Analisis Taktikal Liga Super 2016: Konflik Zonal & Man Marking Hukum FELDA United

Felda United v JDT (2-3)
Liga Super Malaysia

24 Ogos 2016

Dalam analisis kali ini, saya ingin memberikan penekanan kepada perubahan attitude dalam taktikal Gomez.

Turut menarik untuk dibincangkan adalah kegagalan taktikal Irfan Bakti walaupun beliau berjaya memberikan tekanan yang kuat kepada JDT.

4-4-1-1 JDT

Mario Gomez terkenal dengan taktikal yang memenuhkan (overloading) kotak penalti lawan. Namun dalam perlawanan ini, pendekatan itu dikurangkan.

Penekanan untuk bermain lebih defensif juga dilakukan ke atas 2 bek kiri dan kanan JDT. Fazly Mazlan dan S. Kunanlan tidak terlalu naik menyerang pada separuh masa pertama dalam perlawanan ini.

Kualiti Jorge Diaz pula sangat ditagih dalam pendekatan ini kerana pemain-pemain JDT lebih disiplin ke atas zon masing-masing. Beliau adalah penggerak utama bola untuk JDT dalam perlawanan ini.

Beliau turun sehingga ke bawah untuk menerima bola di kawasan bawah dan menggerakkannya dengan segera. Ternyata Diaz pemain yang sangat bertenaga dan berstamina tinggi.

1

Tekanan JDT dalam perlawanan ini bergantung kepada kepantasan untuk mendapatkan produk akhir. Pemain cepat untuk bertindak dengan kelajuan dan tempo yang tinggi.

Hanya Diaz yang banyak memegang bola, namun ia bukan masalah. Ini kerana Diaz sangat efektif dan berkualiti dalam aspek memegang bola.

JDT menghantar bola cepat ke dalam kotak penalti. Mereka akan cuba untuk melakukan penyudah segera. Ini membolehkan mereka mendapatkan sesuatu daripada bola kedua (second ball). Pertahanan Felda cepat panik bila berdepan dengan ancaman Diaz.

Gol pertama JDT adalah kerana usaha yang dilakukan Diaz untuk melakukan cubaan. Amri Yahyah pula melakukan rembatan susulan yang cantik.

Manipulasi Amri di sebelah kiri juga sangat berkesan.

Amri terlalu diberikan ruang oleh Firdaus Faudzi. Ruang di antara bek kanan dan pertahanan tengah kanan Felda sentiasa selesa untuk Amri. Ia ditambah dengan pendekatan aggressive man marking oleh Maragoni ke atas Diaz.

Amri

Dari segi pertahanan, JDT kali ini memilih pendekatan garisan defensif yang agak tinggi berbanding dengan sebelum ini.

4 pertahanan JDT pada awal perlawanan agak sukar bermain dengan sistem yang bergarisan lebih tinggi.

Namun perlahan-lahan mereka cuba memperbaikinya walaupun mereka masih kurang efektif secara keseluruhan bermain dengan sistem ini. Ada juga berberapa kali mereka leka dalam bertahan dengan garisan defensif yang agak tinggi.

Mengapa Gomez mahukan 4 pertahanannya bertahan dengan gariasan defensif yang tinggi?

Ia adalah untuk memastikan Forkey Doe sentiasa jauh daripada kawasan di mana target man seperti beliau suka beraksi. Forkey Doe bukan pemain yang ada kelajuan yang tinggi.

Namun, intensiti Felda yang ada pada Hadin Azman, Ahmad Syamim dan juga Zah Rahan adalah antara ancaman utama JDT dalam sempadan tinggi ini.

4

Taktikal Felda United lebih lincir, tapi kurang kreativiti

Dalam perlawanan ini, Felda adalah pasukan yang lebih lincir (fluid) dari segi perubahan taktik. Jadi, pelan Mario Gomez menghadkan tanggungjawab ofensif bek kiri dan kanan beliau untuk fokus lebih kepada isu bertahan adalah pilihan yang tepat.

Irfan Bakti pula memilih untuk menggunakan sistem penyerang tunggal yang dibantu oleh dua pemain penyerang sayap.

Ketika hilang bola, Felda akan berada dalam keadaan 4-2-3-1. Sebaik naik menyerang, mereka cuba untuk menjana formasi 4-2-4.

Fasa ini yang membuatkan mereka lebih ancaman kerana mewujudkan lebih banyak situasi 1v1. Cuma hantaran-hantaran akhir (final distributions) mereka tidak cukup tajam.

424

Pada fasa 4-2-3-1, ketika Felda menghantar Zah Rahan untuk lebih aktif di belakang Forkey Doe, mereka menimbulkan banyak masalah kepada JDT. Felda sudah pasti merindui Luftullah Turaev dalam sistem sebegini.

Namun begitu,masalah utama Felda adalah tidak cukup kental dan lebih sabar untuk menggerakkan bola di hadapan 4 pertahanan JDT.

