikit masalah dengan ruang di sekitar Harris Harun yang terlalu besar.

Cuma masalah pasukan Kelantan adalah, counter attack mereka tumpul dan tidak mampu memanipulasi ruang itu sebaik baiknya. Safiq Rahim kerap gagal untuk turun membantu Harris di tengah.

Analisis Gol Kemenangan JDT

Pada awalnya Kelantan membuka half space dan pemain JDT berada di ruang selesa. Dalam bertahan dengan back 3 atau chain of 5, half space adalah ruang yang paling mustahak untuk dipertahankan.

g1

Seterusnya, Khairul Fahmi melindungi near post dan ia memang biasa dilakukan penjaga gol. Ini kerana Azamuddin berpotensi melakukan cubaan terus. Pada ketika ini, kawalan ke atas pemain JDT mulai longgar.

Pertahan Kelantan hilang fokus. cuma ada 2 pemain JDT yang benar benar aktif di dalam box.

g2

Kemudian, yang agak pelik adalah Khairul Fahmi membuka near post beliau. Ia mungkin kerana beliau cuba melakukan direct block kepada hantaran lintang Azamuddin.

Saya tak pasti apa yang dia cuba lakukan. Kebiasaannya, penjaga gol akan kekal di near post dan bersedia dengan sebarang potensi hantaran lintang bukannya agresif mahu mematikan bola. Ini kerana Azamuddin sudah semakin jauh ke byline.

g3

Ini adalah fasa paling penting. Azamuddin mencipta kemungkinan dalam keadaan yang sukar. Pada saat Khairul Fahmi sudah ditarik perhatian ke byline.

Azamuddin melakukan cross dari keadaan sukar dan pertahanan Kelantan berada dalam organisasi yang agak kucar kacir. Tidak ada pemain yang benar benar melakukan marking ke atas Lucero mahupun Diaz.

g5

Verdict

Kemenangan JDT kali ini agak sukar kerana mereka banyak mensia-siakan peluang dan gagal membunuh perlawanan ketika berberapa aksi pertahanan gugup oleh pasukan Kelantan.

Untuk Kelantan, kredit kepada mereka kerana cuba bermain sedaya upaya dengan sistem yang lebih formatif. Kelemahan mereka adalah, tidak mempunyai pemain yang betul di sektor penting. Chain of 5 mereka tidak stabil di sebelah kanan.

Wan Zack Haikal dan Brendan Gan masih tercari-cari cara bermain sistem ini dengan karakter box to box. Namun saya tetap mengatakan ia cubaan yang berani.

Wan Zack Haikal adalah wide player yang mungkin harus belajar untuk bermain di kawasan lebih narrow. Mungkin kehadiran Wan Zahrulnizam selepas ini akan memperbaiki sistem ini di tengah.

Brendan Gan sebenarnya boleh bermain sebagai attacking midfielder kerana itu memang posisi asal beliau. Cuma pada kali ini beliau agak hilang fokus untuk bermain dengan lebih yakin.

Pemain-pemain Kelantan harus memperbaiki isu ketika on ball. Mereka perlu lebih yakin dan selesa dengan bola untuk bermain sistem Popov ini. Itu tidak berlaku.

Khairul Fahmi sendiri kelihatan tidak yakin dengan diri sendiri untuk bermain lebih banyak dengan bola.

Diharapkan pemain pemain Kelantan berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan ketidakfahaman mereka tentang 3-5-2 yang sistematik. Namun tidak pasti Popov akan mengekalkan sistem ini. Mungkin juga ia sistem sementara?

Untuk JDT, ia adalah rutin kemenangan untuk mereka. Walaupun jelas mereka ada isu dengan stamina ketika berpatah balik untuk bertahan selepas overloading final third.

Tahniah untuk JDT yang terus mendahului persaingan liga dan meneruskan rentak kemenangan.

Man Of The Match

Jorge Pereyra Diaz (JDT)

download

Baca juga: Analisis Taktikal Final Piala FA 2016: JDT 2-1 PKNS

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN