Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL

Analisis Taktikal AFC Cup: JDT 7-2 Kaya FC

Permulaan

Johor Darul Ta’zim bermula dengan formasi 4-4-2 kali ini bukannya 4-4-1-1 sebelum ini. Dalam perlawanan ini, positioning Diaz dan Lucero adalah hampir selari dan Diaz tidak aktif di bahagian poket / no.10.

Manakala Kaya FC kelihatan cuba bermain 4-2-3-1 dan berubah kepada 4-5-1 ketika bertahan. Pasukan ini lebih defensive.

starting

Organisasi pertahanan Kaya FC

Dalam perlawanan ini, saya boleh menyatakan bahawa pasukan Kaya FC bermain dalam organisasi yang sangat baik. Mereka banyak berada di kawasan sendiri.

Fokus utama mereka adalah cuba ‘mengeringkan’ kawasan tengah daripada pemain JDT atau mereka cuba ‘vacuuming’ kawasan tengah dengan segera.

Kesannya, JDT banyak dipaksa bermain di kawasan lebih luas/wide area dan sukar untuk berinteraksi , terutamanya di antara midfielder dan striker kembar.

6

Berikut adalah gambaran ringkas tentang zonal marking oleh Kaya FC yang menyebabkan JDT sukar untuk lebih ‘fluid’ di final third

JDT Press

Ini memaksa JDT untuk pressing sehinggakan mereka semua di kawasan Kaya FC. Sistem ini juga membuatkan JDT banyak gerakan yang terbantut dan terpasa berpatah balik untuk ‘rebuild’.

2

3

61

Kaya FC bermain dalam taktikal yang agak ‘inviting’ /mengajak JDT untuk masuk ke dalam kawasan mereka dan cuba untuk memenangi bola untuk melancarkan counter attack.

Namun sayangnya ketika counter attack pasukan ini agak tak kompeten dari segi kuantiti dan kualiti. Mereka kerap kurang sokongan di final third dan akhirnya output sifar.

kaya

2 defensive errors dan 1 individual brilliance bunuh Kaya FC

JDT membunuh perlawanan ini seawal minit ke-33. Seperti yang saya nyatakan di atas, ia bukan kerana masalah organisasi pertahanan namun ia lebih kepada 2 tackle bodoh yang membawa kepada sepakan percuma Lucero dan penalti untuk Diaz.

Untuk gol ke-3 JDT, ia adalah world class counter attack yang sangat menarik. JDT cuma melibatkan 2 pemain sahaja kerana berdasarkan analisis kami ia sepatutnya gol milik Diaz.

Ini adalah chalkboard yang kami hasilkan untuk menggambarkan gol ketiga JDT. Ia bermula daripada Izham Tarmizi yang memang ada kemampuan yang sangat baik dalam ‘distribution’.

Satu airbone passes Izham kepada Diaz, dan Diaz melarikan bola ke half space, menewaskan pertahanan dan melakukan half shot low crosses yang mengelirukan GK Kaya kerana reaksi oleh Azammuddin Akil.

izham

Ia berlaku ketika Kaya cuba mencari gol dengan invest lebih ramai pemain di final third. JDT seakan akan mengajar Kaya FC cara melakukan textbook counter attack.

Ini kerana dari awal lagi Kaya FC cuba mencari gol melalui skema seperti ini. Pada pandangan saya ia adalah realisitik untuk mereka cuba mencari sesuatu dengan melabur lebih ramai pemain.

Ini kerana mereka ketinggalan 2 gol dan dalam pusingan kalah mati, jadi ia adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Jadi, dalam keadaan ini, jelas Kaya FC bermain baik secara organisasi namun dikecewakan oleh silly mistake oleh Osei.

Osei adalah individu yang paling naif dalam separuh masa pertama. Beliau tidak melompat ketika sepakan percuma Diaz dan melakukan tackle bodoh ketika ada rakan beliau memberikan tekanan kepada Diaz di dalam keadaan mereka stabil secara kuantiti.

Penutup separuh masa pertama ditamatkan dengan gol ke-4 oleh Azammuddin Akil dengan satu screamer yang menutup rapat sebarang sisa harapan Kaya FC.

Respon Kaya FC pada separuh masa kedua

Kaya cuba memperbaiki intensiti pada separuh masa kedua dan cuba lebih berani untuk menyerang. .

Mereka berjaya medapatkan gol pertama namun tak lama selepas itu JDT pula menjaringkan gol ke-5 hasil gandingan Diaz – Lucero.

Jika dilihat pada pattern Kaya FC pada separuh masa kedua, mereka cuba meningkatkan tekanan di blok atas (high block). Ia memang agak mendesak JDT dan barulah JDT ada sedikit masalah untuk dihadapi.

14

Pertarungan padang lebih luas 

Salah satu kesilapan besar yang membuatkan Kaya FC daripada retak menjadi belah adalah, perubahan struktur kepadatan (compactness) mereka yang dilebarkan.

Mereka mengajak JDT bermain dalam keluasan yang sangat tinggi. Jika separuh masa pertama, organisasi yang kompak membuatkan mereka sukar diatasi oleh JDT secara taktikal namun sebaliknya yang berlaku pada separuh masa kedua.

Bertarung pada ruang yang sebesar ini memberikan banyak kelebihan kepada JDT yang lebih baik kualiti teknikal.

Kaya FC telah mewujudkan banyak loop hole dalam wider 4-4-2.

20

Kaya FC bunuh diri dengan high line defending

Kaya FC cuba menambahkan intensiti dan kuantiti di serangan. Mereka mula bermain high line defending untuk menekan JDT.

Ia adalah keinginan yang harus dipuji namun, ia memberikan lebih malapetaka kerana mereka sangat sukar mematikan counter attack oleh JDT.

Perbezaan yang jelas adalah isu pace dan juga duel. JDT terlalu mudah untuk mengatasi mereka dalam aspek ini.

182

Kaya lepaskan 3 gol dari halfspace kiri

Gol kelima oleh Lucero dan gol keenam oleh Mahali adalah hasil lay off oleh Diaz daripada kawasan halfspace kiri pertahanan Kaya FC.

Ia diburukkan lagi dengan gol ke 7 oleh Lucero adalah direct shot selepas menerima hantaran through pass di kawasan half space yang sama.

Apa yang diperhatikan adalah, ia adalah weakest link terbesar Kaya FC pada separuh masa kedua. Mungkin juga disebabkan pemain sudah hilang komitmen untuk mematikan sebarang ancaman lebih awal dan agresif.

Tekanan berterusan JDT terlalu kuat 

JDT tidak mengurangkan intensiti malah mereka menguatkan cengkaman di bahagian sayap dengan memasukkan pemain seperti Mahali Jasuli dan S Chanturu.

Dengan memberikan suntikan lebih tenaga di serangan dengan memasukkan Safee Sali. Pertukaran yang ofensif ini memberikan intensiti yang berat untuk Kaya FC dan mereka tidak ada plan C atau D yang lebih baik.

Taktik JDT overload kotak penalti

Ia adalah taktik signature kepada JDT musim ini, dimana mereka akan cuba untuk overload / memenuhkan kotak penalti dengan 4-5 pemain dengan fullback seperti Kunanlan dan Fazly Mazlan beroperasi di wide area.

Pada separuh masa pertama taktik ini dilihat kurang berkesan kerana Kaya FC lebih fokus dan disiplin di bahagian pertahanan berbanding separuh masa kedua.

Rumusan pasukan

JDT 7.5

  • Menyerang melalui kanan terutama di halfspace
  • lebih banyak mencipta peluang
  • Klinikal di depan gol
  • Possesion football

Kaya FC 4.5

  • Menyerang melalui kiri
  • Taktikal lebih defensive
  • Tidak konsisten dalam organisasi
  • Kurang kreativiti
  • Sit back and counter attack

MOTM: Juan Martin Lucero

Kesimpulan

Ia adalah pertarungan di antara 2 pasukan pada kelas yang berbeza. Kaya FC agak gagal dalam usaha untuk menyerap asakan JDT dan cuba melakukan counter attack dan terlalu awal dibunuh oleh JDT dalam perlawanan ini.

JDT juga amat opportunistic dengan memanipulasi sebarang ruang dan peluang yang diberikan. Sementara Kaya FC harus belajar banyak lagi dalam selepas diberikan pengajaran berguna dalam pembabitan sulung mereka di AFC Cup.

Tahniah JDT kerana menang bergaya dan mara ke pusingan seterusnya dalam misi mempertahankan AFC Cup.

Baca juga: Juan Martin Lucero: Modern No.9 JDT Yang Mula Mengganas Pada April 2016

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!