Mereka seakan-akan tidak percaya dengan kekuatan teknikal mereka untuk bermain lebih sabar menggerakkan bola. Banyak hantaran-hantaran jauh yang direct dilakukan oleh pivot mereka untuk mengatasi garisan pertahanan JDT yang tinggi.

Shukor Adan turut diarahkan bermain di defensive midfielder untuk melancarkan hantaran panjang diagonal ke final third.

ZAM_7625 (1)

Idea ini nampak agak naif kerana ia menuntut banyak larian dan duel secara fizikal. Felda ada pemain yang bagus dengan bola seperti Syamin dan Hadin.

Pemain Felda juga kerap melakukan cubaan dari jauh kerana tidak ada sokongan dan juga sikap selfish.

Ini juga menyerlahkan kurangnya kreativiti Felda United apabila berdepan dengan pasukan yang bertahan dengan unit yang berdisiplin.

Saya dapat simpulkan bahawa Felda kompetitif dari segi tempo, kelajuan dan fizikal ketika berdepan dengan JDT.

Cuma masalah yang kerap berlaku adalah kualiti di team play dan isu keyakinan untuk lebih banyak bermain dengan bola.

Mereka kerap terlalu direct walaupun secara formasi mereka agak fluid dan banyak melakukan perubahan formasi.

Konflik man marking & zonal marking Felda United

Dari segi pertahanan, ini adalah masalah terbesar Felda. Mereka cuba bermain man-to-man marking ke atas Diaz dan Lucero. Namun mereka menggunakan pendekatan zonal marking di sektor lain.

Ia adalah sistem hibrid seperti yang saya pernah jelaskan (lihat gambar bawah) ketika Piala Eropah lalu di mana Belgium menggunakan pendekatan yang sama. Ia akan menimbulkan konflik posisi dan kerap berlaku kekeliruan.

sb

Pertamanya adalah, pemilihan man marking ke atas Diaz adalah perkara yang kurang bijak. Ini kerana Diaz bermain floating role.

Sudah banyak diterangkan oleh penganalisa taktikal global bahawa peranan floating seperti second striker, modern 9, false 9, dan free role no.10 memang diwujudkan untuk mengelakkan taktikal tight man marking.

Felda agak berkesan merantai Lucero kerana beliau bermain pure no.9 namun apabila mereka cuba merantai Diaz dengan pendekatan ini, ia membuka terlalu banyak ruang.

Gilberto adalah pertahanan penting untuk Felda untuk berada di blok rendah, namun beliau kerap ditarik jauh keluar oleh floating attacker JDT.

Gol Amri antara salah satu puncanya adalah sistem ini selain daripada pergelutan. Apabila Gilberto cuba memastikan Diaz dalam kawalan beliau. Berlaku pertembungan dan tidak ada pelan langsung untuk mengawal kawasan half-space.

Konflik posisi Maragoni amat jelas.

Pemain ini awalnya bermain di bek tengah kiri. Namun, beliau kerap keluar posisi untuk mematikan ancaman Diaz. Beliau kemudian menjadi sepertifree-role center back.

Irfan dilihat selesa dengan keadaan ini. Jadi saya simpulkan ia adalah kesilapan di bahagiannya terutamanya dalam pengurusan man-to-man marking + zonal marking.

Dalam gambar  di bawah, anda dapat melihat bagaimana Maragoni menjejak Diaz sehingga ke center circle dan juga kawasan flank.

2

Kemudian dalam gambar di bawah ini pula, anda boleh lihat bagaimana Carlos Maragoni menyertai pemain-pemain lain untuk mengawal Diaz di kawasan sayap hingga menyebabkan kawasan di depan penjaga gol kosong tanpa pemain!

mara

Kesimpulan

Ia kemenangan yang besar untuk JDT selangkah lagi untuk menjulang kejuaraan liga hatrik.

Konflik sistem marking Felda antara sebab utama JDT berjaya mendapat gol-gol penting termasuk 2 gol yang dibatalkan.

Ia adalah selayaknya perlawanan yang mempertemukan 2 pesaing kejuaraan. Perlawanan yang penuh intensiti, tempo pantas serta penuh drama dan emosi.

Kekalahan Felda ada kena-mengena dengan kesilapan taktikal Irfan Bakti dalam fasa bertahan. Namun begitu, Felda tetap mampu menghasilkan sesuatu dalam perlawanan ini melalui pendekatan taktikal yang lincir dan bertenaga.

Mario Gomez pula menukar pendekatan taktikal dengan melaburkan tambahan pemain di bahagian serangan dan mengubah ketinggian garisan pertahanan mereka walaupun Marcos Antonio jelas menunjukkan ketidakselesaan bermain dengan garisan defensif tinggi.

Pemain terbaik perlawanan

Jorge Pereyra Diaz

Statistik

kredit: Stadium Astro
sumber: Stadium Astro

Baca juga :Analisis Taktikal AFC Cup: JDT 7-2 Kaya FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN